Tahap tekanan perasaan ini boleh dibahagikan kepada rendah dan tinggi. Mereka yang menghadapi low function depression kebiasaannya boleh kita lihat secara jelas yang mereka terkesan dek tekanan perasaan.
Namun berbeza dengan mereka yang terkesan dek high function depression, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri menghadapi tekanan persaan namun sebenarnya sedikit-demi sedikit simptom tersebut mampu memakan diri.
Menurut laporan Public Health Malaysia, bukan mudah untuk seseorang individu melalui tekanan jenis ini kerana mereka masih mampu bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun itu tidak bermakna mereka tidak menderita.
Ads
Kebiasaanya mereka masih mampu tersenyum dan berjenaka bersama teman namun itu sebenarnya adalah topeng kerana mereka sukar berkongsi rasa sedih dan murung.
Mereka juga mengalami imposter syndrome yang mana bagi mereka apa kejayaan yang dicapai tidak pernah cukup biarpun dimata orang lain mereka sudah mencapai sesuatu kejayaan yang membanggakan. Sikap rasa tidak layak dan selalu rasa tidak cukup bagus antara ciri-ciri imposter syndrome.
Antara ciri mereka yang menghidapi high function depression lagi adalah sikap bekerja tanpa henti. Sebenarnya sikap ini seolah-olah mahu melupakan penderitaan dengan sentiasa membuat diri mereka sibuk. Hakikat sebenar, individu tersebut sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Ads
Selain itu, orang yang menghidapi masalah ini selalunya nampak tenang walaupun dalam situasi yang sibuk, sebenarnya ini adalah indikasi yang mereka sudah lali, mematikan perasaan dan tiada emosi.
Jadi pesanan penulis untuk anda yang mengalami situasi seperti ini anda boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dan segera dapatkan bantuan. Kerana lama-kelamaan tekanan perasaan ini jika sudah sampai ke kemuncak akan memberi kesan yang tidak baik untuk diri.
Ads
***P/S – Guys, bila ada rakan-rakan yang mengalami masalah ini, jangan pernah cakap kepada mereka tentang soal ingat tuhan, solat dan berdoa kepada tuhan. Masalah tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan cara begitu. Dan jangan ingat orang yang hadapi tekanan perasaan ini tidak solat dan tidak ingat tuhan. Ini adalah masalah di dalam diri dan minda mereka.
Sumber: Public Health Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu melalui fasa perubahan kehidupan, sama ada daripada segi fizikal mahu pun gaya hidup berbeza. Semakin melonjak usia, ramai yang menganggap seseorang individu itu akan berubah penampilannya dan kelihatan lebih tua.
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang kelihatan lebih menarik dan bergaya sewaktu umur mereka meningkat usia, terutamanya dikalangan selebriti.
Jom kita lihat antara individu popular dunia yang berubah gaya menjadi lebih menawan ketika berusia.
Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Pelakon kacak Korea yang menjadi pujaan ramai, Ji Chang Wook dilaporkan positif COVID-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.
Menurut sumber daripada agensinya, Glorious Entertainment melaporkan kepada SPO TV News, Ji Chang Wook telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.
Ji Chang Wook sedang menjalani penggambaran drama siri untuk Netflix yang bertajuk The Sound of Magic yang turut dibintangi oleh Hwang In Yeop dan Choi Sung Eun.
Menurut JTBC News, semua team produksi dan barisan pelakon akan menjalani ujian swab dan penggambaran terpaksa diberhentikan seketika.
Semoga Ji Chang Wook kembali pulih seperti biasa dan tidak ada individu lain yang berjangkit dengannya.
Kesetiaan peminat Ziana Zain yang menanti selama bertahun-tahun untuk menyaksikan penyanyi kegemaran mereka itu kembali mengadakan persembahan pentas terbalas jua, Sabtu lalu.
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 berlangsung meriah apabila ia disaksikan oleh kira-kira 2800 orang penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selama konsert tersebut berlangsung kira-kira tiga jam lamanya, pasangan penyanyi adik-beradik itu saling mengambil giliran menyanyi secara solo sambil turut berkesempatan untuk berduet menerusi beberapa buah lagu hit mereka berdua.
Tambah manis apabila persembahan mereka turut disaksikan oleh kedua ibu bapa serta dua orang anak teruna Ziana, Muhammad Amar Armin Zaharin dan Muhammad Aiman.
Tinta Ziana sewaktu sidang media dilangsungkan selepas tirai dilabuhkan malam itu, beliau menyifatkan tiada apa yang lebih membanggakan dirinya dan Anuar melainkan melihat rasa bangga pada raut wajah dua insan yang membesarkan mereka itu.
