Allahhuakbar. Beruntungnya bagi insan-insan terpilih ini. Bagaikan sudah berjanji untuk sehidup semati di bumi ambia yang turut menempatkan makam Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW dan para syuhadah, pasangan suami isteri Ismail dan isterinya, Rohani binti Dollah dijemput Allah selang dua hari.
Ternyata Madinah menjadi saksi cinta sejati, sehidup semati buat keduanya. Bermula dengan hanya demam ketika mengerjakan umrah, arwah Ismail meninggal pada 23 Disember dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Baqi.
Disaat masih bersedih dengan kehilangan insan tercinta seperti dikongsikan oleh anaknya, Mohd Fikri Ismail di fb miliknya yang memaklumkan agar insan mengenali mendoakan arwah ayahnya.
Ya Allah..kau ampunilah dosa2 ayahku,dimaklumkan ayah saya baru meninggal dunia di madinah jam 12 tenaghari waktu Malaysia, minta sahabat-sahabat semua doakan arwah ayah saya..
Namun dua hari kemudian, sekali lagi beliau memaklumkan yang arwah ibunya turut menyusul pemergian suami tercinta.
Ya Allah hari ini kau uji keluarga ku lagi..ibu ku dijemput oleh MU di tanah suci madinah. Sungguh berat dugaan untukku dan family. Sahabat2 sekalian ibu saya Rohani bt Dollah sudah pergi buat selamanya..sungguh beratku nak terima semua ini..doakan arwah ayah dan ibu saya..
Ads
Walau agak berat untuk menerima dugaan sebesar itu namun beliau adik beradik redha dengan ujian Allah taala.
Malah beliau turut membuat perkongsian di fbnya mengenai kisah kedua ibu bapanya.
20/12 – Kakak ipar minta tolong tanyakan khabar Mak Ayahnya di Mekah. Mereka datang umrah dengan Imraan Khalifakota punya Travel. Jadi lepas Isyak, aku ke Hotel Al Massa bilik 407. Kedua2nya dalam keadaan demam. Sempat la bersembang lebih kurang 1/2 jam.
Ads
23/12 – Pagi Subuh waktu Mekah, aku terima panggilan kecemasan daripada Ustaz Imran maklumkan akan kematian Ayah kakak ipar di Hotel Durrat Andalus, Madinah. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Baqi', alhamdulillah.
25/12 – Jam 3 petang waktu Malaysia, aku selamat tiba di KLIA. Buka hp, dapat mesej daripada kakak ipar beritahu Maknya plak meninggal di Madinah. Jenazahnya akan dikebumikan di Perkuburan Baqi'. Allahuakbar! Berat ujian yang ditanggung kakak ipar, Fieza Alya Hafidz dan seluruh keluarganya. Kehilangan insan tersayang kedua2nya sekali dalam masa terdekat. Moga kak Zah sekeluarga tabah, redha dan gembira dengan ujian ini.
Sesungguhnya.. Inilah kematian yang amat dicemburui oleh semua umat Islam, meninggal di Kota Suci Madinah. Kematian itu memang pasti & kita pastinya bersedih. Tapi gembira la sebab meninggalnya di Kota Suci Madinah.
Ads
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.
Salam Takziah! Kak Zah & anak2 Ma dan Ayah. Mereka akan mendapat syafaat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka, bersyukur la.. Sedih dalam gembira. اللهم اغفر لهما وارحمهما وعافهما واعف عنهما
Sumber : Mohd Fikri Ismail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat masyarakat Malaysia yang sudah menerima lengkap 2 suntikan dos vaksin.
Menerusi peningkatan jumlah suntikan yang diterima rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin mencadangkan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat untuk menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.
“Mutakhir sekali saya minta Jawatankuasa Pengurusan (JKJAV) ini menilai semula bagi mereka yang dapat vaksin dua suntikan supaya mereka akan diberikan kelonggaran-kelonggaran, sama ada dari segi perjalanan atau pergi ke kedai atau makan di restoran.
