Tak sudah-sudah lagi dengan highlight Anugerah Juara Lagu 33.
Semuanya gara-gara terlalu banyak persoalan yang bermain di minda penonton sepanjang menyaksikan rancangan tersebut semalam.
Salah satu daripadanya adalah mengenai konsep persembahan Sufian Suhaimi yang membolehkannya memenangi kategori Persembahan Terbaik AJL 33.
Instagram: The Calla
Dari berdiri di dalam ‘sangkar’ lampu chandelier sehinggalah lampu diangkat naik. Kemudian, kain rentang dijatuhkan dan terlihatkan pelamin yang – hhm – familiar rekaannya.
Kemudian (belum habis lagi), pelamin digerakkan ke kiri kanan untuk memberi ruang Sufian duduk keseorang sambil menanggalkan kaca mata. Dan akhirnya, visual kelopak bunga/duit berterbangan ditayangkan sebagai pengakhir persembahan.
Instagram: The CallaInstagram: The Calla
Hamik kau!
Bak kata pereka sut Sufian semalam iaitu Hatta Dolmat, konsep persembahan tersebut cukup mendalam.
Ads
Namun, dek kerana wujudnya elemen pelamin di situ, ramai yang menyamakan ia dengan pelamin nikah bekas tunangnya, selebriti Elfira Loy pada Januari lalu.
Sengaja dirancang atau cuma kebetulan?
“Saya tak tahu pula konsep ini disamakan dengan apa yang terjadi sebelum ini (pernikahan Elfira Loy) kerana saya tidak in charge sepenuhnya. Kalau sama sekalipun, saya tak sedar.
“Idea asal memang dari saya tetapi bukan seperti apa yang kita lihat pada malam ini. Idea asal berubah-ubah sepanjang persiapan ke AJL kerana ada pihak yang ingin bekerjasama. Jadi kita beri ruang kepada mereka untuk berkarya.
Ads
“Jalan cerita dari chandelier, kain rentang putih dan akhir sekali, pelamin juga datang melalui interpretasi ramai pihak. Hasil akhir ini bukan sepenuhnya idea saya.
Apabila ditanya mengenai tweet viral Elfira Loy semalam yang mengucapkan selamat berjaya kepada Sufian sebelum bermulanya AJL 33 semalam, Sufian seakan tidak mahu mengiya atau menidakkan dia sudah melihat tweet tersebut. Namun…
“Terima kasih untuk ucapan (di Twitter) itu, tetapi persembahan saya di AJL bukanlah persembahan peribadi. Ia adalah persembahan umum kepada pendengar lagu Di Matamu. Saya percaya ramai yang boleh kaitkannya dengan kisah sedih masing-masing.
Ads
“Saya dan team tak ada niat peribadi terhadap mana-mana pihak.
“Saya sendiri dah move on walaupun masih ramai yang cuba mengaitkannya dengan peristiwa lama. Jikalau saya tidak melalui peristiwa itu pun, lagu ini masih akan dipersembahkan sebegitu rupa,” jelas Sufian lagi.
So gaisss, Sufian DAH MOVE ON.
Sewajarnya kita semua pun haruslah fokus ke depan, jangan diungkit apa yang telah berlaku sebelum ini okay. TAHNIAH #babyPian ,eh!
Ini dia video penuh persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tudung tak jadi, antara situasi yang oleh buat mood perempuan swing satu hari. Tambah pula bila waktu pagi sebelum nak pergi kerja atau kelas, perempuan ni boleh habiskan masa selama satu jam semata-mata nak betulkan tudung mereka.
Bila menjelang tengah hari, mereka mula resah sebab tudung dah tak sama seperti waktu mereka bersiap tadi. Maka, mulalah tangan tu asyik betulkan tudung setiap dua saat. Ha jangan tipu, korang mesti pernah rasa macam ni kan?
Untuk berkongsi pengalaman, pageBroOhsem turut menjelaskan beberapa sebab yang perlu lelaki faham kenapa kaum perempuan ni kalau bersiap boleh sampai makan tahun. Eh, gurau je sis. Hiks!
