Dari Anggota Polis Ke Dunia Pageant, Abby Sturgin Dinobatkan Sebagai Miss Universe New Zealand 2025

Share

Abby Sturgin, seorang anggota polis dari West Auckland, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss Universe New Zealand 2025 pada 24 Jun lalu.

Berusia 28 tahun dan berdarah kacukan Kiwi-Laos, Abby berjaya mengatasi saingan daripada 12 finalis lain dari seluruh negara, sambil menggalas tanggungjawab berat sebagai anggota polis barisan hadapan. Bukan biasa-biasa!

Apa yang menjadikan kemenangan Abby lebih bermakna adalah misinya untuk mencabar persepsi masyarakat terhadap dunia ratu cantik.

“Masyarakat sering beranggapan bahawa seseorang tak boleh jadi cantik dan bijak atau rajin dalam masa yang sama.

“Saya mahu tunjukkan kepada para gadis bahawa mereka tidak perlu merendahkan pencapaian dan impian mereka hanya kerana stereotaip.

“Saya nak mereka fikir –
wow, hebatnya. Dia seorang anggota polis, tapi dia juga boleh bergaya dengan kasut tumit 6 inci dan gaun yang sangat cantik,” ujar Abby penuh yakin.

Dalam misinya untuk memberi makna lebih besar kepada dunia pageant, Abby merancang untuk menggunakan gelarannya sebagai platform meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dekat di hatinya, antaranya keganasan rumah tangga serta berganding bahu bersama badan amal tempatan.

Abby bakal membawa nama New Zealand ke pentas antarabangsa apabila

Miss Universe ke-74 yang berlangsung di Thailand pada bulan November ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Stuff

Published by
Fath