Penampilan di pagi Syawal oleh pempengaruh dan pelakon, Fahad Iman pada tahun ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di TikTok setelah sebahagian daripada warganet di sana hadir di ruangan komen untuk melontarkan pandangan mereka.
Fahad, 30 yang muncul sebagai salah seorang model di pertunjukan fesyen tertutup jenama Behati baru-baru ini telah memilih persalinan serba hitam daripada jenama berkenaan untuk digayakan sempena Aidilfitri 2023.
Fahad memadankan baju Melayu berpotongan cropped bersama seluar slim cut dan kain sarung yang dijadikan aksesori sampin. Kesemua serba hitam from head-to-toe bagi mengekalkan minimalisme Fahad di pagi raya.
Namun, lain pula respon yang menyinggah di ruangan komen TikTok Fahad sehinggakan empunya badan juga tidak menyangka potongan baju di luar kotak berkenaan akan dipandang negatif oleh warganet.
“Opah kau tak marah ke bang pakai baju macam ni?”
Ads
“Sumpah love design nya. Tapi risau pagi raya dah kena tampar.”
“Baju Sushi King kau pakai ek.”
“Aku pakai gini balik kampung, kena rejam dengan famili.”
“Pesen nenek saya ni..”
“Kalau gini caranya memang automatik aku fikir member tak wujud.”
Lantaran itu, pelakon drama bersiri Ren & Bo itu mematahkan serangan warga TikTok menerusi video baharu yang menunjukkan betapa keluarga di kampung halaman boleh menerima pemakaian baju Melayu sebegitu rupa.
“Nasib saya tak ada family member yang toxic. Semua relax dan chill je. Dak dak TikTok je yang over, mengelabah lebih,” catatnya ringkas.
Ads
Haa apa pendapat korang? Boleh terima tak baju Melayu berpotongan cropped ini?
P.S: Sesuailah dengan musim panas di Malaysia sekarang, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lambakan produk kesihatan mahu pun kecantikan yang ada di pasaran sekarang kadang kala membuatkan kita ragu dengan kandungan yang digunakan oleh pengeluar.
Kalau melihat daripada testimoni dan pengiklanan yang dibuat, semuanya nampak berkesan dan meyakinkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua produk dipasaran selamat digunakan.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah pun menerima maklumat daripada Health Science Authority (HSA) Singapore berkenaan 4 produk yang dicampur palsu dengan racun berjadual serta menyebabkan kesan advers yang mengancam nyawa kepada pengguna produk tersebut.
Ada diantara produk tersenarai sememangnya popular dikalangan masyarakat. Berikut kami lampirkan empat produk yang terbabit:
Didapati produk-produk tersebut tidak berdaftar dan ianya perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Nasihat dari KKM
• Tidak membeli atau menggunakan 4 produk yang disenaraikan tersebut. Sekiranya ada yang sedang menggunakan produk BB Body, Bello Smaze dan Choco Fit, korang perlu menghentikan penggunaan serta merta dan dapatkan rawatan segera sekiranya bimbang akan kesihatan diri
• Pengguna yang menggunakan produk Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan yang mengandungi steroid poten disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor.
Menghentikan steroid tanpa pengawasan perubatan yang betul boleh menyebabkan tanda-tanda withdrawal yang serius seperti keletihan, kekeliruan dan tekanan darah rendah. Terutamanya bagi individu yang memgambil produk ini selama lebih dari beberapa minggu
• Sentiasa berhati-hati sewaktu membeli ubat-ubatan, produk kesihatan dan kecantikan untuk mengelakkan bahaya yang mungkin timbul apabila menggunakan produk yang tidak berdaftar.
Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag pada bungkusannya. Semua pembekalan ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual (Ubat Terkawal) adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952 yang perlu dipatuhi oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi.
Antara yang popular di pasaran
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan segala produk yang ada dipasaran sekarang. Korang boleh semak status pendaftaran terlebih dulu melalui websitenpra.moh.gov.my atau boleh menghubungi bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Jangan disebabkan nak cantik dan sihat cepat, korang main sebat saja segala produk yang diiklankan. Lebih baik jika dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.
Tahun lalu Miss Universe Singapura 2020 menjadi bualan ramai dek kostum nasional yang memberi impak ketika pentas akhir Miss Universe berlangsung. Bernadette Belle jelas mewakili negaranya dengan baik sekali biarpun dia tidak tersenarai antara semifinalis Top 21. Namun apa yang penting kehadirannya di pentas tersebut menjadi ingatan ramai.
Tahun ini, Miss Universe Singapura 2021 telah mengumumkan pemenangnya semalam. Nandita Banna, 21, telah diangkat sebagai juara sekaligus mendapat kepercayaan untuk mewakili negara kecil itu di pentas Miss Universe yang akan berlangsung di Eilat, Israel pada penghujung tahun ini.
.
Tahun ini organisasi Miss Universe Singapura memperkenalkan mahkota baharu yang dinamakan The Better Crown. Rekaan dengan lima bintang ini mewakili lima bintang pada bendera negara itu.
Menewaskan tujuh finalis lain, gadis berdarah India ini merupakan pelatih penganalisis data, model dan juga sukarelawan yang aktif di Care Corner Singapore yang menjurus kepada pembangunan skil hidup dan juga komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar sekolah. Ketika ini selain bekerja sebagai model sambilan dia merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti Pengurusan Singapura.
.
Menarik tentang dirinya, dengan ketinggian yang dimiliki, dia telah dipilih sebagai salah seorang model untuk menggayakan busana koleksi Louis Vuitton Women Spring/Summer 2021 di Muzium Sains-Seni, Singapura. Dia juga pernah menghiasi lembaran fesyen dalam majalah Vogue Singapura.
