Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Cik B di TikTok miliknya mencuri perhatian ramai selepas aksi spontan dan ‘rare’ yang ditunjukkan olehnya di gimnasium tular di media sosial.
Dalam video tu, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu dilihat menjadikan bodyguard sendiri sebagai punching bag.
“Gym tak ada punching bag,” tulis Cik B ringkas di ruangan kapsyen.
“Cik B nak tanya, mana nak dapat punching bag tu?” seloroh seorang netizen.
“Cik B tolong kongsi link punching bag ini,” tambah seorang lagi dengan nada berseloroh.
“Helok (kacak) punching begnya pun…”sempat netizen lain ‘usha’ bodyguard tu juga.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan Cik B serius sparring dengan bodyguard seakan-akan sedang berlatih seni mempertahankan diri. Tapi yang buat ramai teruja mestilah sebab ‘punching bag’ dia bukan calang-calang orang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenayah tidak mengenal mangsa dan siapa kamu, kes keganasan dikalangan kanak-kanak,remaja dan wanita kian menjadi-jadi di negara di negara kita.
Mengambil kira hal ini, seorang pemilik akaun Twitter @JatIkhwan yang juga merupakan seorang peguam tampil berkongsi peralatan yang boleh digunakan oleh wanita, kanak-kanak dan warga emas sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Saya ada cari di internet peralatan yang wanita atau sesiapa saja boleh guna untuk cuba selamatkan diri. Salah satunya adalah ini- Rape Alarm. Bila alat ni diaktifkan, satu bunyi siren kuat 130/90 Db akan dikeluarkan untuk tarik perhatian orang etc. Sama-sama banteras jenayah. pic.twitter.com/pxdZegCqRB
Untuk pengetahuan semua alatan ‘Rape Alarm’ atau penggera rogol yang boleh membantu ramai orang. Rape Alarm berfungsi membantu anda untuk menyelamatkan diri kerana ia menghasilkan bunyi siren yang kuat sehingga mampu menarik perhatian orang sekeliing apabila diaktifkan.
Malah, bunyi siren itu memiliki kekuatan sehingga 130/90 Db dan dipercayai boleh didengari dalam lingkungan 1KM.
Sempat Kongsi Kedai Yang Menjual Alatan Ini.
Bagi anda yang ingin mendapatkan ‘Rape Alarm’ ini, ia boleh didapati di kedai MR.DIY dengan harga RM 7 sahaja untuk dua. Bunyi yang dihasilkan sangat kuat dan menyakitkan telinga mampu menyelamatkan anda kelak.
Berikutan perkongsian Ikhwan, netizen memberikan reaksi positif dan kebanyakannya mahu mendapatkan penggera tersebut sebagai langkah persediaan untuk menghadapi saat cemas nanti.
Walau bagaimanapun, Ikhwan tidak menyarankan pengguna untuk bergantung seratus peratus kepada alat ini dan sekurang-kurangnya perlu ketahui ilmu pertahanan diri yang mudah. Semoga perkongsian daripada Ikhwan ini bermanfaat.
Kalau dah bagus why not kita cuba kan, demi keselamatan diri kita juga.
Sumber : Twitter Ikhwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kata orang, jika ingin melihat betapa hebatnya skil lakonan seseorang pelakon itu; cubalah lihat sekiranya dia mampu membuatkan korang terlupa rupanya yang sebenar ataupun tidak.
Begitulah persepsi orang ramai yang telahpun berkunjung ke pawagam untuk menonton filem seram sensasi, Evil Dead Rise.
Rata-rata pasti akan memuji jalan ceritanya, dialog ‘one-liner’ yang membuatkan korang tidak bosan menonton dan ‘skala seram’ serta elemen kejutan yang diselitkan.
Paling menonjol mengenai Evil Dead Rise tentunya terarah kepada pelakon utamanya Alyssa Sutherland yang berjaya membawakan watak Ellie dengan cukup bernas.
Nama Alyssa mungkin masih janggal dalam kalangan penonton di Malaysia.
Tidak dinafikan, wanita kelahiran Brisbane, Australia itu masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan. Ini kerana Alyssa memulakan langkah awalnya sebagai seorang model yang berjaya.
Kongsinya dalam temubual bersama portal Collider, sejak kecil lagi dia sudah memahatkan impian untuk bergelar pelakon.
Begitupun di Brisbane, tidak ramai sedar bakat luar biasa yang dimilikinya sehinggakan Alyssa merasakan adalah tidak realistik untuk mengejar impian tersebut lalu melupakannya sama sekali.
Hanya apabila dia melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan sains pendidikan, dia dirisik untuk mencuba bidang peragaan fesyen.
“Saya ditemui di pusat membeli belah. Ibu sayalah yang menggalakkan saya untuk menangguhkan pengajian, lebarkan sayap dan mencubanya.”
Rezeki dalam bidang peragaan nyata tertulis buat Alyssa apabila dia memperolehi kontrak bersama Vogue Australia, menjadi penghias wajah majalah Australian Style dan Glamour Italy; malah muncul dalam kempen jenama antarabangsa seperti Bulgari serta Ralph Lauren!
