Berita

Cristiano Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Bilionair

Share

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama di dunia bergelar bilionair, lapor portal berita VnExpress semalam.

Menurut kemas kini Bloomberg Billionaires Index, nilai kekayaan bersih legenda berusia 40 tahun itu kini mencecah

AS$1.4 bilion (RM5.9 bilion), sekali gus mengiktirafnya secara rasmi dalam senarai individu terkaya dunia.

Sepanjang lebih dua dekad menguasai padang bersama kelab-kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Juventus, Ronaldo bukan sahaja mencipta rekod luar biasa dalam sukan, malah turut bijak membina empayar kewangan.

Selain pendapatannya sebagai pemain, Ronaldo turut menikmati perjanjian penajaan lumayan

bersama jenama ternama seperti Armani dan Nike menjadikannya antara figura sukan paling berpengaruh di dunia.

Pada Jun lalu, beliau menandatangani

lanjutan kontrak besar bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassrbernilai lebih AS$400 juta (RM1.7 bilion) serta memiliki 15 peratus pegangan saham dalam kelab tersebut.

Dengan pencapaian ini, Ronaldo kini berada sebaris dengan atlet legenda lain seperti Michael Jordan, Tiger Woods

dan Roger Federer yang pernah mencapai status bilionair.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath