Penulis pernah melihat lukisan potret Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum ini.
Namun ini adalah kali pertama penulis melihat karakter Lego yang direka khas untuk Perdana Menteri Malaysia dan isteri beliau tersebut. Dibuat khas oleh Vincent Kiew yang merupakan pengumpul tegar koleksi Lego, beliau berkongsi foto binaan Lego yang comel itu di Facebook.
Sekejap saja, pengguna media sosial pantas memuat naik semula foto tersebut di pelbagai platform media sosial.
Ads
Foto pertama yang dimuat naik oleh akaun chedetofficial di Instagram pada Mac lepas.
Adakah binaan Lego ini ilham daripada foto pertama di atas?
Ads
Seperti biasa, lego Tun M memakai Bush Jacket berwarna kelabu beliau. Cuma kelibat 2 pen di poket yang tiada. Manakala Tun Siti Hasmah mengenakan baju kurung dengan beg tangan berwarna putih.
Hhm, ada yang kata warna baju kurung tersebut ungu cair, ada yang kata merah jambu. Korang rasa warna apa sebenarnya ini?
Ads
Apa-apa pun, Vincent mendapat inspirasi ini daripada cinta di antara dua figura penting Malaysia ini serta kejayaan Tun Dr. M kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
“Cerita cinta antara Tun M. dan Tun Siti Hasmah membuatkan kita semua turut menghargai hubungan kita dengan pasangan masing-masing,” kata Vincent lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa kelibat salah seorang vokalis asal band popular Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, konsert reunion yang berlangsung semalam di Shah Alam tetap berjalan lancar meskipun dihambat emosi.
Dianggap besar kemungkinan sebagai konsert terakhir Dewa 19 oleh Ahmad Dhani sendiri semasa sidang media yang berlangsung tahun lalu, tiada siapa boleh meramalkan yang Ahmad Dhani sendiri tidak akan berada di konsert semalam. Not even the man himself.
Ini berikutan penahanan vokalis berusia 47 tahun itu pada awal minggu ini selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Jakarta Selatan kerana menyebarkan kata-kata kebencian dalam laman sosial.
Lalu, spekulasi menyebut anaknya yang juga seorang ahli muzik, Abdul Qodir Jaelani (19) atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani akan menggantikan posisi bapanya itu.
Ternyata, semalam Dul lancar memainkan keyboard sambil ditemani ahli kumpulan Dewa 19 yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel, Andra Junaidi, Yuke Sampurna dan yang lain-lain.
Namun, selepas mereka memainkan klip pesanan ringkas daripada Ahmad Dhani di skrin LED, Dul tak dapat menahan sebak meski masih meneruskan mainan keyboard untuk 1-2 lagu.
Pesanan tersebut berbunyi, “Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) di Kuala Lumpur, doakan saya kuat. Semoga dalam waktu terdekat, kita akan bertemu di Kuala Lumpur. Mohon doa Baladewa di seluruh Malaysia, terima kasih.”
Sewaktu Ari Lasso menyanyikan lagu ‘Hadapi Dengan Senyuman’ dan ‘Kan Membawamu Kembali’, kelihatan air mata Dul mengalir juga. Ari pula cuba menyanyikannya dengan lancar sambil merekod momen tersebut dengan telefon pintarnya – mungkin untuk diberikan kepada Ahmad Dhani sebagai pemangkin semangat.
Namun tak lama selepas itu, Dul kembali tenangkan diri dan sempat menyanyikan lagu ‘Angin’ bersama Once Mekel.
***
Konsert Dewa 19 Reunion in Malaysia semalam mengumpulkan semula ahli Dewa dan Dewa 19 untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu lagenda seperti Dewi, Pupus dan Risalah Hati selepas album pertama mereka, Dewa 19 pada tahun 1992.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang dapat ungkapkan buat pasangan pempengaruh media dan ahli perniagan terkenal tanah air ini.
Bersaksikan Auditorium MBSA, Shah Alam dan ribuan penonton, usahawan popular, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial dengan berjaya meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288.
Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pada malam bertuah itu, Hafiz Mahamad memberi ganjaran buat para kakitangannya bonus sebulan gaji, selain sehari cuti.
Jelas tuan empunya badan, dia mahu menunaikan hasrat tersebut selepas melihat kesungguhan semua pekerjanya mengundi dan memberi sokongan padu atas usahanya selama ini.
“Saya lihat kesungguhan mereka dan itu yang buat saya sayang dan hargai usaha mereka. Saya berniat kalau ada rezeki menang, saya akan bagi satu hari cuti. Saya ada dua bisnes iaitu Ainda Beauty dan Ainaa Clinic.
“Untuk Ainaa Clinic, saya akan hadiahkan kakitangan satu bulan bonus gaji sempena raya nanti. Untuk Ainaa Beauty pula, saya ada kejutan lain. Pekerja saya seramai 70 orang dan keseluruhan bonus yang saya peruntukan mencecah RM300,000,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mendedikasikan kemenangan yang diperoleh itu buat semua kakitangannya.
“Bila ada anugerah seperti ini dan tercalon, pada mulanya agak janggal juga. Sejak awal percalonan lagi, semua kakitangan menyatakan sokongan dan mahu melihat saya menang.
“Saya cakap pada isteri, mahu datang ke sini dan bawa pulang sesuatu untuk pekerja saya. Mereka memang betul-betul bekerja keras, malah setiap hari mengundi saya,” tuturnya lagi.
Pada malam temasya itu juga,Hafiz sempat mengucapkan rasa syukur atas penghargaan tersebut dan mengatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu merupakan salah satu rezeki isterinya yang juga pempengaruh terkenal, Syafiqah Aina.
“Jika ini adalah rezeki, saya percaya ini adalah rezeki untuk lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri dan awak semua,” katanya.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.