Ads
Home Berita Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi...

Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi Keringat & Air Mata…”

Kisah perjuangan seorang graduan perubatan, Dr. Saundarya, mengundang rasa bangga dan sebak ramai, termasuk Menteri Sumber Manusia Malaysia, Steven Sim Chee Keong yang pernah menerima rayuan bantuan daripada pelajar itu sendiri.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Steven Sim mendedahkan beliau dijemput secara peribadi oleh keluarga Dr. Saundarya ke majlis konvokesyen anak mereka sebagai tanda penghargaan.

Menurutnya, beliau masih mengingati detik ketika menerima sepucuk surat daripada Saundarya yang terdesak mahu melangsaikan yuran pengajian beberapa hari sebelum peperiksaan akhir.

Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi Keringat & Air Mata…”

“Hutang puluhan ribu ringgit memang amat berat sekali. Ayahnya pemandu lori. Umur dah 60 tahun.

“Dah tak larat tapi dia bertekad nak bantu anaknya itu mencapai cita-cita jadi seorang doktor,” tulisnya.

Steven turut berkongsi kisah menyentuh hati ketika beliau sendiri mengunjungi kediaman keluarga tersebut bagi membantu melunaskan yuran tertunggak.

“Ketika saya melawat rumah mereka untuk membayar hutang yuran pengajian itu, ayah berkata, dia pemandu lori, ayahnya pula penoreh getah tapi dia nak supaya anaknya berjaya dalam hidup,” katanya.

Ads

Lebih membanggakan, Saundarya bukan sekadar menamatkan pengajian dalam bidang perubatan, tetapi turut meraih pingat pelajar cemerlang dan tiga kali menerima Anugerah Dekan sepanjang lima tahun pengajian.

“5 tahun bekerja keras bermandi keringat dan air mata, hari ini Saundarya akhirnya bergelar Doktor.

Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi Keringat & Air Mata…”

“Saya amat bangga dijemput familinya untuk hadiri konvo Dr. Saundarya.

“Dia bukan sahaja lulus pengajian malah telah dapat pingat pelajar cemerlang, 3 kali dapat Anugerah Dekan,” tambahnya lagi.

Difahamkan, Dr. Saundarya bakal memulakan tugas di sebuah hospital di Pulau Pinang minggu hadapan.

Ads

Dari Surat Rayuan Yuran, Kini Bergelar Doktor! -“5 tahun Bekerja Keras Bermandi Keringat & Air Mata…”

Dalam pada itu, Steven Sim turut menitipkan pesan penuh makna buat doktor muda ini agar terus berbakti kepada masyarakat dan sentiasa mengenang pengorbanan ibu bapa.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mendoakan kejayaan kerjaya Dr. Saundarya sambil menyatakan bahawa dunia kini amat memerlukan tenaga perubatan yang berdedikasi sepertinya.

Ads

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan tumpang bangga atas kejayaan Dr. Saundarya yang berjaya mengatasi kesulitan hidup demi mengejar cita-cita.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Steven Sim atas keprihatinan dan bantuan yang diberi.

Sumber: FB Steven Sim Chee Keong

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads