Nama Elly Mazlein tidak perlu diperkenalkan lagi, kehadirannya sebagai seorang pengacara cukup memukau dengan gayanya yang tersendiri. Tidak kering gusi melihat dia mengemudi sesebuah acara, terutamanya Gegar Vaganza 9 kini. Selayaknya dia digelar artis serba boleh. Selain mengacara, nyanyiannya merdu, lakonan pula penuh karisma.
Mengemudi pelbagai rancangan baik berbentuk hiburan atau bual bicara, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi baru-baru ini telah menjadi hos kepada jenama antarabangsa Versace sempena pelancaran ‘pop-up store’ Versace Eros, wangian terkenal rumah fesyen tersebut.
Elly ketika mengacarakan majlis Versace Eros bersama Nabil.
Mula menapak di dalam industri sebagai penyanyi, dia yang dahulu terkenal dengan lagu seperti Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan kini tidak kalah dalam gaya setiap kali muncul di kaca televisyen. Sesuai dengan usianya yang kini mencecah 41 tahun penampilannya cukup elegan dan on point!
Jom kita intai stail ibu kepada dua cahaya mata ini saat muncul di Gegar Vaganza yang saksikan jutaan mata.
Penampilan untuk minggu pembukaan GV 9.
Busana rona emas ini merupakan hasil rekaan Mode by Mirol Jonit. Dengan perincian yang memfokuskan volume pada bahagian lengan, penampilan Elly cukup sempurna dengan serlahan bibir merah menyala.
Ads
Cukup erat bekerjasama dengan pereka fesyen Jimmy Couture, pilihan busana berona hijau garang dan juga busana merah berperincian bulu pelepah memberikan alunan penuh dramatik terhadap penampilan Elly. Sesuai dengan gegaran energi yang tonjolkannya saat berada di atas pentas.
Ads
Seterusnya beralih pula kepada gaya yang lebih tone down namun tetap menarik. Busana rona ungu muda ini merupakan rekaan dari rumah fesyen Teruntum Putih yang mana pereka menampilkan gaya ala trench coat dengan perincian butang besar serta dipadankan dengan fringe skirt.
Dalam busana rekaan Wanpa.
Siapa boleh lupakan busana rekaan Wanpa ini. Elly tampil sedikit futuristic dalam balutan fabrik rona emas bersepuh ini. From head to toe dia kelihatan seperti dibaluti dengan pembalut hadiah, but an expensive one! Ternyata dia mampu membawa persona busana tersebut dengan baik.
Ads
Lastly, untuk konsert baru-baru ini. Anak kelahiran Perlis ini tampil bagaikan puteri dalam balutan gaun kembang rona rekaan pereka fesyen, Ashraff Zainal. Tidak dihias terlalu sarat, rekaan ini diserikan dengan perincian bulu pelepah menajdikannya tampak mewah. Kemasan ala korsert di bahagian atas pula menjadikannya kelihatan moden. Elly tampil bagaikan Snow White.
Penampilan Elly Mazlein yang mana paling anda suka? Leave a comment below!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Venezuela boleh dikatakan sebagai negara powerhouse dalam pertandingan ratu cantik, setiap ratu yang dihantar mewakili negara tersebut pastu sekurang-kurangnya berjaya menembus jajaran separuh akhir.
Terbaharu, pertandingan Miss Venezuela 2022 telah diadakan yang mana menyaksikan Diana Silva dinobatkan sebagai juara. Dia telah dimahkotakan oleh oleh Miss Venezuela 2021, Amanda Dudamel dan akan mewakili Venezuela di pentas Miss Universe kelak.
Diana yang berusia 25 tahun merupakan seorang pramugari dan dalam masa yang sama dia juga merupakan seorang pelajar dalam bidang pengiklanan. Pada peringkat akhir pertandingan, gadis tinggi lampai ini mendedahkan dalam pusingan soalan bahawa dia sebelum ini berbelah bahagi untuk menyertai peraduan itu kerana ‘situasi yang sangat tidak selesa dan sangat menyedihkan’.
Walaupun begitu dia tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai situasi itu. Dia menambah bahawa pengalaman buruk ini adalah apa yang mendorong dirinyauntuk memenuhi impian dan dia bersyukur dapat mempelajari sesuatu perkara yang berharga daripada insiden itu.