Berikut ada lima gaya tudung tak jadi yang selalu bikin spoil mood perempuan. Ramai pula yang menyokong tu. So, memang betul la kan?
1. Awning gelembung dalam
2. Awning lembik berombak, puas tiup
3. Awning kelepek tebal
4. Awning tak melengkung
5. Awning keras kejung
Korang macam mana pula? Apa lagi masalah tudung yang selalu dihadapi? Jom share dengan kami!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika kamu telah menonton filem paling popular kini, Crazy Rich Asians, pasti kamu juga ternganga apabila melihat kekayaan yang dimiliki oleh karakternya.
Terutamanya apabila karakter seperti Astrid muncul di skrin. All about her spells crazy rich!
Hakikatnya dalam dunia sebenar, karakter seperti Astrid wujud termasuklah di kalangan orang Malaysia sendiri.
Gemma Chan sebagai Astrid di dalam Crazy Rich Asians.
Minggu Fesyen Couture di Paris dan Milan adalah ‘kemuncak’ di mana kita dapat melihat siapa sebenarnya yang cukup kaya dan berpengaruh sehingga diberikan seat paling hadapan di pertunjukan fesyen. Mereka inilah yang akan mendapat peluang pertama untuk pergi ke back stage, melihat koleksi baju (dengan price tag sekurang-kurangnya USD 1,000 dan ke atas) dan yes, TERUS BELI selepas tamat pertunjukan fesyen.
Ada yang berpendapat hanya 2,000 orang perempuan kaya saja yang mampu untuk membelanjakan duit demi pakaian Couture. Dan 15 jenama Haute Couture saja di dunia yang mengeluarkan koleksi baru pada setiap tahun.
Bayangkan bagaimana 2,000 orang perempuan ini perlu berebut baju sesama sendiri. Takkanlah nak pakai rekaan yang sama pula kan.
Korang mungkin pernah melihat selebriti Hollywood yang memakai koleksi couture daripada contohnya John Galliano, Cristian Dior, Giambatista Valli dan sebagainya di karpet merah. Kemudian pengacara seperti Giulliana Rancic akan memuji selebriti tersebut dan berkata, “Wow hebatnya dia dapat memakai baju couture itu selepas seminggu ditayangkan di runway..”
Uh honey, kebanyakan daripadanya setakat MEMINJAM saja baju itu melalui stylist masing-masing, tak beli pun.
Jadi, golongan yang sebenarnya kaya dan berpengaruh inilah yang dinamakan sebagai Crazy Rich Asians. Bukanlah bermaksud hanya orang Asia saja yang kaya, tetapi kebanyakan daripada pembeli di Minggu Fesyen Couture berasal dari Asia.
DAN mereka masih muda!
Contohnya terbaik adalah pasangan kembar dari Malaysia iaitu Michelle Yeoh & Rachel Yeoh – The Yeoh sisters.
Michelle dan Rachel merupakan anak kepada pengasas YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh TIiong Lay. Dilahirkan di Kuala Lumpur, mereka kemudian berpindah ke England sekitar 7 ke 8 tahun untuk menyambung pelajaran dan terus tinggal di sana.
“Apabila saya melihat model memakai satu dress di runway, saya tahu saya perlu dapatkannya. It is this connection yang membuatkan dress itu lebih special,” kata Rachel kepada Harper’s Bazaar.
“Kami akan lakukan fitting appointments untuk memilih baju yang kami suka dan mengambil saiz badan. Selalunya kami lakukannya 3 kali kerana bentuk badan saya kadangkala berubah.”
And then, we have the jewellery. Di dalam filem Crazy Rich Asians, korang dapat lihat bagaimana perempuan kaya seperti Astrid dibawa masuk ke bilik khas untuk melihat barang kemas dari koleksi baru dan vintaj.
Pembeli seperti Michelle dan Rachel Yeoh juga melalui pengalaman yang sama. Tetapi mereka bukan setakat membeli, mereka juga turut sama terlibat dalam proses redesigning, sekiranya ingin menambah atau menukar sedikit rekaan tersebut. Ada duit, semua boleh!
