Comel Sangat! Koleksi Hijab HANAMI Mudahkan Korang ‘Matching’ Dengan Adik Kecil

Share

 

Seringkali apabila tiba musim Hari Raya Aidilfitri, perempuan akan buntu untuk mencari rekaan hijab paling menarik untuk digayakan dengan baju Raya.

 

Nak pilih warna solid, takut bosan. Nak pilih yang bercorak, takut terlalu sarat.

Haa, why not untuk tahun ini korang lakukan sesuatu yang berbeza dan padankan gaya hijab dengan seluruh ahli keluarga!

Nama pun beraya pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan. Jadi tak salah untuk korang saling menyamakan gaya ahli keluarga like the one big happy family you are.

Istimewanya, korang boleh lakukan sedemikian dengan koleksi Hanami Lebaran 2020. Hari ini, Hanami baru saja melancarkan koleksi selendang (shawl) dan hijab sedia pakai (instant shawl) untuk dibawa beraya.

Koleksi ini diinspirasikan daripada lukisan bunga-bungaan yang terdapat di Jepun. Ia diolah kepada gaya moden untuk menambah sisi manis si pemakai.

Paling mencuri tumpuan penulis adalah set hijab dewasa dan kanak-kanak yang jarang sekali diperkenalkan oleh jenama hijab lain. Korang boleh saja memilih warna solid

dan corak bungaan mengikut tema raya tahun ini.

Cer tengok di antara pilihan hijab favourite kami.

KLEM10: Fancy Pink
EL14 : AQUA CYAN
EL16: Burnt Hena
EL11: Beige Head

 

Bagaimanapun, jika korang ingin mendapatkan hijab baharu untuk diri sendiri saja bagi Hari Raya tahun ini, Hanami masih menyediakan solid colour

& printed shawl yang cantik! Antaranya termasuklah..

 

Cantik kan!

Koleksi Hanami Lebaran 2020 boleh didapati bermula hari ini pada harga RM69 hingga RM89 setiap satu di laman web HijabsbyHanami dan juga daripada stokis Hanami yang berdaftar.

 

IKLAN