Comel! Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Dedah Puteri Sulung Di Khalayak Ramai

Share

Umum mengetahui Miss World 2000 dan pelakon popular, Priyanka Chopra sudah menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon, Nick Jonas pada 15 Januari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Lahir Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang, Ini 5 Fakta Tentang Anak Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas

Anak Priyanka Chopra dan Nick Jones. Sumber: Daily Mail Online

Jika sebelum ini, Nick dan Priyanka memilih untuk menutup wajah puteri sulung mereka dengan meletakkan emoji setiap kali membuat hantaran di media sosial. Terkini, pasangan selebriti terkenal antarabangsa ini akhirnya bersedia untuk mendedahkan wajah anak perempuan mereka iaitu Malti Marie Chopra Jonas.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Priyanka berkongsi video ketika dia hadir ke majlis rasmi Walk of Fame Hollywood bersama anaknya. Malti dilihat menggayakan jaket dan skirt yang dipadankan dengan hiasan kepala.

 

Memetik laporan Daily Mail, Malti yang kini berusia satu tahun membuat kemunculan pertama di khalayak ramai untuk meraikan kejayaan kumpulan bapanya iaitu Jonas Brothers meraih bintang Hollywood Walk of Fame pada 31 Januari lalu.

Kumpulan yang dianggotai oleh Kevin, Joe dan Nick telah diberi penghargaan untuk diabadikan nama mereka di Hollywood Walk of Fame menerusi majlis rasmi itu.

Untuk info, pasangan sama cantik dan sama padan mengikat tali perkahwinan pada 1 Disember 2018.

BACA LAGI : Akhirnya Kahwin! Lihat Foto Majlis Mehendi Priyanka Chopra & Nick Jonas

Sumber : Daily Mail, Instagram Priyanka Chopra

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN