Dah PKP & PKPB Mulai ESOK, Tapi Masih Dibenarkan Balik Kampung?

Share

Beberapa jam saja tinggal sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) benar-benar mula dilaksanakan di enam buah negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ia termasuklah negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITANSemakin Sukar Dikawal, PM Umum Tindakan Tegas PKP 14 Hari Di 6 Negeri – REMAJA

Namun menariknya, dalam perutusan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri pada sebelah petang tadi, beliau memberitahu bahawa pergerakan balik kampung masih dibenarkan sehingga hari Jumaat ini; yakni 15 Januari 2021.

Aik, boleh balik kampung pula?

Menurut beliau, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan individu yang telah membeli tiket penerbangan dan bas bagi tujuan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meneruskan niat mereka itu sehingga Jumaat ini meskipun kerajaan melarang sebarang pergeraan merentas negeri bermula esok.

Namun bagi pergerakan menggunakan kereta mahupun kenderaan darat lain bagi merentas negeri, korang masih memerlukan surat kebenaran khas yang didapati daripada pihak polis sebelum dibenarkan merentas.

BACA LAGI“Perjalanan Lebih 10 Kilometer Tidak Dibenarkan” – Perdana Menteri – REMAJA

IKLAN