Insan yang tidak asing lagi dikalangan kita semua sejak penglibatannya dalam sukan badminton negara, pelbagai kejuaraan diraih hingga memegang gelaran pemain badminton nombor 1 dunia. Bukan calang-calang usaha, penat jerih yang dilalui hingga capai tahap sedemikian.
Apa yang pasti hingga kini setiap kejayaan yang diperolehi oleh Dato’ Lee Chong Wei membuatkan kita rakyat Malaysia turut sama rasa berbangga.
Berjaya Kumpul Aset
Pun begitu, cuba kita lihat dari sisi kejayaan lain yang dicipta olehnya selain badminton, siapa sangka rupanya beliau mempunyai aset kekayaan yang luar biasa. Bukan sahaja memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya, malah beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta.
Ini sebagaimana apa yang pernah dikongsikan oleh portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya. Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta.
Ads
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.
Miliki Pelbagai Kereta Mewah
Chong Wei sangat sukakan kereta mewah dan beliau miliki 6 kereta mewah. Antara kerata mewah yang beliau miliki adalah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.
Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Ads
Akhbar Dongguan Shibao dari China juga pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.
Selain pemain badminton, menjadi duta produk adalah sumber pendapatan utama Chong Wei. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.
Bahkan tidak dalam mengumpul aset semata-mata malah dalam bidang pendidikan juga tidak kurang hebat pencapaian yang diterima olehnya apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau tahun lalu.
Ads
Ingat, usia muda ini sangat berharga, dan apa yang kita usahakan ketika muda akan memepengaruhi keadaan kita di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SIAPA kata memancing merupakan aktiviti sia-sia, membuang masa atau tidak mendatangkan manfaat.
Terbaru, seorang remaja dapat durian runtuh apabila membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 selepas dinobatkan juara dalam pertandingan memancing di sebuah kolam pancing di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @abg.naga96, remaja 16 tahun itu dilihat berdiri bersama dua lagi pemenang sambil memegang replika cek bertulis ‘Juara’ dan ‘RM200,000’ sebagai simbolik penerimaan hadiah tersebut.
Remaja yang dikenali sebagai Hakim itu memaklumkan bahawa, ia merupakan kali ketiga dia menyertai pertandingan memancing yang dianjurkan oleh kolam pancing tersebut.
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan kejayaannya pada usia muda dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah.
“Ini balik ja rumah, mak sambut. Alahai, anak mak! Tahniah,” ucap Grave.
“Berapa yuran masuk ni? Aku macam nak start (mula) memancing juga,” ujar Ahmad Fikry.
“Rezeki dia. Jadi, pemancing di luar sana boleh usaha lebih macam abang ni. Mana tahu rezeki dapat juara macam dia kan,” ujar Shahira Ishak.
Namun, terdapat segelintir netizen mempertikaikan kesahihan hadiah wang tunai yang telah dijanjikan itu.
Menjawab persoalan itu, @abg.naga96 kemudiannya memuat naik satu lagi video yang menunjukkan pihak penganjur menyerahkan beberapa ikat wang tunai kepada pemenang sebagai bukti.
Bagi sesetengah individu, memancing membantu mereka menenangkan fikiran lari dari realiti kehidupan buat sementara waktu. Malah, ia juga boleh dijadikan sebagai hobi santai anak muda bersama keluarga dan rakan selain menghabiskan masa dengan gajet sepanjang hari.
Terperangkap di tempat yang sempit dan penuh dengan penumpang lain sudah cukup memeningkan kepala. Namun apakan daya? Ini sahaja kaedah perjalanan yang paling ideal bagi seseorang untuk menuju ke sesuatu destinasi, terutama lokasi yang berada di luar negara.
Namun sebaik sahaja mahu melelapkan mata di tempat duduk, terdengar teriakan bayi secara tiba-tiba dari seat hadapan. Aduh, memang spoil habis mood…...
Ini antara senario yang sering berlaku dan tiada pihak yang dapat dipersalahkan. Bukan mudah untuk menenangkan bayi yang menangis ketika dalam penerbangan di awan biru.
AirAsia kini menawarkan Zon Senyap pada penerbangan AirAsia X; bahagian ini bebas kanak-kanak, jadi anda boleh terbang dengan tenang!
