Dalam 3 Minit Je! Jihin Radzuan Gamatkan Stadium Dengan Kemenangan ‘Triangle Choke’

Share

Sekali lagi, atlet wanita negara membuktikan mereka juga setanding dengan atlet antarabangsa!

 

Semalam, satu lagi rekod telah dicipta oleh atlet MMA negara dalam pertarungan ONE Championship apabila salah seorang atlet Malaysia melakar kejayaan dalam tempoh tiga minit saja.

Jihin Radzuan, 21, berjaya menundukkan lawan dari Filipina iaitu Jomary Torres di hadapan penyokong tempatan. Atlet MMA remaja itu terlebih dahulu melangkah masuk ke gelanggang sambal diiringai pasukannya dan pelakon filem Sangkar, Zul Ariffin yang ingin memberikannya sokongan padu.

Sejak awal pertarungan, Jihin dapat memberi tekanan kepada Jomary dengan beberapa tumbukan padu. Stadium bertambah gamat pada minit kedua apabila dia membuat gerakan ‘take down’ dan membawa lawan ke lantai gelanggang.

Jomary masih memberikan saingan sengit namun Jihin terlebih dahulu mengunci kepala lawan dengan gerakan ‘triangle choke’! Wow girl. Kedua-dua masih bergelut di lantai namun selepas lebih seminit, Jomary mengalah lalu memberi kemenangan kepada Jihin yang popular dengan panggilan Shadow Cat.

Kini, dia telah melebarkan rekod kemenangannya kepada 5-1 dalam divisyen atomweight di ONE Championship.

 

 

Rahsia Kemenangan

Sudah tentu, teknik dan pengalaman menjadi kunci kepada persedian Jihin sebelum memasuki gelanggang. Namun, sebagai atlet MMA dia juga perlu menjada pemakanan dengan ketat.

“Bab menjaga makan tu memang susah sebagai orang Malaysia. Sepanjang minggu terakhir ini saya memang jaga betul-betul dan kawal nafsu makan,” kata anak kelahiran Johor itu.

Tambahan pula dalam sukan pertempuran, mereka perlu kekalkan berat badan untuk bertanding dalam divisyen masing-masing.

Anyway, congrats girl! Kami semua berbangga dengan kejayaan seorang lagi atlet wanita negara. Age is definitely not a factor.

 

Sumber: Astro AWANI

 

IKLAN