Nampaknya, bukan seorang saja selebriti Hollywood bernama Jennifer yang mencari semula kekasih lamanya; seperti yang berlaku kepada Jennifer Lopez dan Ben Affleck pada pertengahan tahun ini.
Jennifer Aniston pun mungkin sekali cuba untuk bersama dengan pasangan lamanya!
Bukan dengan Brad Pitt, tidak.. bukan juga dengan Justin Therouxyang dikahwininya pada tahun 2015.
Kali ini, Jennifer disebut-sebut kembali rapat dengan bekas pasangannya dalam siri televisyen popular, Friends iaitu David Schwimmer!
Sejak semalam lagi, internet menjadi tidak keruan dengan gosip kononnya duo ‘Ross dan Rachel’ ini semakin rapat selepas mereka kerap bertemu sejak rakaman episod Friends Reunion yang keudara pada bulan Mei, tahun ini.
*
Ads
Dalam siri Friends, Ross & Rachel digambarkan sebagai pasangan on-off, on-off… and on again (!) sepanjang 10 musim ia ditayangkan. Bagaimanapun dalam kehidupan sebenar, Jennifer mahupun David tidak pernah cuba memulakan bibit cinta di antara mereka.
Ini kerana masing-masing merasakan ‘timing’-nya tidak pernah kena’.
Jika salah seorang single, seorang lain pula sedang terlibat dalam perhubungan lain.
Jen dan David mengaku mempunyai perasaan crush sejak penggambaran Friends musim pertama lagi disebabkan chemistry yang tercetus di antara mereka. Namun, mereka hanya kekal sebagai kawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Bak kata Jen, apa-apa perasaan sayang yang wujud di antara dirinya dan David akan disalurkan ke watak Ross dan Rachel. Mungkin sebab itulah, Friends menjadi siri televisyen komedi paling popular dalam sejarah penerbitan Warner Brothers.
*
Well, well.. tiga bulan telah berlalu sejak mereka menidakkan gosip cinta.
Tiba-tiba saja semalam, gosip tersebut timbul semula dan peminat Friends terus teruja!
Menurut sumber terdekat majalah Closer, Jen dan David semakin rapat sejak episod Reunion tersebut. David dikatakan sanggup membeli tiket penerbangan untuk bersama dengan Jen di Los Angelas.
“Dalam episod reunion yang memperkatakan sejarah di antara mereka, masing-masiing cuba meletakkan ke tepi sebarang rasa cinta yang pernah wujud. Tapi kini, mereka lebih selesa berbalas mesej. Hanya pada bulan lalu, David ‘terbang’ dari New York semata-mata untuk bertemu Jen di LA.”
Ads
“Mereka hanya luangkan masa di rumah Jen di mana dia menyediakan makan malam dan masing-masing berborak dan ketawa bersama,” ulas sumber tersebut.
..hari ini, wakil David Schwimmer meredakan gosip tersebut dan menidakkan harapan peminat Friends yang ingin menyaksikan ‘Ross dan Rachel’ bercinta dalam kehidupan sebenar.
Jelas mereka kepada BuzzFeed News, ura-ura cinta yang wujud adalah tidak benar. *URGH*
Tapi, kita semua masih boleh berharap, bukan? Come on, they deserve a love story fairytale.
Apapun,
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil sekarang, seboleh-bolehnya kita mahu berjimat cermat dan tidak ingin melakukan sebarang pembaziran.
Di musim pandemik ini juga, ramai yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan tetapi memikirkan soal ekonomi sekarang, mungkin ada juga yang sedang ‘berkira-kira’ bajet perkahwinan yang akan dibelanjakan.
Jangan risau guys, kami cuba untuk mengurangkan sedikit kos korang dengan memberikan tutorial yang telah dikongsi oleh Kamariah Mohd Pauzi tentang DIY kad kahwin yang menjimatkan dan pastinya mudah untuk disediakan.
Jika korang mempunyai printer di rumah, memang berbaloi sangat untuk membuat DIY kad kahwin ini. Kos kasar sekeping kad adalah lebih kurang RM0.075 dan 400 keping kad jemputan kahwin hanya mengeluarkan belanja RM30 sahaja. Itu pun mengambil kira harga kertas kraf (craft paper/brown paper) dan ink hitam (refill).
Korang juga boleh beli bahan-bahan secara online di Shopee. Kertas kraf 175gsm 100 keping baru berharga RM20, ink hitam 100ml (refill) dengan harga RM5. Sekeping kertas kraf saiz A4 boleh menghasilkan 4 keping kad bersaiz 4R. Ink yang digunakan pun tak banyak, ada banyak lebihan ink.
Kalau korang berminat, apa kata kita lihat tutorial yang telah dikongsi ini.
Terus pilih template dan jenis saiz yang korang nak. 1 kertas A4 boleh memuatkan 4 keping kad jemputan
Set margin kepada Narrow dengan ukuran 0.25 inci atas bawah kiri kanan
Masukkan border yang dah cari dan save sebelum ni. Dekat google banyak website yang menyediakan border bunga yang cantik-cantik
Adjust bunga ngam-ngam dalam box, kemudian masukkan Text Box untuk taip TAJUK KAD
Pada zaman sekarang, untuk menjadi seorang lelaki yang setia kepada pasangannya merupakan satu perkara yang sungguh mencabar. Kiri kanan, ada sahaja dugaan yang harus ditempuhi. Hehe..
