Bunga memang sinonim dengan semua. Banyak digunakan untuk majlis-majlis khususnya konvokesyen, perasmian kedai, Valentine Day dan banyak lagi. Tak terhad untuk hari bahagia, bunga boleh buat orang sedih jadi senyum bila menerimanya.
Bukan saja cantik tapi bunga boleh buat orang jadi kaya raya. Apa rahsianya?
Ini satu rekaan bunga yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan
Disebabkan banyak sangat permintaan tentang bunga, tahu tak, import bunga dari negara China dan Europe mencecah RM24,540,775 untuk setahun. (Wow, hampir cecah RM26 juta untuk tempoh setahun saja. Tengok bagaimana rakyat Malaysia menggunakan banyak bunga?
Malaysia mengimport bunga sebanyak RM26 juta setahun. WOW!
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2009-2013 menunjukkan peningkatan ketara dari RM17,195, 913 tahun 2009 naik kepada RM20,216401 pada tahun 2011 dan terus meningkat tahun demi tahun.
Di luar negara, Preston Bailey telah diiktiraf sebagai “The Best Wedding Designer” oleh Majalah Vogue. Lelaki asal dari Jamaica dan kini berpengkalan di New York ini menjadi pilihan ramai selebriti Hollywood bagi meraikan hari bahagia mereka.
Bukan saja artis, golongan Di Raja, Ketua Pegawai Eksekutif, atlet dan ramai lagi memang menunggu sentuhan dari Preston Bailey ini. Sekali jobnya cecah nilai puluh juta. Sebab sukakan rekaannya, ramai tak kisah berhabisan.
Ramai pereka lain suka meniru idea dari buku tulisannya, Malaysia pun banyak juga tapi Preston Bailey tak kisah pun. Katanya dia mahu lebih ramai yang berjaya sepertinya.
Kalau dunia mengenali lelaki simple ini, Malaysia pula mengiktiraf Mohd Azmy Osman sebagai Pakar Bunga Negara. Lelaki ya! Bukan wanita.
Ads
Preston Bailey memang simple orangya. Tak lokek ilmu pun walau dia diiktiraf terbaik dunia.
Lelaki ini nak kongsikan bagaimana dia boleh berjaya sebagai pereka bunga.
Sejarah Azmy hanya bermula sebagai pemain bola profesional. Dia mewakili negeri Selangor. Tapi lama-lama dia bosan lalu ubah karier dan memilih menjadi pereka bunga.
Hebat tak hebat, belajar dan terus belajar, dia akhirnya dilantik sebagai pembantu florist di Istana Buckingham, London untuk keluarga Di Raja Britain sebelum negara memberi pengiktirafan kepadanya.
Kiranya, kalau kita bosan dengan kerjaya sekarang, kenali minat sendiri, tahu potensi diri, gali dan serlahkan. Tapi jangan sesekali mengeluh kerana orang mengeluh tak dapat apa pun. Dapat penat semata.
Baru-baru ini Mohd Azmy telah ke New York dan beliau berpeluang bertemu Preston Bailey. Katanya lelaki terkenal dunia ini sangat simple orangnya. Malah dia turut teruja dan memuji idea Mohd Azmy yang lain dari kebiasaan.
Agak-agak apa idea Mohd Azmy ya? Sampaikan Preston Bailey kata, kalau program ini jadi, ia adalah pertama seumpamanya di dunia.
Ads
Disebabkan ramai tak tahu, pakar bunga negara ini berkongsi idea dan rezekinya. Katanya khusus untuk golongan muda, wanita atau sesiapa saja yang nak jadi kaya, mahu buat duit dengan hanya rekaan bunga.
Rekaan bergantung pada kreativiti, baru hasil superb
Azmy pernah dapat job 2+1 (tahun) untuk menata rias kediaman mewah orang kenamaan negara dengan nilai kontrak RM2.5 juta.
Katanya, rekaan dan hiasan bunga boleh jadi punca pendapatan tinggi kerana pulangannya 90 peratus. Kalau beli bunga RM10, boleh jual RM100 pada pelanggan kalau rekaan meletup.
Memandangkan bunga satu industri agak besar dan boleh menjana duit paling senang, satu Kursus Reka Bentuk Flora (Flora Designing) telah diadakan di dua buah kolej di bawah Kementerian Pelajaran (Vokasional) Malaysia.
