Di negara jiran Thailand, viral kisah seorang remaja berusia 19 tahun jatuh cinta dengan wanita berusia 56 tahun. Ramai melihatnya sebagai tidak masuk akal, namun untuk pengetahuan korang remaja lelaki yang bernama Wuthichai Chantaraj, ini bertemu dengan teman wanitanya Janla Namuangrak, 56 tahun.
Foto Via Portal Mirror UK
Perbezaan usia 37 tahun bukan penghalang bagi mereka untuk menjalinkan cinta.
Tolong Bersihkan Rumah
Menurut laporan Portal Mirror UK, cinta mereka berputik selepas warga emas kepada tiga anak itu meminta bantuan jirannya itu, Wuthichai membersihkan rumahnya di wilayah Sakhon Nakhon di timur laut Thailand.
Kerap melakukan kerja untuk wanita itu, membuahkan rasa cinta dan sayang. Kini, mereka sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun, dan bebas bergerak di bandar dan ke restoran.
Pasangan itu berkata, mereka tidak terpengaruh dengan jarak umur 37 tahun, kerana mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang di khalayak ramai, kerap memberi ciuman antara satu sama lain dan berpegangan tangan.
Ads
Foto Via Portal Mirror UK
Bercakap mengenai hubungan itu, Wuthichai, yang juga dikenali dengan nama panggilannya Tung, berkata: “Saya sudah dua tahun bersama Janla.
“Ini kali pertama dalam hidup saya rasa seperti saya ingin memastikan seseorang hidup dengan selesa.
“Saya melihat rumahnya yang usang dan mendapati diri saya memikirkan cara untuk membantunya hidup dalam keadaan yang lebih baik. Dia seorang wanita yang rajin dan juga jujur. Saya mengaguminya.”
Walaupun hanya menjadi intim sekitar dua tahun lalu, pasangan itu merahsiakan hubungan mereka daripada rakan dan keluarga.
Ads
Rancang Berkahwin
Sejak tular kisah pencintaan mereka sekitar awal tahun ini, pasangan itu menggunakan media sosial untuk menyiarkan video dan gambar percintaan mereka.
Foto Via Portal Mirror UK
Janla seterusnya berkata, Wuthichai membuatkan dia berasa muda semula.
Nenek itu berpisah dengan pasangannya sebelum ini, suaminya yang berusia 20 tahun, yang mempunyai tiga orang anak dan semuanya berusia 30-an. Kini, pasangan itu mendedahkan mereka merancang untuk berkahwin.
Ads
“Wuthichai menjadi seperti superhero bagi saya. Dia membantu saya setiap hari. Kemudian apabila dia lebih besar kami mula mempunyai perasaan antara satu sama lain,” kata Janla.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita seda maklum, golongan agama ini sering dipandang mulia dan cukup tinggi dalam kita mencari bekalan yang dicari. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.
Satu Malaysia gempar apabila seorang penceramah bebas popular ditahan polis semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Melalui perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, dikenali sebagai nama @omyqay mendakwa platform Instagram menjadi permulaan terjalinnya hubungan perkenalan ustaz dengan gadis itu.
Wanita itu juga mendakwa dirinya merupakan kawan baik kepada ibu mangsa. Katanya lagi, gadis tersebut memulakan perbualan dengan bertanya mengenai perihal agama lantas diberikan nombor telefon oleh penceramah berumur 30an itu.
“mangsa mengikuti ustaz ini dekat Instagram kemudian DM (direct message) tanya soal agama. Ustaz bagi nombor telefon katanya kerana jarang buka DM.
Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan terkutuk itu dibuat oleh pelaku ketika sedang berada melakukan roadtrip bersama mangsa, namun begitu ada seorang individu mendakwa dirinya rakan kepada ibu mengsa mendedahkan cara dia ‘umpan’ mangsa.
Dalam pada itu, individu ini juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini pelaku itu mempunyai ramai isteri.
Rentetan dari kes ini, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan bagi dua seksyen itu, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Hasil siasatan awal mendapati, remaja tersebut telah berkenalan dengan suspek iaitu merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.
“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.”