“Ini petanda supaya kita nak tunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat mungkin sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa-masa yang lepas,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan penyediaan Bakul Prihatin Negara di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selain itu, Perdana Menteri, turut menyatakan penerima dua dos suntikan vaksin akan diberi kelonggaran dari segi perjalanan serta makan atau dine-in di restoran.
Untuk info, sehingga 14 Julai 2021, lebih 12 juta pemberian dos 1 dan dos 2 vaksin diberikan kepada orang ramai dengan jumlah suntikan kini yang melebihi 400,000 dos sehari.
Wah…bestnya boleh rentas negeri dan lawat mak ayah di kampung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KECOH. Itulah mungkin perumpaan paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang kini melanda media sosial apabila semua orang sedang galak bercakap berkenaan permohonan cap dagangan (trademark) Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Lewat semalam, syarikat milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga merupakan ibu kepada selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa telah tampil dengan satu kenyataan media berkenaan isu tersebut.
Kata syarikat Noor Khan Enterprise, mereka memaklumkan bahawa permohonan kepada MyIPO itu telah dilakukan untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan Harimau Menangis pada bungkusan produk.
Ini adalah demi mengelakkan mana-mana produk tiruan dalam pasaran. Mereka menidakkan tuduhan kononnya Aunty Tini Kitchen berniat untuk menghalang mana-mana pihak menjual produk yang sama iaitu daging harimau menangis.
Selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk yang mereka pasarkan, selagi itu ia tidak menjadi masalah.
*
Punca kepada kekecohan ini sebenarnya bermula daripada sebuah video berdurasi 37 saat yang tular di Twitter. Menerusi video tersebut, Datin Noor Kartini sedang menyediakan hidangan daging berkenaan dan memberitahu syarikatnya telahpun mendaftar cap dagangan Harimau Menangis.
Berikut merupakan video penuh yang telah dikongsikan di laman YouTube.
Lantas, warganet pantas untuk mempersoalkan tindakan tersebut kerana menurut mereka, nama daging Harimau Menangis telah lama digunakan dan dikenali ramai pihak.
REMAJA cuba mengenali asal-usul daging Harimau Menangis memandangkan kami (dan besar kemungkinan kebanyakan daripada korang yang sedang membaca ini) tidak begitu familiar dengan ‘sejarah’ mana datangnya nama tersebut.
Menurut naskah berjudul Teknik & Resipi: Kuasai Dunia Kulinari tulisan Chef Suhaili yang dipasarkan oleh penerbit Alaf 21, gelaran Harimau Menangis merujuk kepada bahagian daging yang terletak di bahagian celah peha bahagian kaki belakang lembu. Kalau dalam bahasa Melayu, kita mengenalinya sebagai daging batang pinang.
Dalam bahasa Inggeris pula, ia dikenali sebagai Sirloin dan ia merupakan antara bahagian daging paling lembut dan ‘juicy’ pada lembu. Ini kerana otot di bahagian kaki ini paling kurang bergerak.
Pastinya korang pernah dengar menu seperti Tri-Tip Steak, Sirloin Steak dan Top Sirloin Filet. Haa, itulah daging Harimau Menangis.
Disebabkan kuantiti bahagian ini terhad pada setiap lembu yang disembelih, harga daging Harimau Menangis boleh mencecah nilai tinggi. Memang sedap jika dihiris dan dibakar!
*
Apapun, kita nantikan sajalah satu sidang media yang akan dilangsungkan oleh Datin Noor Kartini petang ini. Ikuti sebarang UPDATE mengenai isu ini di REMAJA.
Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).
Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi.
Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.
Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.
Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana
Menurut wanita ini, banyak juga kelebihan sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Antaranya:
1. Proses pengajaran semakin kreatif
Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.
2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)
Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.
3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan
Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.
Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.
Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, good luck!
Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan umum. Jadi, korang fikir-fikirlah sendiri ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.