Dalam sejarah pertandingan Miss Universe, setakat ini Singapura pernah dua kali menjadi semifinalis iaitu pada tahun 1983 menyaksikan Kathie Lee Lee Beng yang berjaya menjadi tpo 12 dan kemudian pada tahun 1987 yang mana Nicole Teo berjaya tembus sebagai peserta 10 terbaik dalam pertandingan tersebut.
Sumber gambar: Instagram Miss Universe Singapura & Nandita Banna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara rasminya, gadis eksotik berketurunan Cina-India, Melisha Lin telah dimahkotakan dengan tiara rasmi Miss Supranational Malaysia 2022, pada 17 Jun lalu.
Bertempat di lokasi penaja rasmi tiara iaitu CERES Jewels, Melisha, 24 kelihatan cukup manis, peramah dan paling utama, bersedia untuk menggalas tugas mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2022 yang bakal dilangsungkan di Poland, tidak lama lagi.
Apa yang menjadikan upacara pemahkotaan kali ini bersejarah adalah kerana ia secara tidak langsung menamatkan ‘kemarau’ empat tahun sejak Malaysia menghantar wakil ke pertandingan Miss Supranational.
Kali terakhir adalah menerusi pelakon dan model jelita, Sanjna Suri pada tahun 2018 di mana dia telah menempatkan diri dalam kelompok 25 peserta terbaik. Sanjna yang turut ditemui di majlis yang sama meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dia memiliki pengganti setelah tempoh yang cukup lama.
Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjna Suri.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Melisha. Saya percaya dia mempunyai segala ciri-ciri sebagai seorang ratu. Bukan hanya cantik, dia juga bekerja keras dan berdedikasi. Saya berharap Melisha akan benar-benar menikmati masanya di Poland kerana peluang tersebut hanya akan datang sekali seumur hidup,” pesan Sanjna.
*
Pada majlis tersebut, Sanjna telahpun menyerahkan mahkota tajaan CERES kepada Melisha yang khabarnya bernilai USD1.5 juta atau kira-kira RM6.6 juta!
Jika korang perasan, tiara tersebut merupakan tiara sama yang pernah ditaja oleh CERES sewaktu berkolaborasi dengan sebuah lagi pertandingan ratu cantik di Malaysia, tidak lama dahulu.
Dalam ucapannya yang diselit sedikit perasaan sebak, Melisha melihat perjalanannya dalam platform Miss Supranational sebagai satu pengalaman yang memberinya seribu satu makna.
“Saya berterima kasih kepada Pengarah Kebangsaan Miss Supranational Malaysia 2022, Dr Sean Wong, Encik Eric Goh, para penaja saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan rakan media yang tidak putus-putus memberikan sokongan selama ini.
“Saya memulakan ‘perjalanan Supra’ saya pada tahun 2020 dan ia penuh dengan rasa minat serta dedikasi tinggi; demi mengharungi cabaran-cabaran yang hadir dengannya. Akhirnya, tiba juga masa yang saya nanti-nantikan.
“Tinggal seminggu saja lagi sebelum saya bertolak ke Poland pada malam 26 Jun 2022 dan membawa nama Malaysia di Miss Supranational 2022,” umum graduan jurusan Pengurusan Pemasaran ini dengan penuh bertenaga.
Melisha terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik Supra Star Search dan menduduki kedudukan Naib Juara. Bak katanya sendiri, “Takdirnya (untuk menang) tidak dinafikan tetapi hanya ditangguhkan seketika.” (“My destiny was not denied but just delayed.”)
“Saya amat bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia ke Poland. Saya teruja dengan peluang ini dan buat organisasi Miss Supranational, terima kasih kerana sekali lagi menerima penyertaan Malaysia setelah empat tahun (negara) tidak menghantar wakil ke sana.
“Ingatlah (kepada semua yang menyokongnya), usah pernah takut untuk mencuba, jangan biarkan kegagalan lampau menghantui anda dan hanya diri anda yang menakrifkan siapa anda yang sekarang,” tambahnya lagi.
Relatifnya, Melisha tidak mempunyai tempoh masa penyediaan terpanjang dalam kalangan ratu cantik dari Malaysia sebelum bertanding di peringkat antarabangsa. Kira-kira sebulan saja masa yang dimiliki Melisha. Bayangkan, dia dimahkotakan secara rasmi hanya sembilan hari sebelum bertolak.
Namun percayalah, Melisha telah menggunakan waktu yang ada ini untuk betul-betul mempersiapkan apa yang patut untuk memberi saingan terbaik. “Selain menghabiskan waktu-waktu terakhir ini untuk menyiapkan penggambaran ‘look book’ saya (OOTD Melisha di Poland kelak), ada beberapa video lain yang perlu saya siapkan untuk dihantarkan kepada pihak Miss Supranational.
“Ya, banyak juga perkara yang perlu saya lakukan sebelum hari Ahad ini tetapi saya tetap teruja,” katanya yang telahpun menyiapkan tiga gaun malam untuk dipilihnya menjelang acara kemuncak Miss Supranational 2022.
Jangan lupa untuk mengundi Malaysia dan Melisha bagi Miss Supranational 2022 apabila info lanjut mengenai proses pengundian diberitahu kelak. Ayuh Malaysia! Kita pernah menjadikan impian beberapa ratu cantik negara tercapai menerusi undian peminat sebelum ini. Jadikan impian Melisha untuk membuka langkah seterusnya di pentas Miss Supranational 2022 satu kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.