Kebanyakan daripada kita masih giat mengumpul wang untuk mengerjakan ibadah di kota suci Mekah.
Namun untuk 5 beranak dari Jakarta & Medan, Indonesia ini, mereka sudah sebulat suara bersetuju untuk hanya menunggang basikal dari Indonesia untuk ke Mekah.
Whoa, berapa lama baru nak sampai weh?
Kata si ayah iaitu Muchlis Abdullah, segala perancangan untuk ekspedisi ini telah dimulakan sejak 2 tahun lepas.
Foto: Bernama
Ads
“Kami sekeluarga bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk sampai ke Mekah. Namun disebabkan beberapa kekangan, ada masanya nanti kami perlu menaiki kenderaan awam seperti kereta api dan kapal terbang untuk mengelakkan pergolakan yang sedang berlaku di beberapa buah negara,” katanya yang baru tiba di Gurun, Kedah.
Setakat ini, keluarganya yang terdiri daripada isteri, Julianti Husin, 47, Mirza Hakim, 15 Ahmad Zaki Hafiz, 11 dan Oliva Yumna, 6 masih gigih berbasikal.
Cuma dari Indonesia ke Malaysia pada 30 Julai lalu, mereka perlu mengambil servis feri yang tiba di Melaka. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan kini di Kedah.
Ads
Foto: Bernama
“Kami akan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak membantu dan memberikan sumbangan. Hanya Tuhan yang boleh membalasnya.
“Ada pemilik restoran yang meminta kami ke kedainya kerana dia ingin membelanja kami makan dan memberi sumbangan wang. Alhamdulillah
“Selepas ini, kami akan menunggang basikal ke Thailand dan negara lain seperti Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, UAE dan akhirnya ke Saudi Arabia,” kata Muchlis lagi.
Ads
Jadi, bila agaknya 5 beranak ini boleh tiba di Jeddah?
Semalam merupakan satu lagi sejarah tercipta apabila pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Man of The Match
Dua gol yang disumbangkan oleh Safawi Rashid telah menempatkan Malaysia di tangga kedua selepas Vietnam. Seterusnya menjadikan Safawi ‘bintang yang paling bersinar’ malam semalam. Perlawanan semalam juga telah menobatkan pemain Johor Darul Takzim ini sebagai Man Of The Match.
Namun begitu, pemain sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid sering dikaitkan dengan selebriti cantik tempatan sebelum ini. Bagaimanapun mereka mengakui hanya berkawan rapat tanpa hubungan istimewa.
Apa yang menariknya, anak kesembilan daripada 13 adik-beradik ini pernah menjadi tukang rumah sebelum menceburi sukan bola sepak secara profesional. Safawi juga dikenali sebagai seorang yang pemalu dan pendiam tapi suka berkawan. Selalunya, orang pendiam ni menjadi idaman kebanyakkan gadis di luar sana. No wonder lah kalau saham pemain muda ini nampaknya semakin meningkat utamanya dalam kalangan gadis-gadis.
Sekitar penghujung tahun lepas, Safawi yang berusia 21 tahun pernah dikaitkan bercinta dengan dua orang artis muda yang sedang meningkat naik iaitu pelakon Sweet Qismina, 21 dan penyanyi Wani Kayrie, 18. Menariknya meraka dikatakan berebutkan ‘cinta’ Safawi. Wow jadi rebutan!
Selepas digosipkan dengan dua artis muda tersebut, Safawi juga dikatakan pernah ‘bermain cinta’ dengan pengulas sukan dan pengacara 999 iaitu Anim Ezati Zikri.
.
Ada lagi ye, Safawi juga dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon manis Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26. Malah, Ruhainies sendiri ada mengaku kepada pihak media yang dia pernah menerima jambangan bunga daripada Safawi dan ternyata tertarik dengan kesunguhan lelaki itu. Pada masa yang sama mereka juga tidak menafikan pengenalan itu berlaku menerusi media sosial. Tapi kini Ruhainies pun dah ada buah hati.
Terbaru, Safawi dilihat pula bermesra di Instagram dengan adik Syatila Melvin iaitu Syifa Melvin. Siap bagi pick-up line lagi!
Saling bagi pick-up line!
Tapi tak pe la masing-masing bujangkan. Tapi penulis memang kagum la dengan kelincahan dan juga kehebatannya Safawi dalam menyempurnakan sepakan menerjah ke gawang pihak lawan telah membantu Malaysia meninggalkan jauh Indonesia di belakang sehingga tamat perlawanan.
Tapi semua team Pasukan Malaysia juga patut diberikan pujian bermain dengan teratur dan garang walaupun beberapa kali pintu gol negara diuji pihak lawan.
Sumber : Safawi Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam tular di media sosial beberapa jawapan dianggap tidak masuk akal di utarakan oleh sebahagian ahli Parlimen mengenai masalah ketidakhadiran mereka menghadiri Sidang Parlimen.
Jika Ketua Whip PKR. Datuk Johari Abdul menjadikan keletihan sebagai alasan kenapa kekurangan kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin pula menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab tidak ramai wakil rakyat mampu duduk berjam-jam semasa persidangan berlangsung seperti dilaporkan oleh Astro Awani semalam.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat secara berterusan kerana suhunya yang cukup rendah.
Katanya, adalah mustahil bagi wakil rakyat untuk terus menahan kesejukan itu dalam tempoh masa yang lama dan suasana sama juga sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.
“Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk. Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk dalam dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat semalam apabila proses meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan (Belanjawan) 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat terganggu akibat tidak cukup korum.
Masalah kehadiran yang serius di Parlimen membuatkan 21 November lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sikap Ahli Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga persidangan bermula lewat.
Perdana Menteri berkata, ini adalah kali kedua korum tidak mencukupi dan beliau akan bercakap dengan Ahli Parlimen terbabit berhubung perkara ini.
“Sebelum pilihan raya mereka sangat berminat menjadi calon, tetapi selepas menang mereka seolah-olah tidak serius melaksanakan tanggungjawab,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 (ISWC).
Ternyata isu Ahli Parlimen memberikan alasan menjadi troll di kalangan netizen yang membahan Ahli Parlimen yang ternyata tidak patut memberikan jawapan sedemikian.
Bagi mereka ianya semata-mata malah ada yang bertanya dengan sebegitu banyak gaji dan elaun diterima oleh Wakil Rakyat iaitu hampir mencecah RM50,00 sebulan, apa alasan untuk tidak hadir. Korang bacalah sendiri ya! Kalau budak-budak bagi alasan kita boleh terima tapi bila orang dewasa berbuat demikian, ermm tak tahu nak cakap apa.
Iniah dinamakan kuasa membawang yang ada pada rakyat Malaysia!
Ini pula pengalaman wartawan yang bertugas di Parlimen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam, 1 Januari 2020 larangan merokok di kedai makan sudah dikuatkuasakan. Denda sebanyak RM250 terhadap perokok engkar dan pekedai yang mengendahkan larangan ini akan turut disaman.
Dalam ratusan premis kedai makan yang diperiksa bermula semalam di seluruh negara, sudah ada individu disaman (syabas sebab laksanakan tugas dengan tegas) malah di Pahang sahaja sudah 51 orang disaman.
Di sebalik kisah saman perokok ini, ada perokok yang merayu-rayu agar mereka tidak disaman dan meminta hanya diberikan amaran sahaja.
Eloo brader. Orang dah bercerita macam-macam termasuk jokes Malaysia nak ada kereta terbang. Lagi pun nie dah masuk tahun 2020, takkan la isu tak boleh merokok di kedai makan brader ketinggalan?
So korang rasa apa patut kita gelarkan orang ketinggalan kecanggihan media sosial nie?
Mulai 1 Januari 2020, larangan merokok di kedai makan telah dikuatkankuasakan. Bagi pekedai yang engkar, mereka juga akan didenda. Gambar hiasanMasih ada yang tak mengindahkan larangan merokok. Bila disaman, alasan diberi tidak tahu peraturan sudah dikuatkuasa. Gambar hiasan
Baca laporan penuh BERNAMA mengenai saman perokok yang berkuas kuasa semalam.
Masih ada yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh di seluruh negara, hari ini.
Menerusi operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dijalankan di beberapa negeri, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.
Bagi mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
KUALA LUMPUR
empat notis kompaun dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan di tiga lokasi bermula kira-kira 11.30 pagi tadi.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Titiwangsa Nordayana Musa yang mengetuai operasi itu berkata, ada perokok yang merayu supaya hanya diberikan amaran dengan memberi alasan tidak tahu mengenai penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
PAHANG
51 individu menjadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tidak merokok dalam premis makanan di seluruh negeri itu, setakat 2 petang tadi.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata empat premis makanan juga dikenakan kompaun masing-masing dua atas kesalahan membenarkan pelanggan merokok dan tidak menampal notis larangan merokok.
“Sehingga kini, sebanyak 656 premis perniagaan makanan telah diperiksa dan kita akan meneruskan operasi ini sehingga tengah malam dengan sasaran utama medan selera dan restoran 24 jam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau memaklumkan pelaksanaan Op PPKHT yang bermula 9 pagi tadi, melibatkan 186 kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pahang.
NEGERI SEMBILAN
Operasi yang dijalankan secara serentak oleh 95 pegawai penguat kuasa dari tujuh Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri itu merekodkan 42 notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 379 premis makanan.
Ketika ditemui pemberita, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata tujuh daripada notis itu dikeluarkan kepada pemilik premis berkaitan kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok.
Lapan notis pula dikeluarkan berkaitan tanggungjawab pemilik dalam memastikan bahawa tiada individu merokok di dalam premis mereka.
PERAK
Lima premis makanan di sekitar Jelapang, Ipoh diperiksa dalam operasi selama dua jam bermula 10 pagi membabitkan 16 kakitangan Pejabat Kesihatan daerah Kinta.
Sepanjang operasi berkenaan, tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengusaha makanan terkejut dengan kehadiran kakitangan itu ke premis makanan mereka seolah-olah tidak peka dengan penguatkuasaan larangan merokok yang telah bermula hari ini.
Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan dengan pelanggan akur dengan mematuhi arahan selain pengusaha makanan turut meletakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.
Di KELANTAN, tinjauan Bernama di premis-premis makanan terutamanya di kawasan kampung mendapati masih terdapat individu yang tidak mengendahkan penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.