Disclaimer : Kita kena sayangi ibu masing-masing pada SETIAP HARI dan bukan pada satu hari istimewa seperti Hari Ibu saja. Yelah, nanti ada pula yang tazkirah dekat telinga penulis.
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu di luar sana.
Walaupun mereka bertungkus-lumus menyediakan sebaik mungkin keperluan anak-anak seperti kita yang selalu demand inginkan itu ini, jarang sekali kita mendengar mereka mengomel letih. Kudrat yang ada itu selalu akan disalurkan kepada anak masing-masing.
Khas sempena Hari Ibu pada 9 Mei, REMAJA gabungkan momen finalis Hero Remaja 2020 bersama ibu mereka. Jom tengok wajah siapa yang paling ‘copy paste’ di antara mereka?
.
AZRI KHAIR
“Happy Mother’s Day Mama! You have done more than enough to raise me to be a good man. Hope to see you soon!”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Azri
Aktiviti kegemaran bersama: Talking about life. *deep*
.
ANIQ SUHAIR
“Bondaku syurgaku, nampak je baik tapi macam singa! (ketawa) Happy Mother’s Day Mama lub lub.”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Abang
Aktiviti kegemaran bersama: Memasak & bersukan
.
AZIM YUSOF
“Selamat Hari Ibu Mama! Miss you so much.
“Azim harap dapat buat Mama bangga suatu hari nanti InsyaAllah. Azim tahu untuk menjadi seorang ibu yang hebat adalah tanggungjawab yang paling sukar. Tetapi Mama will always be the best and perfect mom to me.
Ads
“Semoga Allah sentiasa merahmati mama, diberikan kesihatan yang baik dan sihat selalu – amin. I love you so much Mama.”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Azim
Aktiviti kegemaran bersama: Tengok TV, membawang, mengusik, tengok mama masak di dapur.
.
HARIZ HAMDAN
“Happy Mother’s Day Mammy! Abang harap Mammy dapat Halalkan semua makan minum dan semoga panjang umur!”
Panggilan kepada ibu: Mammy
Panggilan kepada hero: Abang
Aktiviti kegemaran bersama: Memasak, walaupun Hariz tak reti masa (ketawa).
.
HAZEEQ DEAN
“Happy Mother’s Day Mak! Thank you for always being the best mom you could be. You are my greatest gift and I love you. May Allay always overwhelm you with His greatest blessings. Muah..”
Panggilan kepada ibu: Mak
Ads
Panggilan kepada hero: Haziq
Aktiviti kegemaran bersama: Buat kuih-raya sama-sama, shopping.
.
IMRAN AQIL
“Happy Mother’s Day Mama. Thank you for looking after me so well. I LOVE YOU 3000!”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Adik
Aktiviti kegemaran bersama: Tengok movie.
.
JABIR MEFTAH
“Happy Mother’s Day! Thank you for showing me that the impossible is actually possible. The way you balance your work, family, friends and us – it never ceases to amaze me. I hope today you will feel spoilt and appreciated. Enjoy today and know that I love you.”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Sayang
Aktiviti kegemaran bersama: Memasak, jalan-jalan, kacau Mama dan memasak lagi!
Ads
.
JAZMY JUMA
“Selamat Hari Ibu. Terima kasih kerana menjaga abang yang nakal ni. Terima kasih untuk segala nasihat dan selalu berikan kata-kata semangat untuk abang. Last sekali, terima kasih kerana selalu sokong apa saja yang abang nak buat. I love you mak!”
Panggilan kepada ibu: Mak
Panggilan kepada hero: Abang E
Aktiviti kegemaran bersama: Tengok K-drama sambil berborak.
.
MEERQEEN
“You are my one and only Mama. I will always have a special place in my heart for you. I am so proud to be your son, Happy Mother’s Day!”
Panggilan kepada ibu: Mama
Panggilan kepada hero: Abang
Aktiviti kegemaran bersama: Memasak dan shopping.
.
NADHIR NASAR
“Nadhir saying Mak dunia akhirat. The greatest gift that came from heaven whom I call as my mom. Happy Mother’s Day Mak!”
Panggilan kepada ibu: Adhir
Panggilan kepada hero: Mak sayang
Aktiviti kegemaran bersama: Memasak semua jenis makanan; dari cucur ke lauk-lauk berat. Tapi time kemas, Mak suka kemas seorang. (ketawa)
.
UMAR HASHIM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Debaran makin terasa. Tinggal kurang beberapa jam sahaja lagi kita akan mengetahui siapakah diantara Meerqeen, Haziq, Jabir, Nadhir dan Umar yang akan dinobatkan sebagai juara pencarian Hero Remaja 2020.
Selepas lebih kurang tiga tahun edisi Hero Remaja 2017 berlalu, sudah tentu para pengikut pencarian ini menantikan siapakah yang bakal merampas takhta Alif Muhaimin sebagai juara terdahulu. Tidak dinafikan, kelima-lima finalis bakal memberikan saingan sengit di pentas akhir dan pastinya ia memberikan sedikit tekanan buat barisan para juri.