Tidak mustahil korang sendiri pernah melihat wajah Alyssa dalam kempen-kempen tersebut sebelum ini.
Titik tolak kerjaya Alyssa dalam bidang lakonan bermula setelah dia dijemput untuk mengambil bahagian dalam uji bakat sebuah filem bersama pengarah dari Australia, Jocelyn Moorhouse. Biarpun filem tersebut tidak dihasilkan, semangat Alyssa untuk mengejar impian asalnya kembali ‘marak’ dalam dirinya.
Dia mengambil keputusan meninggalkan New York dan berpindah ke Los Angeles sebagai pelakon baharu, bukan lagi sebagai seorang model.
“Jujurnya, saya tak merasakan orang ramai sangsi apabila model bertukar aliran menjadi pelakon. Sudah ramai model yang membuktikan mereka boleh.
“Cuma apa yang mereka sangsi adalah sekiranya seorang wanita yang cantik boleh membawakan watak-watak serius. Sedangkan Hollywood mempunyai Brad Pitt yang cukup kacak dan beliau diberikan peluang membawakan macam-macam watak.
“Oleh sebab itulah, filem Evil Dead Rise merupakan satu hadiah istimewa untuk saya. Saya boleh mengubah pandangan orang ramai mengenai kemampuan model perempuan,” katanya.
Bukan saja watak Ellie yang dimainkan olehnya 180 darjah berbeza daripada dirinya yang sebenar. Ellie juga memaksa Alyssa untuk tidak ‘control cantik’, melepaskan dendam dan amarah serta mencabar dirinya untuk keluar dari zon selesa.
Bagi korang yang belum lagi menonton filem Evil Dead Rise, REMAJA syorkan agar korang menonton dahulu prekuel awal di platform penstriman Netflix sebelum menonton di pawagam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah memasuki dua tahun dunia berdepan dengan wabak COVID-19 pun, masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang gemar berjenaka mengenai wabak tersebut. Lebih teruk lagi apabila ia turut menyelitkan elemen perkauman walaupun secara berkias.
Kisah kumpulan K-Pop, BTS yang membanggakan industri muzik Asia terutamanya dunia K-pop setelah diberikan penghormatan untuk tercalon di anugerah Grammy 2022 serta membuat persembahan telah dicemari pertuduhan kurang sopan oleh media Australia, semalam.
Menerusi akaun Twitter-nya, The Project TV telah berkongsi sebuah video ‘recap’ yang menyentuh momen-momen menarik di Grammys 2022. Video berdurasi enam minit itu turut memuatkan sebahagian persembahan BTS yang membawakan lagu Butter.
*Klip tersebut telahpun dipadamkan oleh The Project TV*
Namun, apa yang kurang enak pada pandangan peminat BTS adalah apabila ia turut menyelitkan mesej berbunyi, “BTS hadir, melupakan ‘peperangan’ mereka dengan wabak COVID-19 baru-baru ini”.
Ia turut menunjukkan klip ahli BTS, Kim Tae-hyung aka V ketika berada dalam kalangan penonton dan menambah efek bunyi seperti batuk serta efek visual ‘kuman’ di sekeliling V.
V hadir ke anugerah Grammy 2022 dalam keadaan sihat, tidak seperti yang digambarkan oleh media Barat tersebut.
Peminat BTS, ARMY pantas menempelak semula The Project TV yang dilihat cuba mencetuskan imej tidak baik terhadap V, kononnya dia masih mempunyai simptom batuk setelah pulih daripada wabak COVID-19, Februari lalu.
Sedangkan klip asalnya daripada penyiar rasmi Grammys menunjukkan V sedang ‘melayan’ persembahan Justin Bieber yang membawakan lagu Peaches bersama-sama Daniel Caesar dan Giveon.
WTF huh? He was just happy and vibing to peaches song by Justin Bieber and @theprojecttv really took this amazing clip and edited it into the most disrespectful, racist and disgusting way…I mean WTF?
APOLOGIZE TO BTS ND ESPECIALLY TO V!!!#StopAsianHate#RespectBTSpic.twitter.com/Mvo53ZbcKY
— priya~⟭⟬⟬⟭🤠 || stream PTD🔪 (@clownofbangtan_) April 5, 2022
*
*
Menerusi Twitter, ARMY melaungkan mesej #StopAsianHate dan ‘Apologize To BTS’ kerana kecewa apabila mendapati komen perkauman berkaitan wabak COVID-19 (kononnya masyarakat Asia yang mula menyebarkan wabak tersebut) masih dimainkan walaupun dunia telah mengalami pandemik selama dua tahun.
Ini bukanlah kali pertama BTS menjadi sasaran komen perkauman. Pada Februari 2021, BTS pernah disamakan dengan ‘wabak penyakit yang perlu segera dicegah dengan vaksin’ oleh penyampai radio Jerman bernama Matthias Matuschik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!