Apatah lagi kalau kita perkatakan soal setia atau tidakdi laman media sosial. Disebabkan oleh aplikasi peribadi inilah, banyak pasangan yang tidak bertahan lama disebabkan cemburu buta ataupun salah seorangnya gatal mencari pasal lalu mengundang seribu satu masalah.
Selain di laman media sosial, dalam kehidupan seharian juga ada yang cuba untuk mendekati lelaki walaupun ramai serba tahu dia sudah berpunya. Kebanyakan lelaki akan kecundang dengan godaan dan cabaran yang ada ini. Hanya sebilangan kecil saja yang boleh memastikan mereka setia kepada yang satu.
Jangan risau, lelaki ‘spesis’ setia masih wujud jika korang betul-betul mengamati sikapnya.
Tidak dahaga perhatian
Memang ada lelaki yang mempunyai ego dan merasa bangga jika mampu memikat perhatian perempuan lain. Walhal sebenarnya dia hanya main-main dan tidak serius. Dia hanya sukakan perhatian. Di sinilah di mana perempuan akan merasai diri seakan dipermainkan teman lelakinya itu.
Berbeza dengan lelaki setia, dia akan menghormati teman wanitanya. Dia ambil kisah sekiranya reaksi orang di sekeliling terhadapnya akan diterima oleh teman wanitanya ataupun tidak.
Sentiasa cuba memahami
Lelaki memang tidak mungkin dapat memahami perempuan 100 peratus. Namun jika effort dicurahkan, lelaki boleh mendekati diri teman wanita mereka secara spiritual. Ini sesuatu yang penting kepada seorang lelaki setia kerana dia tahu, adalah penting untuknya memahami perempuan yang ingin dijadikan teman sehidup semati.
Terima seadanya
Mana ada manusia yang sempurna. Sebab itulah, untuk memastikan hubungan bertahan lama, kedua-dua pasangan WAJIB belajar untuk menerima diri satu sama lain, seadanya. Lelaki yang setia (dan matang) akan fokus pada kelebihan pasangan dan bukannya meneliti satu-persatu kelemahannya. Biarkan mereka tahu sikap buruk korang. Jika lelaki tadi dapat menerimanya, girls, he is THE one.
Sedia berkorban
Untuk membuktikan kasih sayang, seorang lelaki setia akan sedia melakukan apa sahaja demi membahagiakan pasangan. Pada masa yang sama, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pasangan. Lain pula dengan lelaki yang hanya ingin mempermainkan pasangannya; selagi boleh ambil kesempatan, selagi itulah dia akan melekat pada teman wanitanya ibarat parasit.
Tahu bila perlu marah
Ada beza lelaki yang mempunyai isu amarah dan lelaki yang tegas tau..
Jika seseorang lelaki itu hanya mengikut telunjuk teman wanitanya dan membodek sahaja, percayalah; itu bukan karakter lelaki setia. Baik lelaki atau perempuan sama, ada masanya perasaan marah akan datang termasuklah jika pasangannya melakukan sesuatu yang tidak molek.
TAPI, cara seorang lelaki setiap memarahi pasangan bukanlah dengan meninggikan suara dan memaki hamun. Dia hanya akan menjelaskan poin dengan tegas. Tanpa perlu menjerit tidak tentu fasal, kita dah dapat mengagak dia sedang marah daripada gerak gerinya saja.
Ingat girls, dia hanya risaukan korang. Inilah masanya untuk korang memujuknya. Secara tidak langsung, ia dapat membuahkan lebih rasa sayang dalam hubungan kalian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu hendak kahwin sudah.
Bapa kepada Aiman Tino, Yusri Ishak mendedahkan bahawa anaknya yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon bakal menamatkan zaman bujangnya pada 27 April 2023 bersamaan sambutan Hari Raya keenam.
Beliau turut memaklukan kepada Kosmo! bahawa Aiman juga sama seperti bakal pengantin lelaki lain merasai perasaan berdebar sebelum hari bahagianya tiba esok.
“Biasalah, setiap bakal pengantin terutama lelaki akan berdepan pelbagai perasaan menjelang hari akad nikah. Jadi, itu perkara biasa yang saya katakan pada Aiman.”
– BAPA –
“Saya yakin dia sudah bersedia menggalas amanah sebagai suami,selain pada masa sama rancak mengatur persediaan untuk majlis pernikahan dan resepsi mereka,” jelas Yusri.
Persoalannya, siapakah suri hati yang berjaya memikat hati penyanyi Ku Rela Dibenci ini?
Aiman Tino sebagai penghias Majalah Remaja edisi Mac 2017 bersama Alvin Chong dan Nik Qistina.
Haa, gadis tersebut dikenali sebagai Syarah Haifa dan mereka berdua diperkenalkan oleh rakan sendiri sekitar tahun 2019 sebelum masing-masing sepakat menjadi rakan perniagaan.
Dari situlah, mereka dipercayai melangkah ke alam percintaan.
Tentunya, peminat setia Aiman juga masih ingat mengenai kenyataan Aiman sendiri sekitar awal Februari lalu yang mana dirinya sudahpun bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung esok di sebuah dewan acara di daerah Segambut, Kuala Lumpur pada jam 5 petang sebelum beralih ke majlis resepsi pula di Shah Alam, Selangor membabitkan kedua-dua belah keluarga pada 6 Mei kelak.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Aiman dan pasangan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!