Menurut Sasikala Devi juga mereka telah menahan suspek tersebut pada jam 4.50 petang di kediamannya. Walaupun hubungan suka sama suka, ia tetap menjadi satu kesalahan rogol apabila dilakukan terhadap remaja bawah umur atau bawah 18 tahun.
Menurut laporan Berita Harian, setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini. Ambil berita ini sebagai menjadi iktibar buat diri kita semua.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali pandang tentu orang menyangka gambar-gambar ini diambil di negara Eropah yang mempunyai empat musim. Cantik sungguh pemandangannya.
Manakala kalau menyebut tentang Tanah Arab, kita hanya terbayangkan Kaabah, Masjidilharam, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah lain selain tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW. Namun perkongsian dari saudara Najmi Farisham yang menetap di Madinah, Arab Saudi pasti menukar persepsi kita bahawa Tanah Arab hanya dipenuhi padang pasir sebaliknya cukup indah terutama di musim bunga Jacaranda sedang berkembang.
Nah! Bacalah perkongsian indahnya mengenai bunga jacaranda yang menghiasi bumi Arab kala ini.
Percaya tak kalau saya katakan bahawa pemandangan cantik ini dirakamkan di Arab Saudi? Ya, tak tipu woih. Di Tanah Arab sana, bukannya di negara Mat Salleh, bukan juga di Korea atau Jepun.
Bunga Jacaranda yang berbunga mekar ini telah mencantikkan lagi pemandangan suasana di Abha, sebuah bandar yang terletak di sebelah barat Arab Saudi.
Bandar ini berada di kawasan pergunungan, kira-kira 2270 meter tingginya dari paras laut. Ia menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara sejak dahulu lagi. Tambahan, iklim cuaca dan suhunya di sana sangat sederhana. Tenang dan mendamaikan.
Kawasan ini sangat dikenali dengan tumbuhan hijau dan sayur-sayuran yang tumbuh subur. Sebahagian besarnya dipenuhi dengan pokok Jacaranda inilah. Bahu-bahu jalan raya dihiasi dengan indahnya bunga yang tercantik di dunia.
Saat ia berbunga lebat, bunga-bunga ungu ini memenuhi segenap ruang. Dongak ke atas, kelihatan indah ia menari-nari mengikut alunan angin yang lalu menyapa. Kemudian ia gugur ke lantai bumi. Atas dan bawah, cantik terpegun dibuatnya.
Masya-Allah!
Abha pernah dinobatkan sebagai sebuah Ibu Kota Pelancongan Arab pada tahun 2017 oleh Arab League’s Arab Tourism Organization.
Sejak semalam, masyarakat Malaysia gempar dengan penyebaran video lucah selain pengakuan berani Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdul Aziz yang mengaku dirinya adalah pelaku di dalam video lucah berkenaan.
Bukan saja mengaku itu dirinya malah anak muda berusia 27 tahun ini begitu berani meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas alasan Menteri berkenaan bukan individu yang layak sebagai pemimpin.
Sekalipun ramai yang pelik dengan tindakan pengakuan “berani matinya”, isu berkenaaan dilihat dari pelbagai sudut termasuk “bunuh membunuh” di dalam politik kotor.
Hari ini pula, Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham telah membuat laporan polis berhubung penyebaran satu video lucah yang mana telah dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat berkata, beliau membuat laporan itu agar polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan. Malah dirinya membuat laporan kazaf (tuduhan berzina) di Jabatan Agama Islam Putrajaya
Di sebalik isu penularan kisah menggemparkan ini, tentu ada di antara kita tertanya-tanya di mana boleh mendapatkan video lucah berkenaan. Biasalah sikap ingin tahu antara punca mengapa perasaan ingin tahu itu menebal.
Namun sebelum korang post video lucah itu yang katanya ada tiga video berbeza, fahami apa risiko yang bakal korang hadapi kalau tertangkap.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memuat naik, menyebar mahupun berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di internet selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak yang melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan. Pada masa yang sama, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah berkenaan tidak tular.
Dalam hal ini juga, MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan-kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara.
Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
So, sebelum suka-suka sebar tu, fikir mendalam ya. Jangan seronok tengok sekejap, korang kena penjara setahun dan di denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Tak berbaloikan..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!