Diana menganggap dirinya sebagai seorang wanita yang berdedikasi, fokus dan bertanggungjawab. Seiring dengan kemenangannya, Diana ingin mewujudkan satu inisiatif (Inisiatif Rakan Warga Emas) di mana mereka akan meletakkannya dalam agenda dan membangunkan tindakan yang bertindak balas terhadap masalah yang terjadi kepada golongan tersebut.
Apabila ditanya apa erti menjadi ratu cantik baginya, Diana memetik, “Bagi saya, seorang ratu cantik dalam era baharu ini melangkaui apa yang boleh dilihat secara luaran. Kita harus sedar akan tanggungjawab sebagai contoh yang sentiasa jadi ikutan. Saya rasa perkara paling positif yang boleh saya tawarkan kepada semua orang ialah mereka harus mencari versi diri mereka yang lebih baik.
“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, saya telah belajar untuk mencari diri saya sendiri, mengenali diri saya, menerima diri saya dan mengasihi diri saya sendiri tanpa banyak rasa tertekan dengan kelompok sosial yang harus dikagumkan. Saya percaya bahawa kebaikan terbesar yang boleh dimiliki oleh mana-mana manusia ialah menyayangi diri sendiri,” ujarnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Boleh dikatakan masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang obsess nak kulit putih kerana mahu kelihatan cantik. Salah satu cara untuk memutihkan kulit adalah dengan penggunaan intravenous vitamin C infusion, atau lebih popular dikenali sebagai ‘cucuk vitamin C’.
Rawatan ini adalah cara memberi vitamin C ke dalam badan yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah. Walau bagaimanapun, secara amnya tidak ada kajian yang benar-benar dijalankan pada manusia menunjukkan vitamin C boleh memutihkan kulit sama ada melalui oral (mulut), intravenous (melalui saluran darah) dan juga secara topical (sap uterus pada kulit).
Isu rawatan vitamin C telah menarik perhatian seorang doktor sebelum ini yang menjelaskan tentang keburukan dan kesan tindakan tersebut di dalam laman instagramnya.
Dr Lim Ing Kien menjelaskan bahawa cucuk vitamin C demi kecantikan adalah haram daripada segi undang-undang. KKM memang tidak membenarkan orang cucuk vitamin C. Jika sesiapa yang cucuk vitamin C untuk orang lain, dia akan dipenjarakan selama beberapa tahun.
Kedua, tidak ada kajian keselamatan di mana jangka masa panjang kita tidak tahu sama ada semasa cucuk vitamin C akan ada kesan sampingan yang buruk terhadap badan atau tidak. Disebabkan tidak ada kajian keselamatan, sebagai doktor, Dr Lim juga tidak akan membenarkan pesakit-pesakitnya untuk cucuk vitamin C.
Disebabkan rawatan ini juga diharamkan di seluruh dunia, kita tidak tahu sumber vitamin C tersebut datang dari mana kerana tidak ada kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi tujuan kecantikan.
Doktor Lim juga menasihatkan agar korang menolak pelawaan rakan sekiranya mereka mengajak pergi membuat rawatan cucuk vitamin C.
Jangan mudah terpedaya dengan rawatan kecantikan seperti ini. Hanya kerana nak cantik, takut ada pula kesan jangka panjang yang korang kena hadap pula nanti.
Baru-baru ini, Rexona Malaysia melancarkan koleksi wangian premium terbaru sesuai dengan rutin penjagaan diri dengan cara yang lebih glamor dan memikat.
Menerusi produk Rexona ‘Vitamin + Bright’, ia didatangkan dalam dua wangian iaitu ‘Berry Glow’ dan ‘Peach Glow’ diinspirasikan dari haruman bertaraf dunia seperti Luscious Berry dan Summer Peach.
Koleksi istimewa ini adalah dwi-manfaat gabungan wangian yang mempesona sekaligus mampu menjadikan kulit di bawah lengan anda lebih cerah dalam masa empat (4) hari sahaja!
Dalam pada itu, koleksi deodoran Rexona kali ini juga mengandungi 70X Vitamin C dan Niacinamide yang mampu menjaga bau badan. Didatangkan dalam dua bentuk iaitu ‘roll-on’ dan semburan, sesuai untuk digunakan dalam rutin harian anda.
Jom rasai sendiri pengalaman koleksi wangian baru premium dari Rexona dengan memeriahkan acara Scent & Glow Express Rexona dari 11 pagi hingga 10 malam pada 30 September ini di Starhill Kuala Lumpur. Korang bukan sahaja berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik, malah berpeluang untuk membawa pulang hadiah hebat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!