Setiap mempunyai pilihan. Semua orang berhak memilihnya. Tak kisahlah apa orang nak kata, apa yang pasti, ia tetap sebuah pilihan!
Zaman ini, zaman duit. Ada yang kata, ada duit boleh beli cinta. Ada setengahnya pula berkata, cinta tak boleh dibeli dengan duit. Tapi berbalik kepada istilah pilihan tadi, tak kisahlah boleh atau tidak beli cinta dengan duit, pilihan itu kita yang memilihnya.
Kisah perempuan muda mengahwini lelaki tua, ramai yang mengaitkannya kerana duit dan harta. Bagaimana dengan lelaki muda tetapi pilih perempuan tua. Adakah soal duit juga? Tapi lebih ramai yang kata ianya lebih kepada jodoh kerana amat jarang lelaki muda akan memilih pasangan yang lebih tua darinya kecuali sudah benar-benar cinta.
Ramai saja, artis-artis muda yang pasangannya lebih berusia seperti Zain Saidin yang mengahwini Rozita Che Wan, pasangan paling loving, Fattah Amin dan Fazura serta lain lain. Kesemuanya mengaku jatuh cinta kepada pasangan masing-masing.
Tapi membaca kisah yang berlaku di China ini ternyata dunia sudah terbalik tetapi tidak pelik.
Cinta tak kenal usia tapi cinta lelaki ini kerana kereta Ferrari barangkali…
Ads
Seorang pemuda berusia 23 tahun yang agak kacak telah mengahwini pasangannya berusia 38 tahun.
Kisah pengantin lelaki ini dan pasangannya yang berbeza umur 15 tahun menjadi buah mulut masyarakat kerana ramai yang beranggapan dia hanya mahukan wang dan harta isterinya.
Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.
Menurut media sana, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.
Ads
Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.
Pengantin perempuan ini sudah hamil dan pasangannya sanggup bertanggungjawab
Pada mulanya ibu bapa pengantin lelaki dikatakan tidak bersetuju dan menentang perkahwinan mereka, namun akhirnya mereka bersetuju selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang serba serbi mewah.
Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, lot hartanah dan kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).
Ads
Dalam satu video yang tular, pasangan itu dilihat menaiki Ferrari sambil melambai-lambai ke arah tetamu.
Sememangnya salah satu cara singkat untuk hidup senang ialah mengahwini orang kaya. Namun hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan sebuah kebahagiaan –
Masalah depresi atau kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Kajian membuktikan isu kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda amat serius dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.
Bagi pendapat personaliti media sosial dan Youtuber popular, Shazz Zainuddin, remaja terutamanya golongan Islam seharusnya terlebih dahulu mengingati yang Maha Esa sebelum melakukan perkara yang memudaratkan diri apabila mengalami masalah depresi.
“Bagi remaja atau sesiapa yang mempunyai masalah depresi, walaupun ia adalah klisè seperti ingat kepada Allah dan menjaga solat. Ya, itu adalah nombor satu.
“Saya pun pernah hampir rasa ‘saya nak mati sahaja’ Namun ingat azab dan akan masuk neraka itu membuatkan saya takut. Dan kerana itulah agama nombor satu. Kuatkan iman kita semula, sembahyang serta minta doa kepadaNya.
“Dahulunya saya tidak bercerita masalah kepada keluarga mahupun rakan-rakan, mereka semua tidak tahu. Semua yang saya ingin kongsikan, saya hanya bercakap dengan Allah,” katanya ketika ditemubual REMAJA di majlis pelancaran muzik video sulung Resorts World Genting (RWG), di Genting Highland.
Dalam masa sama, Shazz turut mengingatkan buat para remaja di luar sana agar sentiasa meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah di mana akan tiba masanya kebahagiaan selepas derita.
“Memang ambil masa dan perlu yakin dengan Allah. Jangan merasakan yang Dia tidak akan menolong kita. Masa berdoa yakin sahaja yang Allah akan membantu dan memberi kebahagiaan kepada diri kita. Walau bukan sekarang, tapi masa hadapan Allah tetap akan beri.
“Itu apa yang saya lakukan dahulu. Setelah beberapa tahun saya hadapi, Alhamdulillah rezeki dan kebahagian kini saya kecapi. Dah berapa tahun saya baru nampak perkara itu,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih sedekad menuai nama di persada industri seni, rezeki pelakon dan usahawan ini bagaikan tidak pernah putus sebagai seorang anak seni tempatan dalam mewarnai layar skrin.
Walau ramai yang gemar menonton drama hasil lakonan figura ini, namun ada juga segelintir penonton mendakwa sudah mula ‘muak’ melihat aktor itu berlakon selain mengacara di stesen televisyen tersebut.
Menurut Izzue Islam, tidak selamanya wajah dan namanya baiknya tetap berada mewarnai televisyen penonton, malah dia percaya pada masa akan datang tempatnya akan diambil alih oleh bakat yang lain pula.
“Ada masanya saya, ada masa orang lain pula. Pada saya, perkara ini adalah satu rezeki. Mungkin dua tahun lepas mahupun tahun ini itu adalah rezeki saya di stesen televisyen tersebut.
“Jadi mereka nampak seperti job saya banyaklah. Mungkin pada masa akan datang jadi rezeki orang lain pula. Orang lain yang akan mengambil alih program saya atau rezeki mereka pula mewarnai stesen berkenaan atau di mana-mana sahaja,” katanya kepada Remaja.
Mengulas lanjut, pelakon drama hit Rindu Kasih itu turut percaya kepada rezeki yang sudah ditetapkan Ilahi buat dirinya sebagai seorang penghibur.
“Bagi saya, saya sentiasa percaya kepada rezeki. Kalau orang nak cakap bosan, setiap kali wajah saya sahaja kan, tidak mengapa. Saya anggap rezeki saya masih ada.
“Jika tiba-tiba awak buka televisyen sudah tidak lihat wajah saya, buka radio dan media sosial pun saya tiada, bermakna anda mula rindukan saya,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.