Cipta Sejarah, Sofia Jirau Gadis Down Syndrome Pertama Jadi Model Victoria’s Secret

Share

Tidak ada yang mustahil apabila impian seorang gadis down sindrom akhirnya menjadi kenyataan setelah dipilih bersama 17 model lain untuk menyertai kempen terbaharu Victoria Secret.

Berasal dari Puerto Rico, Sofía Jirau mencipta sejarah sebagai model pertama Victoria’s Secret yang merupakan seorang pesakit down sindrom. Gadis ini ditampilkan menerusi kempen ‘Love Cloud’ yang turut disertai oleh beberapa wanita berbilang latar belakang. Antara model-model lain yang terlibat termasuklah Celilo Miles, seorang ahli bomba, Jailyn Matthews yang merupakan jurulatih kecergasan dan Hailey Bieber.

Instagram: @sofiajirau

Sofia turut memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen berbahasa Latin yang bermaksud, “Suatu hari saya mengimpikannya, saya berusaha dan hari ini mimpi itu menjadi kenyataan dan saya ingin memberitahu rahsia terbesar bahawa saya adalah model pertama Victoria Secret yang merupakan seorang down sindrom”.

Koleksi ‘Love Cloud’ ini baru sahaja dilancarkan dan mereka komited untuk memberikan keselesaan terbaik buat pelanggan. Menurut Ketua Pengarah Kreatif Victoria’s Secret, Raul Martinez berkata Koleksi ‘Love Cloud’ ini adalah detik utama dalam evolusi jenama. Daripada pelakon wanita luar biasa yang menggayakan koleksi ini, mereka turut membawakan semangat inklusif menerusi kempen ini dan ia merupakan perkara penting dalam standard jenama Victoria Secret.

Difahamkan, Sofia Jirau sebelum ini pernah membuat penampilan sulung di New York Fashion Week pada Februari 2020 dan dia berbangga kerana menjadi salah seorang daripada model dikalangan down sindrom.

Tidak ada yang mustahil selagi kita berusaha untuk mencapai impian yang disimpan selama ini. Semoga kisah Sofia ini menjadi pembakar semangat buat orang di luar sana untuk terus mengejar impian mereka.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN