
Anak perempuan kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, iaitu Rizqaa, berjaya mencuri perhatian ramai apabila dilihat begitu bijak membuat keputusan dalam soal pemilihan pakaian seawal usia lima tahun.
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok milik Rizman, pereka fesyen di sebalik jenama mewah Rizman Ruzaini itu berkongsi rutin hariannya dalam menyiapkan serta menggayakan anak perempuannya itu.
“Seperti yang dijanjikan, saya berkongsi cara menyiapkan puteri saya Rizqaa dan ia bukan tugas yang mudah!
“Dia pasti tahu apa yang dia mahu!” tulis Rizman dalam kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap cara Rizman membesarkan anak perempuannya itu.
Ramai yang memuji sikap Rizman yang menghormati perasaan Rizqaa dengan memberi ruang untuk anak kecil itu membuat keputusan sendiri.
Netizen turut memuji penampilan comel Rizqaa yang sentiasa kelihatan bergaya namun sesuai dengan usianya.
Tak hairanlah jika anak kepada pereka fesyen ternama ini mewarisi minat dan cita rasa tinggi dalam dunia fesyen sejak kecil lagi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Rizman Nordin