Satu di KV Teluk Intan dan satu lagi KV Chenor, Pahang. Azmy turut diiktiraf dan dilantik sebagai penasihat kepada kursus berkenaan.
Kursus ini bakal berkembang di Kolej Poly Tech Mara untuk pengambilan Mei tahun 2018 peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan kerana kerajaan baru melihat gubahan bunga ini satu industri yang boleh menjana ekonomi rakyat Malaysia.
Kursus ini merupakan kursus pertama di dunia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Di United Kingdom, kolej untuk rekaan bunga sudah wujud sejak 250 tahun lalu. Semua pelajarnya mampu buat duit dengan mudah lepas keluar dari kolej.
Ads
Malaysia baru nak mula tahun depan. Kursus di KV ini untuk lepasan PMR tahun ini dan pengajian Diploma Lanjutan bagi yang sedang belajaar di Kolej Vokasional sekarang ini.
Azmy turut mengajar rekaan bunga hingga ke luar negara
So adik-adik, think positive kerana kemahiran begitu penting untuk masa depan. Banyak juga abang, akak yang keluar universiti belum ada kerja yang sesuai dengan mereka. Jangan pandang lelaki tak boleh buat sebab abang Azmy dah berjaya buktikan hingga diiktiraf sebagai pakar bunga negara.
Kalau kita ada kemahiran, memang awesomelah. Janji cari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.Ada gaji sikit, beri pada keluarga sikit. Ada rezeki banyak, beri banyak. Baru berkat hidupkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Azan di Old Trafford akhirnya bergema buat pertama kali dalam sejarah, mencipta satu detik yang cukup simbolik dan menyentuh hati, khususnya buat komuniti Muslim di Manchester serta penyokong Manchester United di seluruh dunia.
Stadium ikonik yang dikenali sebagai Theatre of Dreams itu lazimnya dipenuhi dengan sorakan ribuan penyokong, laungan chant penuh semangat dan debaran aksi Liga Perdana Inggeris.
Namun kali ini, suasananya berubah menjadi lebih hening dan penuh makna apabila laungan azan berkumandang sempena majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Manchester United Muslim Supporters Club (MUMSC).
Azan di Old Trafford Cipta Detik Bersejarah Ramadan
Acara iftar tersebut menghimpunkan penyokong Muslim Manchester United dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan. Ia bukan sekadar majlis berbuka puasa biasa, tetapi simbol keterbukaan dan pengiktirafan terhadap kepelbagaian komuniti penyokong kelab gergasi England itu.
Detik paling mencuri perhatian sudah tentu apabila seorang muadzin dikenali sebagai Ibrahim melaungkan azan berhampiran Stretford End tribune barat yang begitu sinonim dengan sejarah dan budaya penyokong setia United.
Dalam ruang yang biasanya bergema dengan sorakan gol dan emosi dramatik perlawanan, kali ini suara azan mengambil alih suasana.
“Azan pertama dalam sejarah di Theatre of Dreams. Benar-benar momen yang terasa tidak nyata. Alhamdulillah,” kongsi beliau menerusi media sosial.
Video yang tular memperlihatkan Ibrahim berdiri tenang, melantunkan azan di Old Trafford dengan penuh penghayatan. Suaranya bergema merentasi struktur stadium yang gah itu, mencipta suasana yang luar biasa dan berbeza daripada kebiasaan.
Simbol Perpaduan dan Keterbukaan
Momen ini membawa makna lebih besar daripada sekadar satu acara keagamaan. Ia mencerminkan realiti bahawa komuniti Muslim kini menjadi sebahagian daripada landskap global bola sepak moden.
Old Trafford bukan sekadar stadium bola sepak. Ia simbol sejarah, tradisi dan identiti Manchester United. Apabila azan berkumandang di lokasi seprestij itu, ia menghantar mesej jelas bahawa kepelbagaian budaya dan agama boleh diraikan dalam ruang yang sama.
Bagi penyokong Muslim, detik ini memberi rasa dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada keluarga besar Manchester United.
Ia membuktikan bahawa identiti keagamaan tidak menghalang seseorang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bola sepak global.
Secara tidak langsung, peristiwa ini membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif inklusif pada masa akan datang. Ia menunjukkan bahawa institusi sukan mampu menjadi platform yang menyatukan pelbagai latar belakang tanpa mengira agama dan budaya.
