
Aktor popular, Fattah Amin memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap seorang pempengaruh media sosial dan suaminya selepas mendakwa pasangan itu menyebarkan fitnah kononnya dia berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada selebriti terkenal, Nur Fazura.
Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, pasangan bernama Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suami, Mohd Hafizzuddin Hamri didakwa memuat naik kenyataan berbaur fitnah di platform Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos.

Kenyataan itu kemudiannya tular dan dikongsi meluas, termasuk oleh beberapa portal hiburan. Ia membawa maksud seolah-olah Fattah berlaku curang dengan bekas isterinya yang juga usahawan tudung, sehingga rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.
“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya,” kata Fattah dalam tuntutan berkenaan.
Beliau turut menuntut kedua-dua defendan membuat permohonan maaf secara bertulis di akaun media sosial masing-masing.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan kedua-dua defendan menurunkan semua hantaran yang menuduh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu curang.
Peguam yang mewakili Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah berkata, Hakim Datuk Anand Ponnuduraimembenarkan permohonan secara ex-parte dan memberikan perintah injinuksi ad-interim terhadap pasangan tersebut.
Dalam prosiding berkenaan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam.

Untuk rekod, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.
Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







Namun, kekacauan tidak berhenti di situ. Radwa dikurung oleh Rozita tetapi berjaya diselamatkan Thariq selepas dimaklumkan oleh Husaini. Semua tekanan yang dihadapinya menyebabkan Radwa mengalami kemurungan yang semakin memburuk.




Thariq sempat menyelamatkan Radwa dan berjanji untuk sentiasa berada di sisi isterinya itu tetapu… janji tinggal janji. Dia terpaksa meninggalkan Radwa sekali lagi demi menumpaskan Datuk Zahid bersama Holy Dragon.
Akhirnya, mereka berjaya mengesan, menahan dan membunuh Zahid, Buat pertama kalinya, Thariq rasa lega apabila Radwa kini benar-benar selamat.




