Berkesempatan menyaksikan komen berbaur kurang sopan dilemparkan terhadap bekas Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling ketika siaran langsung di TikTok, pelakon terkenal Amir Ahnaf kelihatan cukup berang dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian salah seorang peminatnya di aplikasi TikTok, pelakon drama Project High Council itu seolah-olah memberi amaran dan menggelarkan individu tersebut berperangai kurang bijak dek kerana komen yang ditinggalkan.
“Apa yang kurang ajar sangat tu? Ha geng, tolong ceramah sikit dia. Perangai apa ni? Masuk live aku kau nak…kau jangan…jumpa depan-depan nanti.
“Kalau jumpa depan-depan ini, aku dah sound dah ni. Macam b*d*h perangai. Report – report,” lemparnya penuh kemarahan.
@jaeminlovemetacod tengok Amir marah tapi memang bangang la perempuan tu gi komen benda bukan bukan
Terlalu geram dengan komen tersebut, pelakon berusia 23 tahun itu cuba mengenalpasti akaun pengguna TikTok itu dan dipercayai dia merupakan seorang budak perempuan bawah umur.
Ads
“Awak jangan bagi saya jumpa awak depan-depan eh. Kalau dari kecil macam ini, besar nanti nak jadi apa? Jadi orang b*d*h? Dah lah, ciao dulu,” jelasnya sebelum menghentikan siaran langsung tersebut.
Menjenguk ke ruangan komen, muncul tanda tanya di kalangan peminat tentang butiran komen yang ditinggalkan individu tersebut sehingga menimbulkan amarah pelakon tersebut.
Didakwa, komen yang ditinggalkan adalah berkenaan pelakon gandingannya di dalam sebuah drama, Anna Jobling.
Ads
“Someone cakap ‘Berlakon dengan Anna Juling ke tu?’,” balas salah seorang warganet.
Turut geram dengan situasi tersebut adalah peminat kedua-dua pelakon tersebut, di mana majoriti mengekspresikan ketidakpuasan hati di ruangan komen.
Siapa tidak kenal pelakon Anzalna yang tidak lokek dengan senyuman. Wanita jelita ini sering menjadi tumpuan setiap kali dia melintas di tengah orang ramai. Mana tidaknya, dengan rambut lebat panjang mengurai dan kulit mulusnya pasti mencuri pandangan mata. Malah kehidupan bersama suami dan keluarganya pasti membuat korang ‘adore’ dengan wanita kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini.
Turut menjadi juri jemputan untuk pencarian Dewi Remaja 2019 baru-baru ini, si jelita ini sempat berkongsi kenangan beliau ketika menyertai pertandingan itu kira-kira 10 tahun lalu.
Peserta final pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini sempat berkongsi beberapa momen yang tidak dapat dilupakan ketika menyertai pertandingan ini. Dan ia sesuatu yang sangat menyeronokkan dan sangat bermakna dalam hidupnya.
“Paling tak dapat lupakan waktu kami kuarantin ramai-ramai, masa itu lah dapat mengenali perangai masing-masing dan banyak aktiviti yang dilakukan so it was a fun.”
Lebih Konfiden Lepas Sertai Dewi Remaja
Anzalna sempat mengakui bahawa beliau seorang yang pemalu dan tidak konfiden bila berdepan dengan orang ramai sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja.
“To be honest I ni bukan seorang yang confident, and i’m a shy girl sebelum i terlibat dengan Dewi Remaja tetapi selepas pertandingan Dewi Remaja ni i nampak perubahan pada diri i lebih konfiden bila nak bercakap dengan orang.”
Sejak tahun 1985 Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif. Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik.
“Memang tidak dinafikan Dewi Remaja ini merupakan platform yang orang tertunggu-tunggu untuk menyertai pertandingan ini dan merupakan platform yang bagus untuk kita tunjukkan bakat kita.”ujarnya
Sempat memberi kata-kata semangat buat para peserta Dewi Remaja 2019 Anzalna sempat berpesan bahawa rezeki tu ada di mana-mana dan tak semestinya jika tidak menang di pertandingan Dewi Remaja, mereka tidak boleh berjaya…
“Apa saja yang kita buat dan lakukan perasaan gemuruh tu memang tetap ada even sampai ke final pun tapi tetap nervous tapi i tetap nak bagi yang terbaik. Walaupun tak menang tetapi itu bukan satu penghalang untuk Anzalna teruskan apa yang Anzalna inginkan.”