Sumber : Instagram ibi.idris, manutdmuslims
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apakah Top 3 alasan yang selalu kita berikan jika ada yang sarankan untuk kutip amalan pada bulan Ramadan?
“Tak Ada Masa.”
“Saya Bagilah Zakat.”
and our favorite is
“Dah Buat Hari Tu…*minggu pertama ramadan* Okaylah..”
Tsk, tsk.. sebenarnya untuk mencari pahala itu bukanlah sesuatu yang sukar. Dari sekecil-kecil perbuatan pun boleh dapat tau jika ia dilakukan secara ikhlas. Jom tengok 4 cara yang boleh korang kita try ni.
01
Tak salah untuk mendengar muzik, tapi alang-alang sudah di memasuki 5 hari terakhir Ramadan ni why not korang tukar saluran radio atau playlist Spotify korang kepada alunan lagu nasyid dan ayat suci Al-Quran.
Walaupun hanya sekadar mendengar, korang boleh kutip pahala dan rahmat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
02
Senyum selalu jika berjumpa dengan orang.
Serius, penulis tak main-main! Korang mesti pernah dengar kata-kata senyum itu sedekah, kan?
Semasa hayat baginda Nabi Muhammad SAW, Baginda kaya dengan senyuman dan ia adalah kebajikan yang paling mudah untuk dilakukan.
Jika dalam hati penuh dengan kekacauan atau perasaan tidak tenang, maka sukarlah untuk bibir mengukir senyuman. Tapi jika hati tawaduk dan ikhlas, maka mudahlah bibir memberi senyuman.
03
Dah nak akhir-akhir ini, ringankanlah lidah dan bibir untuk selalu berzikir. Asyik dok nyanyi lagu Raya je dari pagi hingga ke pagi keesokan hari, apa kata bahagikan hiburan ‘humming’ korang itu kepada zikir-zikir kepada Ilahi dan Nabi Muhammad SAW.
Nak buat amalan setinggi gunung, memanglah tak mampu. Jadi, cara terbaik adalah untuk sentiasa beringat.
Sebagai contoh, zikir mudah-hafal seperti Subhanallah wabihamdih subhanallahi ‘Azim perlu kita amalkan kerana zikir itu boleh memberatkan timbangan amalan kebaikan kita semasa di Akhirat kelak.
Selain itu, hanya dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan 10 lagi pada waktu petang pada setiap hari, mereka akan mendapat jaminan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.
04
Bukankah bulan Ramadan ni adalah bulan terbaik untuk memberi sedekah.
Haa, tahu pun! Tapi biasalah, kita kan selalu ‘tak mempunyai masa’. Jadi khas untuk Ramadan tahun ini, Shell Malaysia muncul dengan kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’.
Ia merupakan kempen isi minyak sambil menderma apabila (i) 1 sen bagi setiap liter minyak yang korang beli atau (ii) 1 sen yang dibelanjakan di Shell Select akan didermakan kepada 3 pertubuhan amal iaitu National Cancer Society, Food Aid Foundation dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Selepas korang membayar minyak di kaunter, berikan resit asal di mana-mana stesen minyak Shell dan masukkan ke salah satu tabung pertubuhan yang REMAJA namakan di atas.
Bagi yang mengisi minyak dengan Mastercard pula, Mastercard akan memberikan derma tambahan sebanyak 1sen.
Ahli kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon khabarnya sedang bercinta dengan rapper K-pop, Kim Won Sika tau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ravi.
Menurut Joynews24, kedua-duanya sedang berhubungan selama lebih kurang setahun. Mereka bertemu melalui kawan biasa dan dilihat sedang berpacaran pada pada hari Krismas baru-baru ini.
25 Disember yang lalu, Joynews24 berjaya ‘menangkap’ pasangan itu berdating di rumah Ravi. Ravi menjemput Taeyeon dari tempatnya di Seongsu-dong dan kemudian ke rumahnya di Seonleung.
Pasangan ini juga pernah tampil di acara yang sama di 21st on Ravi’s show ‘Question Mark’ dan ketika Ravi menjadi tetamu di Doremi Market pada 28 November lalu.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan SM Entertainment dan GROOVL1N telah menyatakan bahawa mereka sedang mengesahkan hubungan artis di bawah naungannya ini.
Sama-sama kita nantikan pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...