Gelombang panas yang turut dikenali sebagai heatwave kini melanda negara Malaysia. Sampaikan kalau sidai baju di halaman, pasti tak sampai sejam dah kering. Ada juga desakan dari rakyat agar kerajaan mengeluarkan amaran darurat di seluruh negara dek kerana situasi yang semakin teruk sehinggakan mengorbankan beberapa nyawa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi hari ini berkata kerajaan belum lagi melihat keperluan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara meskipun Malaysia sedang dilanda gelombang panas yang turut menyaksikan beberapa kematian terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Namun beliau berkata kerajaan sudah bersedia sekiranya pengisytiharan itu diperlukan.
“Belum, tetapi kami sudah bersedia. Kita akan pantau,” katanya kepada pihak media selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pagi tadi.
Ads
Tambahnya, kerajaan mungkin mempertimbangkan semula jika suhu mencecah 40 darjah Celsius.
Pada masa ini, bagi kawasan terjejas, beliau berkata pembenihan awan sedang dijalankan segera dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Alam Sekitar.
“Pembenihan awan dilakukan serta-merta, bersama TUDM dan Jabatan Alam Sekitar di beberapa kawasan empangan dan kita akan menumpukan tujuh kawasan di mana paras air dijangka berkurangan dan menjejaskan bekalan air.
Ads
“Tujuh kawasan itu ialah Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak,” katanya.
Pada masa yang sama, 101 telaga tiub telah dipasang di kawasan tanah gambut untuk kawasan yang sukar dicapai.
Ads
“Yang penting ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengambil langkah proaktif, dan bukan sahaja bertindak selepas kebakaran berlaku,” kata Zahid sambil menambah tidak banyak kawasan yang mengalami pembakaran terbuka.
Bagi nasihat awam mengenai gelombang haba, Zahid berkata kementerian masing-masing seperti Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan nasihat untuk sekolah di kawasan yang dijangka berlaku pembakaran terbuka dan terlalu panas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Malay Mail, New Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umur belum pun mencecah 40-an tapi uban dan mula tumbuh dengan banyak. Jumpa dek budak kecil habis dikatakan diri kita ni sudah tua. Pasti stres kan?
Masa zaman persekolahan dulu, ada juga di kalangan pelajar yang sudah pun beruban. Pelik juga tengok budak muda-muda dah mula tumbuh uban.
Persoalannya, kenapa ia boleh berlaku di kalangan generasi muda kerana lazimnya uban tu hanya tumbuh bila kita sudah tua?
Tak kira lelaki atau pun perempuan, tidak ada individu yang suka bila rambutnya mula putih ditumbuhi uban. Jangan kata orang muda, kadang orang tua pun boleh stres tengok rambut putih tu.
Nah, berikut beberapa faktor yang menjadi sebab rambut jadi putih atau cepat beruban di usia masih muda.
1. Stres
Tekanan merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik dan tahap stres ini juga boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban. Selain itu, vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang boleh merosakkan melanosit iaitu sel-sel yang menghasilkan pigmen untuk warna rambut.
2. Merokok
Kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban.
3. Suka makan junk food
Bukan saja untuk kesihatan tubuh badan, kandungan makanan junk food pun boleh mengganggu penghasilan melanin dalam rambut.
4. Kurang vitamin B12 dan zat besi
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
5. Genetik
Cuba check keturunan korang sama ada ramai atau tidak yang sudah beruban di usia muda. jika ibu atau ayah kita beruban awal, maka risiko untuk korang beruban di usia muda adalah sangat tinggi.
6. Guna pengering rambut
Penggunaan hair dryer yang terlalu kerap boleh menjadikan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin dan kerana itu rambut akan cepat beruban.
7. Pewarna rambut
Bahan kimia pada pewarna rambut boleh merosakkan sel melanin.
8. Kerap cuci rambut
Mencuci rambut secara kerap boleh menyebabkan rambut kering. Pilih syampu yang sesuai walau sekerap mana pun digunakan, rambut akan sentiasa lembap dan cantik.