Namun begitu, kami pasti masing-masing sudah mempunyai pilihan dan ramalan korang sendiri. Jadi apa kata kita dengar pula prediction daripada bekas finalis Hero Remaja 2017 tentang siapakah yang bakal bergelar juara malam ini?
1. Alif Muhaimin
Menurut pandangan Alif, rasanya Nadhir mampu bergelar juara kerana Alif lihat personaliti dan effort dia untuk menang. Dia cuba untuk menjadi individu yang mampu memberikan contoh terbaik buat masyarakat. Secara peribadi, Alif sudah mengenali Nadhir dan apa yang Alif karakter yang ada pada diri dia membuatkan dia mampu untuk pergi jauh.
2. Farhan Asri
Kalau ditanya, mengikut pemerhatian saya Meerqeen mempunyai potensi untuk bergelar juara kerana dia mempunyai aura yang disenangi ramai. Walaupun saya tidak mengenalinya secara dekat, tapi kita boleh lihat bahawa dia seorang yang friendly.
3. Harris Annuar
Harris rasa Umar akan menjadi juara Hero Remaja 2020 kerana kadang-kadang keputusan yang diumumkan memang beri kejutan (hehe), yang tak disangka itulah yang akan menang. Kalau bukan Umar, mungkin Nadhir sebab dia nampak sangat komited dan well prepared.
4. Nabil Aqil
Juara pilihan saya adalah Nadhir Nasar kerana dia mempunyai personaliti yang menarik dan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam industri hiburan Malaysia. Tapi, apa-apa pun saya ucapkan good luck kepada semua finalis dan jangan fikir tentang kalah menang, yang paling penting adalah korang buat yang terbaik pada malam ini.
5. Ikmal Amry
Saya lihat semua finalis berpotensi untuk bergelar juara, tetapi jika ditanya pilihan saya, mungkin Haziq kerana dia mempunyai rupa ‘Hero Malaya’ ala-ala Remy Ishak. Hiks! Pada saya, paras rupa dia mungkin antara yang akan digilai oleh peminat di Malaysia. Tapi, menang atau tidak adalah perkara kedua. Sebaliknya, mereka perlu tahu untuk bawa diri selepas Hero Remaja 2020 berakhir nanti.
6. Safwan Nazri
Saya pilih Jabir Meftah untuk menjadi juara Hero Remaja 2020 kerana dia merupakan antara individu yang banyak melakukan kerja amal. Ini adalah contoh remaja terbaik kerana kebanyakan orang hanya cakap saja nak buat, tapi tidak bagi Jabir kerana dia tunjukkan action. Jadi, saya rasa dia boleh jadi role model terbaik untuk golongan orang muda.
Fuh, kami pula berdebar nak menantikan keputusan final malam ini. Jangan lupa saksikan episod akhir Hero Remaja 2020 pada jam 9 malam ini hanya di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah selamat diijab kabul dengan pasangannya, Najla Samshul sebentar tadi. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan mempelai dua sejoli itu dilihat cantik mengenakan busana rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada malam ini di sebuah resort yang terletak di Melaka.
Menurut Ikmal Amry, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran kes COVID-19 yang masih menular di Lembah Klang.
Kami di Remaja mengucapkan selamat pemgantin baharu buat Ikmal dan pasangan, Najla Samshu! Semoha perkahwinan kalian diberkati serta dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat PKP, bintang Hero Remaja 2017, Safwan Nazri diuji apabila berlaku kebakaran cawangan kedainya di Kuala Lumpur.
Memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken kira-kira dua tahun yang lalu, Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais termasuk di Lembah Klang dan bahagian utara seperti Kedah dan Perak.
Mengakui bahawa perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP ini, Safwan sekali lagi reda apabila dia diuji dengan kebakaran yang berlaku di kedai cawangan Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
“Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami. Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”
“Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5000 hingga RM6000 jugalah. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi. Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti,” jelas Safwan.
Baru-baru ini juga, Safwan dilihat menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah BMW sempena hari ulang tahun permaisuri hidupnya itu.
“Alhamdulillah, memang niat saya nak berikan hadiah kereta buat Mama dan keluarga. Lagi pun, Mama banyak membantu saya dalam perniagaan ini. Mama juga antara individu yang selalu memberikan semangat untuk melakukan apa sahaja perkara yang saya ceburi. Saya juga percaya sekiranya kita bahagiakan kedua ibu bapa, insyaAllah Allah akan berikan rezeki yang lebih banyak,” tambahnya lagi.
Walaupun sibuk menguruskan perniagaan, Safwan menjelaskan dia tetap ingin terus aktif dalam dunia lakonan dan tidak akan sesekali meninggalkan minatnya itu. Disebabkan PKP ini, banyak tawaran yang masih lagi terpaksa ditunda dan berharap agar selepas ini dia bakal kembali di kaca televisyen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!