Dari EX5 ke Syarikat Sendiri, Anak Muda Ini Buktikan SPM Bukan Penghujung Segalanya

Share

Viral baru-baru ni dekat Thread, kisah inspirasi luar biasa anak muda dari Ipoh, Perak, yang jadi bualan netizen sebab berjaya buktikan keputusan SPM biasa-biasa tak bermaksud masa depan kita pun biasa-biasa.

Pemuda bernama Mohamad Nur Syaaban Md Desa, 26 tahun atau Syaaban ini pernah rasa susah, pernah rasa buntu cari hala tuju lepas SPM, tapi dia tak pernah berhenti usaha.

SPM Tak Mantap, Tapi Semangat Mantap

Syaaban mengaku keputusan SPM dia bukan yang terbaik. Bukan tak nak sambung belajar, tapi ada kekangan. Kewangan keluarga bukan dalam keadaan senang, dan dia pun tak dapat masuk bidang automotif yang dia minat sebab syarat kredit SPM.

 

 

View on Threads

 

“Mak ayah saya orang susah, saya pun kena buat sesuatu untuk ubah hidup,” jelasnya.

Dari Potong Rumput ke Bisnes Sendiri

Tahun 2017, berbekalkan motosikal EX5, dia mula buat kerja potong rumput, sapu sampah dan jaga landskap sekitar Jelapang, Meru. Tak lama lepas tu, dia ambil upah kerja sama di Dataran Ipoh. Waktu tu, hidup memang struggle, tapi dia tak pernah malu cari rezeki halal.

Sambil tu, dia belajar skil baru — menebang pokok di kawasan kampung.

“Mula-mula memang tak tahu nak buka harga macam mana, tapi saya fikir, apa-apa kerja pun, kita sendiri yang kawal. Nak lebih, kena usaha lebih,” katanya lagi.

Dari Kampung ke Subkontrak Besar

Tahun 2020 jadi turning point bila dia dapat subkontrak pertama di kawasan Ipoh. Dari situ, dia mula bina networking dengan kontraktor lain dan jabatan-jabatan kerajaan. Perlahan-lahan, reputasi dia naik, nama dia mula dikenali.

Sekarang, dia bukan lagi potong rumput sendiri-sendiri. Syaaban dah ada syarikat, ada pekerja, dan handle projek besar.

“Dulu orang cakap saya tak ada masa depan. Sekarang, saya dah ada rumah, kereta semua hasil usaha sendiri,” kongsi Syaaban bangga.

Ilmu Tetap Penting, Walau SPM Biasa

Walaupun dia bukan ‘top student’, Syaaban pesan kat semua remaja, jangan pandang rendah pada ilmu.

“Pelajaran tetap penting. Sekarang saya kendalikan syarikat, urus akaun semua. Kalau tak ada ilmu, memang susah,” katanya menurut laporan sinar plus.

Kisah Syaaban bukti jelas yang SPM bukan penentu masa depan. Yang penting, usaha, semangat, dan kecekalan. Kalau korang ada impian, jangan cepat putus asa. Hidup ni macam roda, dari potong rumput naik motor EX5, sekarang dia dah buktikan, kerja keras memang tak sia-sia.

Nak berjaya, jangan tunggu keadaan sempurna. Mulakan dengan apa yang ada, dan buktikan kata-kata orang bukan penentu siapa kita!

BACA: Gaya Hidup ‘Slow Living’ Makin Popular Dalam Kalangan Anak Muda!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana