Comelnya Bakal Mommy Ni, Netizen Puji Rambut Baru Park Shin Hye

Share

Potongan rambut yang popular sejak tahun 1960-an ini sampai sehingga kini masih digemari oleh ramai wanita. Alasan mereka kerana potongan sebegini sangat selesa, langsung tidak merimaskan dan mudah dari segi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Netizen China Serang Park Shin Hye Di IG Gara-Gara Tanda Pagar #koreantraditionalclothes

Park Shin Hye antara yang membuktikan bahawa stail bob ini boleh menjadi moden, muda, segar, dan sedikit seksi. Penampilan terus berubah dengan stail bob, nampak lagi cool dan edgy sekali.

Jika dahulu, Park Shin Hye selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu, kini dia tampil dengan rambut baru .

Terbaru, semalam Park Shin Hye memuat naik gambar swafoto dengan potongan rambut bob. Dalam foto yang dimuat naik, aktres itu kelihatan malu dan menyembunyikan separuh wajahnya.

Rata-rata peminat memuji dengan menyatakan bakal ibu ini dianggap cantik dengan potongan rambut pendek dan rambut panjang.

Cantikkan?

BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN