
Malam ini, pentas Gegar Vaganza musim ketujuh akhirnya melabuhkan tirainya dengan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar!
Saingan sengit nyata diberikan oleh semua peserta pada malam ini apabila masing-masing tampil dengan persembahan sebaik mungkin bagi merealisasikan peluang untuk bergelar juara. Namun, juara hanya boleh menjadi milik seorang peserta kecuali semasa Gegar Vaganza musim keenam dan rezeki berpihak kepada Cliff.

Untuk pengetahuan, saingan sengit Cliff iaitu Mus May bergelar Naib Juara manakala seorang lagi peserta ‘favourite’ iaitu Ayu Damit memperolehi tempat ketiga. Lain-lain kedudukan adalah seperti berikut; Noraniza Idris (Tempat ke-4), OkaLinda Nanuwil (Tempat ke-5), Oja (Tempat ke-6) dan Ashira (Tempat ke-7).
Dalam ucapan penghargaan Cliff setelah dinobatkan sebagai juara (dan – ahem – membuka pelitup muka), beliau mendedikasikan kejuaraan ini kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan Gegar Vaganza 7.
“This one (merujuk kepada trofi) doesn’t belong to me. This one belongs to everyone yang menjayakan show ini. Kepada production team, and to all my fellow artists who work so hard every week. It is my honour to be performing with them every week.
“Saya merupakan peminat Abang Mus, kak Ani dan semua orang di sini,” katanya dengan penuh teruja.
Tahniah kami ucapkan kepada Cliff Umar!
Adakah korang bersetuju dengan keputusan ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mungkin Sampai Sini Saja, Thank You For Everything” -Zulin Aziz Beri Kiasan Mengenai Rumah Tangga?

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Setahun Perkahwinan, Zulin Aziz Mohon Doa Dikurniakan Zuriat

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.
Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.

Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Karl Shafek Panik 7 Ekor Kucing Mati Mengejut, Kenali Jangkitan Virus Parvo

Susah hati dan panik! Itulah perasaan pelakon dan juga pengacara Karl Shafek apabila mengetahui kucing kesayangannya tiba-tiba jatuh sakit dan mati mengejut.
Bukan seekor tapi tujuh ekor kucing mengalami nasib yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN : Pencinta Kucing, Carilah Rumput Pendul Kalau Bulus Sakit! Air Rebusannya Berkesan Jadi Ubat

Menurut pemilik jenama NEONATE melalui laporan Mstar, dia meluahkan rasa sedih apabila tujuh daripada 30 ekor kucing peliharaannya mati secara mengejut dalam tempoh lima hari berturut-turut.
Namun semuanya terbongkar apabila doktor Vaterinar mengesahkan punca kematian kucing-kucingnya berpunca dari virus parvo yang sering menjangkiti haiwan manja berkenaan.
“Memang sedih dan terkejut apabila setiap hari balik rumah selepas kerja kebelakangan ini ada sahaja kucing saya yang mati. Bermula daripada seekor dan sekarang sudah tujuh ekor yang mati.
“Kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi saya pun tak syak ada masalah virus berkenaan.
“Saya juga pelik sebab semuannya saya letakkan di dalam rumah. Bagaimanapun doktor veterinar memberitahu virus parvo boleh merebak melalui udara atau lalat,” katanya.

Karl terdahulu berkongsi mengenai tujuh ekor kucingnya menerusi instagram story miliknya pada hari Isnin lalu.
Sebagai pencinta kucing, Karl berkata kehilangan haiwan peliharaannya itu pastinya memberikan kesan mendalam buatnya Bagaimanapun, beliau kini mengambil langkah berjaga-jaga agar baki kucing miliknya yang lain tidak terkena jangkitan virus yang sama.
Info Ringkas Tentang PARVOVIRUS
Parvo atau nama penuhnya Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia. Sejenis virus yang sangat degil dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya.
Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut.
Tanda-tanda Kucing terkena Virus Parvo
- Kucing tiba-tiba murung, tidak mahu makan dan minum.
- Kucing lebih suka duduk di tempat sejuk akibat rasa dahaga yang melampau.
- Cirit birit yang berterusan. Najis terlalu cair, beserta lendir dan berbau busuk. Ada ketikanya najis akan disertai darah kerana virus ini telah menyerang usus kucing.
- Suhu badan kucing tidak stabil. Ada kalanya rendah dan adakalanya kucing mengalami suhu demam yang tinggi.
- Dehidrasi- akibat kucing tidak mahu minum dan makan.
- Kucing lemah dan tidak bermaya.
- Kadang-kadang kucing langsung tidak menunjukkan tanda-tanda di atas. Hari ini masih aktif dan tiba-tiba mati pada esoknya.
Cara Jangkitan Parvo
- Melalui persekitaran yang tidak bersih.
- Kucing yang positif parvo akan mengeluarkan virus melalui cecair, lendiran atau najis.
- Jadi lalat atau serangga yang hinggap pada agen tersebut akan merebakkan virus pada kucing lainnya.
- Virus parvo boleh merebak melalui angin dan juga sentuhan terus pada kucing positif parvo.
Cara Merawat Parvo
Tiada ubat khusus bagi merawat kucing positif parvo. Rawatan awal berserta kasih sayang selalu membuktikan banyak kucing terkena virus parvo boleh sembuh.
- Antaranya :
- Kena asingkan kucing yang positif parvo dengan yang sihat.
Bersihkan tangan dengan Dettol atau sanitizer selepas menyentuh/menguruskan kucing parvo. - Cuci persekitaran dan tempat kucing dengan Clorox sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Dari segi rawatan khusus pada kucing parvo pula ialah:-
a) Rawatan klinik : Ubat antibiotic dan juga drip. Cuma kos drip agak tinggi bagi yang kurang mampu.
b) Rawatan di rumah yang boleh dipraktikkan disamping pemberian ubat doktor :
– Air kelapa di campur sedikit dengan limau nipis. Beri 5ml -10ml 3 kali sehari.
100 plus. Buang gas dahulu. Untuk berikan sedikit tenaga pada kucing. Kena jarakkan masa dengan ubatan dari klinik. Beri 5ml 3 kali sehari atau sekerap yang boleh.
– Biasanya kucing parvo menolak untuk makan, namun kita harus paksa kucing makan juga bagi mengelakkan kucing dehidrasi. Bancuh nestum (RC Supporter- boleh di beli di Vet RM10/paket) campur glukos dan juga susu kucing yang sesuai.
– Pemberian immune booster seperti DMG, TF dan sebagainya. - Berikan kasih sayang dan kata-kata semangat pada kucing. In Sha Allah kucing boleh sembuh.
- Mencegah lebih baik daripada mengubati.
- Pencegahan yang paling berkesan ialah VAKSINASI.
- Jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
- Indoor kan kucing bagi mengelakkan kucing keluar rumah yang nyata terdedah dengan pelbagai risoko penyakit merbahaya.
- Bagi mereka yang selalu selamatkan kucing di luar, sebaiknya sediakan ruang/bilik kuarantin untuk asingkan kucing baru dan kucing rumah.
Moga info ini bermanfaat kepada korang semua.
BACA : Kucing Korang Happy Atau Tidak, Perhatikan 7 Tanda Ini Salah Satunya Selalu Mengurut
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Shocking!’ – Bekas Isteri Tegar Septian Sah Bernikah Kali Ketiga Setelah Hampir Setahun Bercerai

‘Aku yang dulu bukanlah yang sekarang….’
Begitulah bait-bait lagu dari penyanyi Tegar yang pernah tular suatu ketika dahulu sehinggakan hampir setiap stesen radio memainkan lagu tersebut berulang kali.
ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Beri Bayangan Putus Cinta Selepas 5 Bulan, Namun Peminat Ada Teori Berlainan
Pada usia 12 tahun, lagu Anak Jalanan berjaya merubah hidupnya 180 darjah.
Pencapaian yang dicapai penyanyi tersebut membolehkan dirinya untuk mendirikan mahligai perkahwinan pada usia yang muda iaitu 19 tahun. Namun malangnya, kebahagiaannya bersama isterinya, Sarah Sheilka musnah menjadi debu apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai pada Jun tahun lalu.
Majlis pernikahan Tegar pada tahun 2020.
Namun, baru-baru ini tular apabila bekas isterinya membuat kejutan dengan mengumumkan yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.
Berita tersebut dikongsikan oleh Sarah menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannnya di Instagram, difahamkan Sarah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya itu pada 21 Mei yang lalu.
“21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day,” tulisnya.
Difahamkan juga, ini merupakan pernikahan Sarah yang ketiga. Wow…..
Menerusi laporan portal Brillio, majlis pernikahan tersebut dikatakan berlangsung mewah di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.
Pada majlis berkenaan, bekas isteri penyanyi itu kelihatan anggun seperti puteri raja dengan mengenakan gaun putih sementara Andy pula kelihatan kemas menggayakan tuxedo hitam.
Gambar foto keluarga sebelum mereka bercerai.
Sekadar info, Sarah mendedahkan punca perceraiannya dengan Tegar adalah disebabkan masalah kewangan selain mendakwa Tegar berlaku curang. Selain itu, hasil perkahwinan mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

