Semua orang boleh memiliki impian, namun jika tidak berusaha, impian hanya akan tinggal impian. Apabila berjaya direalisasikannya pasti kepuasan yang dikecapi berlipat kali ganda. Inilah perumpamaan yang sesuai diungkapkan kepada juara terbaharu Miss Grand Krung Thep Mahanakhon atau Miss Grand Bangkok 2022 ini.
Berusia 27 tahun, Engfa Waraha telah berjaya mengalahkan 21 peserta yang lain untuk merebut gelaran berprestij itu. Seperti yang pageant lovers tahu, pertandingan Miss Grand antara pertandingan ratu cantik yang menjadi perhatian saban tahun biarpun ia merupakan satu platform yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013.
Pada malam kemenangannya itu, wanita cantik ini telah mengayakan gaun labuh potongan duyung berleher toga dalam perincian kemilau yang memukau. Dapat dilihat ketika sesi soal jawab yang dia perlu lalui, Engfa begitu lancar dan bernas dalam memberi jawapan.
Sejurus kemenangannya, dia memuat naik naik gambar di Instagram dan memanjat rasa syukur dengan pemilihannya sebagai Miss Grand Bangkok yang baru. Ujarnya, “Terima kasih kepada semua juri yang memilih. Apa yang anda lihat malam ini saya pasti tidak akan mengecewakan anda semua.
“Saya akan memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik dan menghormati gelaran Miss Grand Bangkok yang telah diberikan kepada saya dan menjadi wakil yang sempurna semampu saya nanti. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para pekerja yang menjaga kami dari lockdown sehingalah malam finale.
Ads
“Saya sangat gembira kerana berjaya melangkah ke hadapan, walau apa juga rintangan yang dilalui kita harus bersedia. Terima kasih kepada ibu, peminat, kawan-kawan dan adik beradik yang menjadi tenaga positif untuk saya. Kalian banyak memberikan kekuatan untuk saya berjuang dan memajukan diri untuk melakukan yang terbaik malam ini.”
Dari seorang yang pemalu kerana penampilan diri, Engfa tidak berdiam diri sebaliknya dia pernah melalui prosedur kecantikan untuk mencantikkan lagi dirinya. Memetik laporan dari laman sesawang sebuah hospital kecantikan, ID Hospital, wanita ini menjalani beberapa pembedahan untuk menjadikan wajahnya lebih menarik ketika berusia 23 tahun.
Ads
Antara prosedur yang dijalaninya adalah proses barbie line rhinoplasty untuk memancung dan mengecilkan hidung, V3 lift dan accusculpt untuk menjadikan wajah lebih runcing serta pembedahan bagi mencantikkan bentuk payudara. Selepas menjaalani pembedahan ini, dia tampil lebih yakin.
Sebelum bergelar ratu cantik, Enfa pernah menyertai pertandingan The Voice Thailand musim ketujuh dan berjaya mendapat tempat di bawah coach Joey Boy. Walaupun begitu dia tersingkir pada peringkat knockouts.
Ads
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal penjagaan muka bukan hanya dititikberatkan oleh kaum wanita, malah lelaki juga perlu memastikan kebersihan wajah mereka turut terjaga.
Seringkali lelaki memandang ringan dengan penjagaan kulit wajah kerana mereka menganggap ianya sesuatu yang leceh dan rumit. Namun begitu, sebenarnya untuk menjaga kulit bagi lelaki tidaklah serumit yang disangka.
Penjagaan kulit muka merupakan satu proses yang perlu dilakukan setiap hari untuk mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan bersinar.
Jadi, penting untuk kaum lelaki menjaga rutin pembersihan wajah kalau nak sentiasa kelihatan handsome bergaya seperti Syafiq Kyle. Ehh, hiks!
Korang boleh amalkan beberapa tip dan rutin ini setiap hari dan lihat kesannya dalam masa terdekat.
1. Pastikan kulit bersih
Perkara paling asas yang boleh dilakukan lelaki adalah membersihkan wajah. Korang perlu mencuci muka pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, selain habuk yang melekat pada wajah. Ini membantu kulit muka untuk jadi lebih bersih.
Syafiq Kyle sendiri mengakui bahawa dirinya mengamalkan mencuci muka sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tetapi, jika kerap seperti ini, dia hanya mencuci menggunakan air biasa saja. Sekadar membersihkan muka daripada kotoran di luar.
Tidak kiralah sama ada korang memakai produk apa, mungkin saja kulit akan jadi kering dan kasar. Jadi, pastikan gunakan krim pada wajah yang sedikit basah kerana dengan itu boleh menjadikan proses pelembapan lebih lama.
3. Elak jerawat
Elakkan menggunakan produk yang mengakibatkan jerawat, makanan berminyak, berempah serta pedas. Banyakkan minum air kosong untuk mengatasi masalah jerawat.
4. Skrub muka
Proses skrub dapat membantu menghilangkan dan membuang sel-sel kulit mati, selain bintik-bintik hitam pada wajah. Ia juga adalah cara terbaik untuk korang mendapatkan kulit yang berseri.
5. Jangan guna produk wanita
Ada sesetengah lelaki yang menggunakan kosmetik wanita seperti krim, toner atau pelembap dan ia mungkin akan mendatangkan reaksi kulit yang teruk serta alergi. Lelaki perlu memilih kosmetik yang memenuhi keperluan kulit mereka.
6. Pilih produk yang tepat
Lelaki juga boleh menggunakan pelbagai produk wajah seperti pembersih, pelembap dan sebagainya. Namun begitu, korang perlu memilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi kandungan yang meragukan.
Seperti Garnier Men Turbolight Oil Control 3 In 1 Charcoal ini sudah lengkap dengan keperluan membersih, skrub dan juga mask. Jadi dengan hanya memakai satu produk saja sudah cukup untuk membuatkan kulit wajah korang seperti Syafiq Kyle. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Miss Universe Malaysia 2022, Lesley cheam telah mempersembahkan kostum nasional yang akan dibawanya ke pentas Miss Universe 2022. Berinspirasikan dari kemegahan Gunung Kinabalu, kostum rekaan Hatta Dolmat itu menerima rekasi yang pelbagai dari peminat ratu cantik.
Kini, rakan dari negara serantau, Laksmi De-Neefe Suardana, Miss Universe Indonesia 2022 telah mempersembahkan kostum nasionalnya kepada umum. Direka oleh Morpachio Body art dan Eko Tjandra, kostum yang diberi nama The Glory of Phinisi itu mengambil konsep kehebatan Indonesia ke atas lautan warisan maritim tradisionalnya.
Sebagai wakil pertama dari Bali yang berjaya memenangi gelaran Puteri Indonesia 2022 dan sekaligus berpeluang mewakili Indonesia di pentas Miss Universe, ramai pageant lovers menasihatkan Laksmi untuk memakai kostum kebangsaan bernuansa Bali. Namun dia mengambil pendekatan menggayakan kostum yang boleh mewakili bangsa Indonesia secara keseluruhan.
Menerusi satu hantaran yang muat naik di Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun ini turut berkongsi bagaimana dia mendapat idea untuk kostum nasional ini. Puteri Indonesia 2022 itu mengakui kagum dengan moto ‘Jalesveva Jayamahe’ yang bermaksud ‘Tepat di Laut Kita Jaya’, ketika membaca autobiografi Presiden Joko Widodo yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini mengisahkan detik-detik sebelum kemenangan presiden Indonesia itu ketika beliau duduk di atas kapal layar Bugis (Pinisi) kerana berjanji untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim yang kuat. Mendapat inspirasi melalui pembacaannya, Laskmi akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil tema ‘The Glory of Phinisi’ sebagai pakaian kebangsaan yang akan digayakannya.
Merupakan graduan rekaan fesyen dari the Royal Melbourne Institute of Art, Laksmi menggalas tugas yang mencabar bagi memastikan prestasi Indonesia terus cemerlang di pentas Miss Universe apabila wakil-wakil negara itu lolos ke peringkat semifinal tanpa gagal sejak tahun 2013, kecuali pada 2017 yang mana Bunga Jelitha Ibrani gagal mendapat sebarang tempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.