“Dulu abah datang semasa konsert Unplugged (1996) dan konsert Ziana Zain In The Park (2001). Dan selepas itu, sudah jarang. Sokongannya terhadap anak-anaknya amat kuat. Walaupun sekarang usianya sudah 84 tahun manakala ibu kami sudah berusia 71 tahun, kami ingin sangat mereka datang (ke konsert kelmarin).
“Tanya beliau, ‘Boleh ke abah datang? Takut abah sudah tak terdaya.’ Kata saya, tak mengapa insyaAllah ada abah, semangat kami lebih kuat. Jadi, abah gagahkan diri untuk datang juga bersama dua orang anak saya, Muhammad Ammar dan Muhammad Aiman.
“Saya meminta mereka temani atuk mereka ke konsert. Ammar bertanya, ‘Nak tengok Mama dan Pak Ngah nyanyi ke?’. Mereka belum pernah menonton kami berdua berkerjasama. Mereka setuju, dengan pesanan usah panggil nama saya dari atas pentas. (ketawa). Tapi anak kan, perlulah panggil,” seloroh Ziana.
Tidak menafikan dirinya dilanda arus sebak sewaktu berbicara mengenai sokongan ibu bapanya di hadapan ribuan penonton yang hadir, Ziana bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.
Puas Hati Dengan Setiap Lagu?
Apabila dua sosok hebat dunia nyanyian lokal itu digabungkan dalam satu acara seperti ini, tentunya mustahil untuk kesemua repertoire yang menjadi sebahagian daripada identiti diri mereka dapat dimainkan. Soal pemilihan lagu menjadi salah satu perkara yang diutamakan Ziana dan Anuar.
“Setiap kali mengadakan konsert, kami mempunyai pasukan sendiri. Semua akan duduk berbincang tentang konsep, pemilihan lagu dan sebagainya. Kali ini, kami bersetuju menjadikan konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 sebagai ‘konsert kasih sayang’.
“Pemilihan lagu lebih kepada lagu-lagu cinta, lagu nostalgia dan lagu hit. Sukar juga (hendak pilih lagu). Tapi saya percaya malam ini, lagu yang kita nyanyikan diterima baik oleh peminat kerana ini juga adalah lagu-lagu permintaan mereka.
“Malah komposisi semula lagu pada malam ini sangat segar. Bayangkan sajalah, Madah Berhelah telah saya nyanyikan sejak 1992. Tapi disebabkan olahan muzik malam ini, saya rasa bersemangat balik untuk nyanyikannya,” ujar Ziana yang jelita menggayakan dua busana rekaan AMAZE dan Rizman Ruzaini.
Pemilihan lagu Ziana juga dilihat berpandukan kepada trend semasa dalam kalangan pendengar. Sebagai contoh, terdapat lagu yang dipilih dek kerana popularitinya di platform media sosial TikTok, baru-baru ini.
Tak Bolehlah Harapkan Ziana Zain Sekarang Seperti Dulu
Biarpun sudah berulang kali menyanyikan lagu-lagu hit miliknya sepanjang lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri ini, Ziana masih tidak mampu menghapuskan rasa gugup dalam dirinya sebelum berpijak di pentas konsert.
“Saya yang paling lama tak buat konsert, Anuar Zain selalu jugalah buat konsert. Saya nervous sebenarnya, tak boleh nak tidur seminggu lepas. Dalam hati saya selalu fikirkan, kita nak buat show. Walaupun sudah lama (berkecimpung), gugup itu masih ada.
“Alhamdulillah pada malam ini, sebaik melihat kelibat peminat, mereka seakan berikan ‘energy’ kepada kami berdua. Saya juga bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menghiburkan mereka. Selepas menjalani pembedahan untuk gastrik tempoh hari, tenaga saya pun lain. Nafas lain dan saya boleh tahan note dengan agak lama.
“Seperkara lagi, ‘mental’ memang saya jaga. Segala masalah kecil-kecil saya ketepikan untuk fokus kepada konsert ini.
“(Bagi saya) ini kerja, orang datang dan bayar duit untuk tonton kita. Jadi apa yang saya boleh lakukan adalah bersiap-sedia seadanya, (seiring) dengan umur saya. Peminat tidak bolehlah harapkan kami seperti pada usia 20-an, 30-an. Namun, saya dan Anuar tetap lakukan sebaik mungkin demi mereka,” simpulnya.
Dalam pada itu, Ziana dan Anuar turut mengejutkan para peminat apabila mengesahkan bahawa mereka bakal menggegarkan Singapura pula pada 24 September ini. Jadi buat korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan konsert mereka Sabtu lalu, jangan lepaskan peluang untuk ke kota singa tidak lama lagi okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!