Cristiano Ronaldo Orang Pertama Di Dunia ‘Followers’ Instagram Paling Ramai!

Share

Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan tidak hanya itu, personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati.

Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.

Terbaru menurut laporan India.com, bintang Juventus ini sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram.

Sumber Gambar : Instagram cristiano

Cristiano Ronaldo telah mengumpul lebih 250 juta followers di laman instagramnya, jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar dengan jumlah 144 juta followers.

Menurut Forbes, Ronaldo akan mendapat ‘elaun’ dari Instagram hampir 1 juta USD setiap kali beliau memuatnaik posting. Wow…bestnya up gambar pun dapat duit!

Pemain yang berusia 35 tahun ini juga terkenal dengan sikap yang suka menghulur bantuan membantu orang yang susah tanpa mengira bangsa dan agama. Jadi, mungkin disebabkan itulah Cristiano Ronaldo menjadi orang pertama ada followers sebanyak ini. Apapun, sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.

Sumber: India.com

IKLAN