9. Kekurangan asid folik
Zat ini sangat penting dan jika kurang pengambilannya boleh mengganggu pertumbuhan rambut dan uban pra-matang pun boleh tumbuh.
10. Diet tak seimbang
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
Sumber: vitasihatcantik.blogspot.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang mengalami situasi dimana semasa memandu, korang hilang tumpuan dan mungkin terlelap seketika? Nah, itu dinamakan microsleep. Ia terjadi tanpa amaran, apabila badan menjadi letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat walaupun mata kita terbuka dan tangan sedang memegang stereng kereta.
Biasanya, microsleep terjadi apabila seseorang itu memandu dalam jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu.
Terbaharu, empat kru produksi filem dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Setiu, Terengganu mengakibatkan seorang daripadanya maut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman. Kemalangan dikatakan berpunca daripada microsleep.
Microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kerana itu, penting untuk korang sentiasa berhati-hati dan sekiranya sudah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali ketika memandu, korang perlu berhenti berehat sebentar dan bukanlah meningkatkan kelajuan kerana ia sebenarnya tidak membuatkan korang menjadi lebih peka ketika memandu.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, individu tersebut akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Berhenti segera jika korang mengalami simptom-simptom tersebut semasa memandu:
• Kelopak mata kuyu
• Tersengguk-sengguk
• Menguap berulang kali
• Mata terkebil-kebil
• Tersasar dari lorong
• Tatapan kosong
• Mengelamun
Untuk mencegah tragedi ngeri, apa yang boleh korang buat?
• Berhenti di tempat selamat
• Lakukan power nap
• Berehat setiap 2 jam perjalanan
• Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri/ahli keluarga/teman untuk mengganti tempat pemandu
• Mengambil vitamin atau kafein
• Berbual dengan teman seperjalanan
• Jangan memandu jika mengantuk
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan pastikan selepas ini jika korang mengantuk, jangan memandu dan berhentilah seketika untuk berehat. Paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Sesi pengumuman secara langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi saluran Didik TV pada pagi hari ini telah mendapat reaksi yang bercampur-aduk daripada masyarakat, terutamanya di kalangan para pelajar sekolah dan ibu bapa.
Dalam sesi tersebut, Dr Radzi Mohd Jidin telahpun mengesahkan jangkaan ramai pihak apabila perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan terus disambung bagi tempoh 25 hari lagi apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan 14 Jun bagi Kumpulan B.
Kumpulan A yang dimaksudkan ialah negeri-negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala, negeri selebihnya seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Putrajaya & Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak pula tergolong dalam Kumpulan B.
Arahan sesi PdPR selama 25 hari itu akan berkuat kuasa hinggalah tiba cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai kelak.
Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Mohd Jidin
“Kemudian, pada 16 Julai hingga 25 Julai, ada satu lagi cuti pertengahan penggal dan (sesi persekolahan) akan dibuka semula selepas 25 dan 26 Julai.
“Apakah pendekatannya pada waktu itu, kita akan umumkan sebelum sekolah dibuka pada 25 dan 26 Julai nanti,” katanya.
Tunda SPM Ke 2022
Dalam pada itu, Dr Radzi juga memaklumkan bahawa peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dibawa ke bulan Mac 2022.
Sementara itu, ujian lisan dan amali sains SPM 2021 pula akan dilaksanakan pada bulan Februari 2022 iaitu kira-kira sebulan sebelum peperiksaan bertulis.
Penundaan SPM dari akhir tahun ini ke bulan Mac 2022 ini adalah demi memberikan ruang persediaan yang cukup bagi para pelajar serta tenaga pengajar sepanjang tempoh sembilan bulan bermula sekarang. Jelasnya, perkara ini telah diputuskan selepas pertimbangan keadaan dan cabaran semasa pada tahun ini.
Terdahulu, Dr Radzi telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun ini secara sistem mesej atau di laman web.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.