Siapa sahaja tak kenal dengan Hael Husaini? Merupakan antara penyanyi yang berbakat besar di Malaysia, sudah pasti setiap gerak gerinya akan sentiasa menjadi perhatian ramai.
Sentiasa tampil kemas daripada hujung rambut hingga hujung kaki, terserlah cita rasa lelaki ini yang sangat tinggi dalam berpakaian.
Namun, baru-baru ini, nama Hael kembali diperkata apabila mata netizen ‘nakal’ memerhatikan perubahan wajah anak seni ini ketika menghadiri sebuah acara di ibu kota baru-baru ini.
Menerusi satu muat naik video di laman TikTok, penyanyi tersebut dilihat sedang menikmati hidangan ketika di acara berkenaan sambil berborak bersama rakannya.
Ads
Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan wargamaya adalah mengenai penampilan penyanyi itu yang dikatakan sudah berbeza selain ada yang menyamakan wajahnya persis bintang terkenal dunia, Michael Jackson.
Hael Husaini
“Dah macam Michael Jackson aku tengok muka Hael sekarang,” kata seorang wargamaya.
@ombakkitchen #haelhusaini #ombakkitchen #pakaitanganjer #kualalumpur #viral ♬ Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Ads
Peminat Rindu Hael Yang ‘Asal’
Pada masa sama, ramai pengikut yang turut merindui imej Hael yang dulu ketika dia mula-mula mengecapi populariti dalam bidang seni tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.
Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.
Foto: biem.co
Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.
Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.
10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).
Foto: hellokpop
Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.
Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Amalan pemberian duit raya sudah sinonim dengan masyarakat di Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa, setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.
Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya pada ketika ini masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan.
Dalam membuat persiapan raya, pasti ada perkara yang kita terlupa untuk buat seperti menukar duit raya kepada jumlah tertentu kerana kekangan masa untuk ke bank dan sebagainya.
Apatah lagi dalam kesibukan harian sudah pasti ada yang mengupah pihak tertentu seperti khidmat orang perseorangan bagi menukar wang-wang not besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Namun, hati-hati dan perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba. Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.
HARAM Kenakan Upah!
Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.
“Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.
“Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama,” katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit.
Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.
Info : Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat rakyat Malaysia.
Ramai yang mengeluh, stres dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini.
Kalau nak cerita sikit tentang industri minyak di Malaysia ni, syarikat terawal yang meneroka minyak dan gas di negara ini ialah c dengan penerokaan di Miri, Sarawak.
Sejak itu, pelbagai syarikat dari luar seperti Esso, Mobil dan Conoco Phillips. Petronas mula ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membuat cari gali di luar pesisir pantai Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain.
Manakala, pusat pemprosesan minyak dan gas di Malaysia adalah di Port Dickson, Melaka, Kerteh (Terengganu), Bintulu, Miri dan terbaru di Pengerang, Johor.
Turun naik harga minyak
Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, namun kita masih bergantung kepada harga dagangan pasaran antarabangsa yang sangat terdedah turun naiknya kerana negara kita juga mengimport minyak.
Contohnya, pada tahun 2008 harga minyak naik melambung akibat permintaan tinggi dengan konflik di negara Arab (pengeluar utama) menimbulkan kerisauan bekalan minyak sehingga $140 satu tong. Hal ini adalah luar kawalan kerajaan mahupun Petronas sekali gus menyebabkan harga runcit petrol juga naik kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi.
Walaupun pada tahun lalu harga minyak jatuh mendadak sehingga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, harga minyak kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu. Ini kerana harga minyak mentah dunia turut naik.
Faktor kenaikan harga minyak ini adalah kerana negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi bersetuju mengehadkan pengeluaran minyak serta kemunculan konflik di kawasan pengeluaran minyak. Ketegangan yang berlaku di Iraq berkaitan dengan referendum pihak Kurdistan dan rantau Arab secara amnya masih belum stabil juga turut bersangkut paut dengan kenaikan ini.
Jika masih ramai yang tertanya-tanya bila mana harga minyak dunia masih belum stabil, kenapa di Malaysia masih lagi naik 15 sen pada bulan November?
Sebenarnya harga minyak yang di sini adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York). Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana ia didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah 55.04 dollar manakala MOPS untuk ron97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.
Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.
Pengiraan harga minyak di Malaysia
MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.
MOPS = 66.789 USD/barrel = 0.5601 USD/litre = 2.335 ringgit/litre (Nota: 1barrel = 119.24 liter, 1USD = 4.17MYR)
2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653 – harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM 2.66 yang baru diberitahu pada hari Rabu lepas (mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang dalam minggu ini).
Jadi sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ekonomi Malaysia ni banyak bergantung kepada industri minyak dan gas. Bukan saja itu, pekerja di sektor ini, pendapatan kerajaan menerusi royalti dan cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak pun turuk naik gara-gara harga minyak.
Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda memahami situasi sektor minyak dan gas di Malaysia.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.