Zon Senyap menjanjikan sedikit atau tiada bunyi bising, sifar gangguan dan pencahayaan persekitaran yang lembut. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke zon ini dan makanan akan dihidangkan lebih awal. Wow……
Zon ini tersedia secara eksklusif pada pesawat AirAsia X A330 yang menawarkan servis penerbangan ke negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Australia dan Taiwan.
Anda boleh menempah tempat duduk pilihan anda di Zon Senyap dengan membuat bayaran apabila menempah penerbangan anda, melalui pembelian semasa daftar masuk web atau di kaunter daftar masuk lapangan terbang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Air Asia X
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sukan bola sepak telah banyak berubah sejak zaman saya menjadi pemain, permainan telah menjadi lebih pantas.”
Begitulah pendapat Bekas pemain kelab Premier League Arsenal, Nicklas Bendtner ketika ditemui di acara meet & greet sempena tayangan perlawanan pertama musim 2025/26 di antara Arsenal dan Manchester United.
Bendtner, 37 yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur oleh Astro Malaysia demi peminat-peminat bola sepak tempatan – seiring dengan tribut ‘One for the Fans’ – berkata dirinya cukup teruja untuk melihat perkembangan sukan bola sepak dalam kalangan pemain muda.
Begitupun, Bendtner mengingatkan agar pemain muda termasuklah di liga tempatan di Malaysia memperkuatkan mentaliti mereka di padang dan di luar padang.
“Pemain-pemain zaman bekerja keras, berlatih dan bermain tanpa henti. Pada zaman saya dahulu, kami mempunyai jarak masa untuk berehat tidak seperti sekarang. Jadi saya rasakan amat penting untuk pemain bola muda sekarang untuk mempunyai mentaliti yang kuat.
“Salah satu contoh terbaik ialah Myles Lewis-Skelly (pemain pertahanan Arsenal F.C.) Beliau mempunyai daya saing dan mentaliti yang amat kuat. Caranya meneruskan momentum permainan amat impresif dan menyakinkan,” kata jejaka kelahiran Denmark itu.
Patrick Veira Yakinkan Bendtner Untuk…
Turut serta menjadi pengulas jemputan untuk Astro bersama-sama pengacara, Adam Carruthers dan ‘pundit’ tetap Carlton Palmer serta Gary Stevens; Bendtner berkongsi kisah bagaimana kerjayanya dicorakkan sewaktu masih remaja.
Sebelum bermain untuk Arsenal dari musim 2005/06 sehingga musim 2013/14, Bendtner bergiat aktif sebagai pemain di Denmark dan potensinya sebagai pemain remaja pantas menyinggah ke pengetahuan kelab Arsenal.
“Ketika saya baru berusia 16 tahun, saya berkunjung ke stadium Arsenal dan legenda pasukan tersebut, Patrick Veira menegur saya semasa saya sedang makan tengah hari di kafe.
“Walaupun beliau sudah berada dalam liganya tersendiri, beliau cukup merendah diri dan menghampiri saya. Beliau berharap agar saya menandatangani kontrak bersama Arsenal kerana beliau banyak mendengar perkara yang baik mengenai saya.
“Itu ada momen istimewa antara saya dan Veira yang saya tidak akan lupakan.”
“Saya kira saya bertuah dapat diserap masuk ke dalam pasukan pertama Arsenal dengan pantas. Dan saya dapat membiasakan diri dengan kehadiran pemain-pemain mantap pada ketika itu dan di situlah bermulanya kerjaya profesional saya dalam sukan bola sepak,” ujarnya yang menyambut baik kemenangan Arsenal 1-0 ke atas Manchester United semalam.
Adakah Arsenal akan terus unggul untuk mengejar kejuaraan Premier League setelah menjadi naib juara untuk tiga musim berturut-turut?
Well, well… korang perlulah terus menyaksikan kesemua 380 perlawanan Premier League secara langsung di Astro, sooka dan NJOI pada musim ini.
Bagi menjadikan musim ini lebih mnegujakan, Astro sekali lagi disertai oleh rakan penaja Wonda Coffee, Zetrix oleh MYEF dan YES bagi membawakan hiburan sukan terbaik kepada peminat bola sepak di seluruh negara.
Mungkinkah lebih banyak lagi legenda bola sepak bakal berkunjung ke Malaysia pada musim ini? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.