“I think that walaupun tak berjaya di Dewi Remaja tapi rezeki itu sentiasa ada. Dan Alhamdulillah masih lagi di dalam dunia seni dan dunia hiburan.
“And sampai sekarang berlakon tak pernah henti, And ya Anzalna love apa yang i buat sekarang ni. Just be your self and be confident, apa yang kita inginkan cuba capaikan cita-cita itu sampai dapat.Jangan jadikan kelemahan diri sebagai penghalang.Doakan semua berjaya sekiranya tak berjaya di Dewi Remaja mungkin ada rezeki ditempat lain.”
Untuk makluman semua, Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan Hanif Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki comel bernama Mohamad Eidrees pada Mei tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Anna Jobling tampil berkongsi momen disaat dapat bersua muka bersama anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, Puteri Ameerah berkenan bertemu dengannya dan berborak panjang ketika mereka bertemu di sebuah hotel di Brunei, baru-baru ini.
“Sejujurnya saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri Ameerah kenal saya dan mahu berjumpa dengan saya. Apabila beliau sampai di lokasi acara, terus saja peluk peluk saya.
“Terharu dan rasa teruja sebab bukan senang nak jumpa Princess (panggilan), kiranya saya bertuah dapat kesempatan bertemu beliau.
“Boleh dikatakan lama juga kami habiskan masa berdua berbua isu ‘girl talk’, lebih kurang dua jam, memang rezeki saya dapat peluang sebegini,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Gempak Most Wanted 2023 (GMWA23).
Dalam pada itu, aktres berusia 23 tahun itu turut memaklumkan yang Puteri Ameerah mengikuti perkembangan, selain gemar menonton drama lakonannya.
“Princess ada maklumkan tengok drama saya, tapi saya tak tanya yang mana satu, malah beliau kata minat lakonan saya. Sebelum itu saya ada tanya macam mana kenal Anna.
“Itu yang beliau dedahkan banyak tonton drama saya. Terharu rasanya sebab saya pun memang ikuti perkembangannya menerusi media sosial,” ujarnya panjang.
Sebelum ini Anna memuat naik gambar dengan Puteri Ameerah dalam Instagram yang mencetuskan tanda tanya ramai terhadap kunjungan ke negara seberang itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Anna Jobling
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos televisyen popular, Shaza Bae antara bintang yang diberi kepercayaan sebagai ‘muse’ untuk pertunjukan fesyen jenama lokal terkenal, neonate x svg Race Day yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Tampil ‘mega’ sewaktu ‘runaway‘ dihadapan ribuan penonton, Shaza menzahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana diberi peluang sebagai salah seorang model untuk memperkenal rekaan terbaharu daripada jenama tersebut.
“Saya sebenarnya amat teruja, bangga dan bersyukur kerana dapat berada di sini kerana saya sudah tidak ‘catwalk’ lebih daripada lima tahun. Jadi, dah lama sangat tinggalkan pentas peragaan ini.
“Jadi, kembali semula dan sebagai ‘muse’ adalah perasaan yang sangat teruja bersama dengan model yang top dan cantik-cantik belaka,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2019/20 berkenaan turut menerima pujian sebagai seorang model yang cepat mengingati dan mempelajari sesuatu perkara, terutama ketika di pentas peragaan.
Menitipkan keterujaan, Shaza memberitahu hasil bakat yang ada pada dirinya itu adalah pinjaman Ilahi buatnya.
“Alhamdulillah, ini semua daripada pinjaman tuhan. Bagi saya, rasanya saya sangat teruja untuk lakukan ini dan membuatkan saya cepat ingat.
“Bila anda suka untuk melakukan sesuatu perkara, lagi cepat anda belajar perkara itu,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.