Instagram
Michelle umpamanya juga suka membeli kasut daripada jenama seperti Chanel kerana dia menghargai seni pembuatannya. “Saya sukakan behind the scene pembikinan sesuatu koleksi baru, kerana ia membuatkan pengalaman membelinya lebih bermakna. Contohnya, kasut Chanel yang dibuat di Massaro, tak semua orang tahu susah payah mereka melakukannya.
“Couture is very special, kerana ia meraikan tahap tertinggi pembuatan fesyen dan kreativiti. It is like buying art.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehidupan diuji akibat kecuaian orang lain. Sejauh mana pun hati memberontak namun masa tak akan terundur.
Hakikat pahit namun perlu ditelan seorang remaja, Nur Atira Danilla binti Saiful Azhari, 19 tahun apabila dia kini terlantar sepenuh masa sejak lima bulan lalu dengan sebelah kakinya berisiko dipotong sehingga ke paras peha selepas motosikal ditunggangnya dilanggar seorang lelaki dewasa yang mengaku terlelap ketika memandu kereta.
“Saya tak nak potong kaki. Saya mahukan kaki ini kembali sembuh seperti sebelum ini. Mama, saya tak nak potong kaki,” katanya berulang kali di hadapan wartawan REMAJA sambil memandang wajah ibunya, seolah mahukan sebuah harapan.
Kaki kanan Nur Atira berisiko dipotong selepas diseret sejauh 100 meter akibat motosikalnya dilanggar pemandu kereta terlelap
Jika dilihat pada besi-besi yang berceracak di kaki kanannya itu, kecederaan dialami Nur Atira sebenarnya amat parah. Tulang ketingnya hancur selepas diserat sejauh 100 meter. Malah tulang hancur itu telah dibuang melalui satu pembedahan sebesar 5.5 cm di mana dapat dilihat satu lubang besar terbentuk, seolah-olah satu kawah di bahagian keting kanannya.
Tidak setakat keting, tulang punggungnya turut dibuang sebanyak 5 cm sebelum dipasangkan satu batang besi panjang di kaki kanannya itu. Lebih menyakitkan di bahagian punggungnya ada jangkitan kuman dan sudah bernanah memaksa satu lagi pembedahan dilakukan. Kakinya juga semakin mengecil seolah-olah memberi petanda, ia sukar diselamatkan lagi.
Tulang ketingnya hancur dan perlu dibuang sebanyak 5.5 cm kesan seretan itu.Luka besar dapat dilihat pada kaki kanannya
Tidak hanya parah di kaki, tapi pergelangan tangan kanannya turut terkulai-kulai (hampir putus sebenarnya) sebelum dipasang dawai besi. Malah tangan itu juga sudah tidak kuat untuk menggenggam. Tidak hanya lengan tapi lengan remaja ini turut patah tebu selepas diseret sejauh 100 meter.
Beginilah keadaan lengannya yang terkulai ketika kemalangan sebelum pemasangan dawai dilakukan bagi mencantumkannya kembali. Bagaimana pun tangan ini sudah tidak kuat menggenggamBeginilah keadaan motosikalnya selepas diseret sejauh 100 meter dalam kemalangan di Melaka itu
Kunjungan REMAJA di hospital menyingkap kisah duka remaja yang mencari rezeki untuk kehidupannya dan juga kehidupan keluarga selepas habis SPM. Pada hari kejadian, dia mahu ke sekolah memandu untuk belajar kereta.
Malangnya kecuaian orang lain menjadi igauan ngeri buat remaja ini. Kemalangan itu hanya disedari ahli keluarganya kerana ketika itu masing-masing keluar bekerja apabila pihak sekolah memandu menelefon ibunya bertanya kenapa anaknya tidak hadir ke sekolah memandu sedangkan ketika itu dia nyawa-nyawa ikan.
Redup anak matanya di sebalik wajahnya yang cantik. Namun hakikat pahitnya, kaki remaja ini sudah disyorkan dipotong sehingga paras peha oleh Hospital Melaka selepas kemalangan berlaku 22 Mei lalu.
Namun mahukan sebuah keputusan lain, ibunya, Rahasuhailawati Abdollah, 42 nekad membawa anak sulungnya ini ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai pilihan kedua.
Di HKL dan Hospital Melaka, demi memastikan survival dan kaki kanannya pulih seperti sedia kala, remaja cantik ini sudah menjalani pembedahan lebih 10 kali. Ini termasuklah kulitnya dipotong dan ditampal.
Pembedahan terakhir yang lakukan ialah salur darah tiruan dan andai berjaya ia adalah satu harapan baru untuknya. Namun selepas beberapa bulan, hanya isi daging mulai tumbuh dengan lekuk kawah itu masih seperti dahulu juga, tidak berubah sebaliknya semakin mengecil.
Ibunya sudah menjaga Nur Atira berbulan-bulan di hospital dan masa yang sama tersepit kerana cuti diberi majikannya (unpaid leave) hanya tiga bulan atau tempatnya digantikan orang lain
Menurut ibu yang setia menjaganya di hospital sejak kemalangan terjadi dengan ibunya sendiri berisiko dibuang kerja kerana kilang tempatnya bekerja hanya memberikan masa tiga bulan sahaja cuti tanpa gaji.
“Kehidupan kami memang susah ketika ini. Sebelum ini ayahnya (suami) turut dilanggar lari dan ditemui pengsan dalam perjalanan ke tempat kerja. Tulang rusuknya patah dan tak bekerja lebih 4 bulan bulan November tahun lalu. Cuti saya pun sudah habis menjaganya. Sekarang ini suami tak boleh bekerja kuat kerana tulang rusuknya tak pulih sepenuhnya lagi dan perlu pakai pendokong.
“Bila saya sendiri tak bekerja dan menjaga Atira di hospital, susah itu berganda-ganda. Saya memang risaukan keadaannya kerana Atira memang tak mahu kakinya dipotong sedangkan sudah berbulan-bulan begini dengan kakinya semakin mengecil tapi belum ada sebarang perubahan besar dapat dilihat.
“Buat masa ini ketika mendapat rawatan di hospital, ada peguam datang dan mahu membantu untuk menyaman pemandu ini tapi saya difahamkan kesnya akan makan masa panjang dan bertahun-tahun tetapi saya lebih risaukan emosinya yang akan menangis kesedihan,”katanya yang mengusap wajah anak sulungnya itu.
Setiap hari Atira perlu melakukan senaman ringan agar saraf kakinya berfungsi (ini demi mengelak kakinya dipotong). Di kaki kanannya itu kelihatan jelas besi-besi dicucuk bagi membantu tulangnya yang hancur bertaut kembali.
Remaja ini menderita angkara kecuaian orang lain
Kata emaknya, agak susah juga sebenarnya untuk menyakinkan Atira tentang hakikat ada kemungkinan kakinya perlu dipotong kerana berdasarkan situasi semasa tiada perubahan ketara terjadi.
“Di HKl ini, ada ketika pembedahan memerlukan banyak wang termasuk doktor ada meminta disediakan RM5000 sedangkan kami sudah tiada sumber pendapatan lain kecuali suami dengan gaji RM1400 sebulan. Risau dengan keadaan Atira kerana dia sendiri begitu mengharap kakinya kembali sembuh. Hanya doa yang saya mampu lakukan,”kata Rahasuhailawati yang mengakui risaukan keadaan sulungnya itu.
“Saya merayu kepada mana-mana individu yang bermurah hati untuk menderma demi meringankan bebanan kewangan kami kerana pembedahan demi pembedahan ini memerlukan sejumlah wang yang banyak. Saya akui buntu mencari sumber kewangan,” katanya lagi.
Bagi anda yang ingin membantu, salurkan bantuan ke Hong Leong Bank di akaun 026-51-05348-0 atas nama Rahasuhailawati binti Abdollah. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!