Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya secara rasminya melantik Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith untuk tempoh 3 tahun mulai 23 Oktober 2024.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi hantaran Instagram di beberapa akaun milik Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) pada hari ini.
Perlantikan ini sekaligus merupakan satu bentuk pengiktirafan buat Dato’ Rizalman oleh ahli akademia Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang memandang tinggi buah pemikiran bekas pereka fesyen berusia 53 tahun itu dalam mencetukan idea-idea baru di samping usaha beliau mencetuskan sinergi dengan pakar-pakar ilmuwan dalam pelbagai bidang termasuklah pengajian Al-Quran dan Al-Hadis.
Memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pengiktirafan ini juga adalah hasil daripada sokongan dana dan keprihatinan beliau dalam membantu pembangunan ummah dari aspek ekonomi dan rohani. Beliau juga kian dilihat aktif dalam mengusahakan projek-projek baharu yang dekat di hati ummah; baik di dalam mahupun di luar negara bersama beberapa rakan kolaborasi.
Ads
Contoh terbaru adalah kunjugan beliau ke Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool, United Kingdom pada bulan September lepas bagi membantu penambahbaikan lokasi perhimpunan warga Malaysia itu setelah sekian lama berada dalam keadaan ‘lesu’ dan memerlukan usaha pemuliharaan.
Memahami keperluan tersebut, Dato’ Rizalman dan pasukannya di Yayasan Rizalman Ibrahim bertindak proaktif dan menyalurkan dana sebanyak RM500,000 melalui Dar Al Qari Resources yang diberikan tanggungjawab menyelia dan membantu kerja-kerja pembaikan bangunan setinggi tiga tingkat itu.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Universiti Malaysa dan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis kerana mencalonkan beliau untuk memperkasakan ilmu kedua-dua cabang ilmu utama itu di Malaysia dan di institusi tersebut, khususnya.
Terdahulu, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkuat kuasa sejak 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025. Sebelum itu, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.
Satu lagi tragedi menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7 tahun, meninggal dunia selepas seminggu bertarung nyawa akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya sendiri.
Ammar disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), selepas melalui keadaan kritikal sejak kejadian malang itu minggu lalu.
Kisah Yang Mengundang Sebak
Menurut laporan Harian Metro, berita pemergian Ammar dikongsikan oleh ibu bapanya melalui hantaran status WhatsApp yang penuh sebak. Bapanya, Muhammad Badrul, menulis:
“Anak saya Muhammad Ammar dah kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.”
Ibunya, Nur Ayuni, yang sebelum ini tidak pernah berhenti berharap anaknya kembali pulih meskipun doktor sudah memberi isyarat awal, reda menerima ketentuan Ilahi. Ammar sebelum ini pernah terhenti jantung selama 14 minit dan menerima lebih 50 jahitan di kepala akibat dipukul berulang kali.
Kejadian Yang Menggegarkan Negara
Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok. Mangsa dipukul menggunakan tukul oleh bapa saudaranya yang berusia 46 tahun hingga menyebabkan kecederaan parah di kepala. Selepas kejadian, suspek melarikan diri sebelum ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi.
Pengajaran Untuk Generasi Muda
Tragedi ini memberi mesej besar buat kita semua — tentang pentingnya keselamatan dan perlindungan kanak-kanak. Sebagai masyarakat, kita perlu lebih peka dengan isu penderaan dan tidak membiarkan ia berlalu tanpa tindakan.
Bagi generasi remaja khususnya, inilah masanya untuk lebih cakna dan berani bersuara sekiranya menyaksikan atau mengetahui kes penderaan. Ammar pergi sebagai seorang anak syurga, namun kisahnya harus menjadi pengajaran buat kita semua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaras bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan insiden menyayat hati itu sebagai satu pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati di jalan raya dan tidak terburu-buru mengejar destinasi.
“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” katanya.
Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan berat itu.
“Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar,” katanya lagi.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, menyebabkan bas berkenaan terbalik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, berita duka menyelubungi tanah air apabila legenda berbasikal negara, Saharudin Jaffar dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang Selasa, semalam.
Menurut laporan Bernama, pemergian beliau disahkan sendiri oleh anak sulung Allahyarham, Suhaimi Saharudin (55) yang memaklumkan bapanya mengalami komplikasi ketika menjalani rawatan dialisis pada 18 Mac.
“Ayah pergi menjalani rawatan dialisis macam biasa sekitar jam 9 atau 10 pagi tapi sampai dekat sana macam sudah pengsan, jadi jururawat terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Shah Alam”
“Bila sampai doktor kata jantung ayah sudah berhenti dan bila cuba pakai alat bantuan pernafasan semua pun tak boleh sedarkan dan ayah pergi sekitar jam 2.17 petang,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi mengakui pemergian bapanya yang pernah mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1965 memberikan kesan mendalam.
Shaharudin Jaffar menunggang emas pada Sukan SEAP 1965 (Kredit: Free Malaysia Today)Shaharudin Jaffar (tengah), bersama Daud Ibrahim, AB Rahim, AS Fazil dan Omar Saad, pasukan berbasikal Malaysia di Sukan Olimpik Munich pada 1972 (Kredit: Free Malaysia Today)
Lebih lagi apabila ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-58 sepatutnya disambut pada 19 Mac, hari ini.
“Ibu saya, Hasmah Ibrahim kini sudah berusia 81 tahun. Sebelum ini, ayah walaupun sudah berusia tetap berpuasa, bersenam dan gemar berkebun. Namun, masalah dialisis kalau terlampau haus tak elok untuk buah pinggang,” jelasnya.
Sementara itu, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Seksyen 8 Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada Rabu.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.