Cuaca Panas & Kering Bakal Landa Malaysia Mulai 18 Mei, Be Safe Guys!

Share

Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Bagi rumah yang tiada penghawa dingin lebih terasa kehangatannya.

Memetik laporan dari BERNAMA, tidak lama lagi, Malaysia bakal dilanda dengan cuaca panas dan kering apabila berlakunya Monsun Barat Daya!

Keadaan cuaca panas itu dijangka bermula pada 18 Mei ini dan akan berterusan sehingga pertengahan September nanti — menyebabkan kurangnya pembentukan awan yang menghasilkan hujan dalam tempoh berkenaan.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata — kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak yang akan menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Ogos dan September.

Manakala, kawasan barat dan pedalaman Sarawak dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada bulan Mei dan Jun.

Sementara di timur Sabah dijangka menerima hujan sedikit bawah purata pada bulan September dan Oktober.

Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.

Jerebu tempatan atau merentas sempadan boleh berlaku sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.

Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!

Sumber: BERNAMA

IKLAN