Anggota kumpulan Kpop popular BTS iaitu V muncul sebagai orang Asia pertama melepasi lebih 19 juta ‘like’ di laman Instagram. Bukan pernah disenaraikan selebriti lelaki Korea paling kacak tetapi V juga kini boleh dilabelkan sebagai ‘raja media sosial’.
Namun untuk pengetahuan korang, entri V mengenai anjing peliharaan kesayangannya dan juga terkenal dalam kalangan ARMY iaitu Yeontan, kini merupakan siaran pertama dan satu-satunya oleh orang Asia yang melepasi 19 juta sukaan di Instagram.
Kim Taehyung (V BTS) juga menjadi selebriti Asia pertama yang mempunyai empat entri di Instagramnya yang mempunyai lebih daripada 17 juta ‘like’. Apa yang menjadikan ini lebih menarik ialah V BTS (dan enam rakan kumpulannya) menyertai Instagram pada Disember lalu, manakala selebriti lain telah berada di platform selama bertahun-tahun.
V mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih 60 juta pengikut tetapi mempunyai penglibatan yang lebih rendah. V juga merupakan orang ke-10 secara keseluruhan di dunia yang mempunyai rekod ini seperti selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.
Ads
Foto Via: World Music Awards/Twitter
Deabak V!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres jelita, Zahirah Macwilson yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu, tampil berkongsi wajah comel bayinya itu di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Zahirah memperkenalkan bayi mereka yang dinamakan Inara Raisa.
Foto-foto yang dikongsi menunjukkan Inara mengenakan dres berwarna oren lembut dengan wajahnya yang comel.
“MasyaAllah, muka abang Isaac sangat pada Inara,” ujar pengguna Instagram yang lain.
“So cute macam muka Abang Ijack,” tambah seorang pengikut.
Untuk makluman, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson berkahwin pada 20 Februari 2020. Mereka kini mempunyai seorang anak lelaki, Isaac Raees, yang berusia dua tahun, dan bayi perempuan, Inara Raisa, yang dilahirkan pada 31 Mei 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Arus pemodenan dunia masa kini turut mengubah corak dunia permotoran.
Dalam kategori motosikal, sukan permotoran MotoGP merupakan tarikan utama dan menjadi sukan permotoran utama di dunia namun pernahkah anda terfikir suatu hari nanti MotoGP akan menggunakan motosikal EV untuk pertandingan? Sesuatu yang aneh tetapi pasti akan terjadi.
Tahukah anda, terdapat juga sukan permotoran lain yang unik di dunia dan hari ini penulis ingin berkongsi 5 jenis sukan permotoran yang jarang ditemui di dunia.
01
Stadium Super Trucks
Bagaimana jika anda meletakkan kereta rally raid seperti yang digunakan di Dakar, dan memandunya dengan laju di dalam trek stadium dengan lompatan tanjakan setinggi 3 kaki? Sukan ini merupakan cetusan idea bekas pemandu NASCAR dan Indycar, Robby Gordon, yang memutuskan pada 2013 bahawa Amerika dan Australia akan menjadi pangkalan untuk sukan ini.
Siri ini menggunakan trak yang sama – hanya 1300kg, dengan enjin LS V8 yang hebat menghasilkan lebih daripada 600 kuasa kuda dan mempunya transmisi tiga kelajuan automatik. Semua kereta perlu dipandu dengan laju melepasi setiap tanjakan dan sukan ini berlangsung di dalam trek stadium. Secara kesimpulan kereta ini akan terus melompat sehingga tamat perlumbaan.
02
Piaggio Ape Racing
Salah satu strategi pemasaran paling berkesan yang pernah dibuat, Piaggio pada 2012 memutuskan untuk mempromosikan pikap tiga roda Ape Cross Country baharunya dengan memulakan siri perlumbaan baharu dengan menggunakan kenderaan tiga roda kecil itu.
Perlumbaan Piaggio Ape telah menarik perhatian dunia dengan ciri-ciri hebat seperti grid permulaan jenis Le Mans. Mereka berlumba di trek kart dan kadangkala diubah suai, termasuk raksasa bertemakan Lightning McQueen Loris Rosati yang terkenal dengan enjin sportbike 100 kuasa kuda.
03
ESkootr Championship
Siri perlumbaan pelik ini menunjukkan cara sukan permotoran melebarkan sayapnya. eSkootr Championship (eSC) ialah siri perlumbaan skuter elektrik yang melancarkan musim sulungnya pada 2022.
Dibangunkan khas untuk siri ini dengan bantuan kejuruteraan sukan permotoran Itali dan syarikat komposit ringan Ycom, S1-X eSkootr adalah model yang digunakan dan dapat mencapai kelajuan lebih daripada 100 km/j dengan kecondongan lebih besar daripada 50 darjah. Ia akan merangkumi motor berkembar 6 kW dan bateri yang dibangunkan oleh Williams Advanced Engineering dengan kapasiti 1.33kWj.
04
Lawn Mower Racing
Ini mungkin kategori perlumbaan paling unik dalam senarai. Mesin pemotong rumput ada di mana-mana, ia mudah digunakan dan yang paling penting, jika ada dua unit model ini, anda boleh berlumba.
Sudah tentu, perlumbaan pemotong rumput profesional menggunakan kit yang sudah diubah suai. Honda kini memegang rekod dunia untuk mesin pemotong rumput terpantas pernah dibina, dinamakan “Mean mower V2”. Model ini boleh mencapai lebih daripada 240kmph, dikuasakan oleh enjin empat silinder 999cc daripada motosikal CBR1000RR Fireblade SP dan menghasilkan 200bhp.
05
Tata Prima T1 Truck Racing
India mempunyai siri perlumbaan trak sendiri dan ia sangat berprestij. Siri Tata Prima T1 Truck Racing adalah pendedahan kepada rata-rata peminat sukan permotoran India, dengan trak berdasarkan peraturan British Truck Racing.
Spesifikasi, casis dan badan trak Tata Prima dikuasakan oleh enjin 1040 kuasa kuda pada musim terakhirnya. Beberapa legenda perlumbaan trak British yang paling hebat juga merupakan sebahagian daripada siri ini. Malangnya siri itu ditutup pada 2017 selepas eksekutif Tata berkata ia telah mencapai matlamat utamanya untuk “memberi maruah kepada pemandu trak India”.
Secara kesimpulan, kejuaraan automotif yang unik ini diadakan sebenarnya sebagai salah satu kaedah pemasaran produk tersebut dengan cara menonjolkan segala kelebihan yang ada untuk mewujudkan keyakinan kepada pembeli untuk membeli produk yang dihasilkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada mereka sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula. Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun lalu, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Semuanya gara-gara PKP 1.0 yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan. Lazimnya, TikTok dikenali sebagai platform untuk berhibur kerana ia membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync lebih kurang dalam 1 minit.
Namun begitu, kini aplikasi tersebut bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi ia juga digunakan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Amalina Che Bakri, beliau baru sahaja mewujudkan akaun TikTok dan apa yang menariknya, Dr. Amalina berkongsi informasi tentang dunia perubatan.
Beliau turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa dia sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada TikTok tetapi dia turut terfikir ia juga bagus untuk dijadikan platform bagi menjelaskan salah faham orang ramai mengenai ilmu perubatan.
I tried to stay away from TikTok but I think it’s a great platform for public health education especially to counter disinformation. So, here I am. pic.twitter.com/JLiFdXZMOz
Pengisian content yang dibuat di TikTok dramalinabakri mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menyambut baik kehadiran Dr Amalina dalam aplikasi tersebut.
Terbaiklah Dr Amalina! Diharap perkongsian berilmu ini dapat menarik lebih ramai anak muda khususnya untuk mendalami ilmu perubatan.