Korang Betul-Betul Syak Boyfriend Curang? Sila Perhatikan 5 Petanda Besar Ini!

780

Adat orang bercinta, pasti sedikit sebanyak ada rasa syak wasangka dan tak percaya. Mungkin ramai yang tak mengaku tapi hakikatnya jauh di dalam hati tersemat rasa insecure yang orang lain tak tahu.

Sejak kebelakangan ini, REMAJA banyak mendengar keluhan di laman media sosial tentang kes kecurangan teman lelaki terutamnya di media sosial?

Girls. usah jadi mangsa yang senang diperbodohkan ya. Nak tahu bagaimana caranya untuk korang ketahui apakah ciri-ciri yang mungkin ada pada seseorang yang curang. Haa, ini 5 perkara petanda awal yang mungkin korang boleh perhatikan.

Tiba-Tiba Suka Berahsia

Semakin lama semakin berahsia. Ini bukan tentang perkara yang terlalu peribadi tetapi berahsia dari segi keberadaannya di mana atau sedang buat apa. Bila menjawab ada sahaja jawapan yang tidak meyakinkan. Berbeza ketika dahulu, tak tanya pun beritahu berada di mana.

Suka Sorok Handphone

Ya, kita faham telefon pintar adalah ‘ruang’ peribadi yang cukup rahsia. Namu jika si dia laju sahaja melatah bila korang ambil telefon dia, ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi jika dahulu takde pula nak pakai password, sekarang kemain barahsia password yang ditukar setiap masa.

Penampilan Berubah Mendadak

Kelemahan yang ada pada seorang lelaki terutamanya, bila dia sudah dapat dia semakin berhenti untuk memikat hati pasangannya. Tapi entah kenapa secara tiba-tiba penampilannya berbeza nampak selalu kemas dan wangi. Mungkin dia lakukan untuk kebaikan dirinya tapi berjaga-jaga, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.

Kononnya Sentiasa Sibuk 

Ini alasan yang paling klasik. Ya, bukan tidak faham akan tanggugjawab dia di pejabat atau dengan tugasan assignment. Tapi jika si dia sepanjang masa sahaja beri alasan sibuk dan tidak mahu digangggu, korang harus ada rasa hairan.

Tanya Sepatah Jawab Pun Sepatah 

Kebanyakan pasangan muda selalu berkomunikasi dengan menggunakan telefon pintar. Cuba perhatikan cara dia membalas mesej kamu. Kalau coraknya berubah dan semakin dingin ada sesuatu yang tidak kena. Kalau si dia tidak angkat call atau lambat membalas mesej setiap masa, mesti ada yang tidak kena.

CER KOMEN SIKIT