COVID-19 Menganas Di India. Bekalan Oksigen Kritikal, Bakal Catat Kes Harian Setengah Juta

Share

Pandemik Covid-19 terus menjadi punca kematian tertinggi di dunia dengan angka kini melebihi 3.125 juta kes.

Situasi di India sangat membimbangkan sekarang, negara penduduk paling padat dan ramai di dunia kini berdepan dengan serangan  COVID-19 gelombang kedua.

Mencatatkan kes harian yang semakin besar membawa kepada jumlah terkumpul sebanyak 17.63 juta, paling membimbangkan dan kritikal ialah apabila bekalan oksigen di hospital dilaporkan semakin kehabisan.

Bukan setakat itu, usaha kerajaan dalam menangani pandamik ini juga dinampak lemah apabila bekalan perubatan lain seperti katil juga semakin tiada menyebabkan ada pesakit terpaksa menerima rawatan di rumah dan mengambil ubatan daripada pasaran gelap yang mana harga satu silinder oksigen boleh mencecah lebih 50,000 Rupee (RM2,747.25) sedangkan harga pasarannya cuma sekitar 6,000 Rupee (RM329.67).

Paling sadis, urusan pembakaran mayat pesakit pula, ada keluarga yang terpaksa menunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.

Golombang kedua pandemik ini juga berlaku kerana kurang kesedaran masyarakat dan mentaliti pemimpin yang ada mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.

‘tiada apa yang boleh dihentikan atas nama COVID-19 kerana kepercayaan kepada Tuhan dapat mengatasi rasa takut terhadap virus’.

Hasilnya jutaan rakyat India turun menyambut kerana percaya festival berkenaan bersih dan selamat untuk dihadiri dan India mengalami gelombang yang lebih parah.

Untuk info, data Johns Hopkins University juga meletakkan India negara kedua di dunia paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 selepas Amerika Syarikat.

Allahu, moga baik-baik saja semua yang ada di India.

Sumber : Astro Awani, Time 1, Time 2, BBC

IKLAN