Cik B meluahkan rasa terharu selepas menerima pujian daripada pelakon terkenal, Rita Rudaini yang menyifatkannya sebagai antara ikon Gen Z yang wajar dijadikan contoh oleh golongan muda.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkongsi pengalamannya bertemu dan berbual bersama anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida itu baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian Rita bukanlah mengenai kejayaan mahupun kemewahan yang dimiliki Cik B, sebaliknya adab serta kematangan personaliti berusia 21 tahun itu ketika membawa diri.
Malah, pertemuan tersebut ternyata meninggalkan kesan mendalam buat Rita sehingga dia masih bercerita mengenai Cik B kepada anak-anaknya selepas pulang ke rumah.
“Sampai rumah saya cerita dekat anak-anak saya pasal Cik B. Tak habis lagi, anak sulung saya call pukul 12.30 malam, saya sambung lagi cerita pasal Cik B.
“Kenapa sampai macam itu sekali? Sebab adab dia.
“Cik B mungkin ada segalanya, tapi apa yang paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki, tapi cara dia membawa diri,” tulisnya.
Rita Kagum Cara Cik B Berfikir
Menurut Rita, sepanjang perbualan mereka, Cik B memberikan respons terhadap setiap persoalan dengan cukup matang, tenang dan bersahaja.
Ads
Bukan itu sahaja, cara anak Datuk Seri Vida itu berkongsi mengenai hubungannya bersama ibu serta bagaimana dia mengendalikan situasi ketika ibunya sedang marah turut membuatkan Rita kagum dengan kematangan anak muda berkenaan.
“Saya dah jumpa ramai orang dalam hidup, tapi jarang saya jumpa anak muda seusia dia yang begitu matang, tenang dan tahu membawa diri.
“Patutlah Dato’ Vida selalu panggil dia, ‘Cik B, anak mama yang hebat’. Ya, saya akui. Dia memang anak yang hebat.
“Dan yang paling mahal pada dirinya ialah adab,” katanya.
Malah secara berseloroh, Rita turut mengibaratkan anak muda berkenaan sebagai ‘ChatGPT versi manusia’ kerana hampir setiap perkara yang dibualkan bersama mempunyai jawapan.
Ads
Bagi pelakon itu, apa yang lebih mengagumkan adalah setiap pandangannya hadir dengan ketenangan dan pemikiran positif sehingga membuatkan individu yang lebih berusia turut sama berfikir.
Rita turut menyifatkan anak Datuk Seri Vida itu bukan sekadar seorang anak muda yang berjaya, malah antara figura Gen Z yang mempunyai nilai positif untuk dicontohi kerana sikapnya yang beradab, matang dan tahu membawa diri.
“Cik B Jadi Diri Sendiri Je…”
Tersentuh membaca perkongsian panjang tersebut, Cik B kemudian meninggalkan komen sebagai tanda penghargaan kepada Rita.
“Terima kasih Aunty Rita, Cik B tak sangka Cik B jadi diri sendiri je pun boleh tinggalkan impression macam ni.
“Terharu Cik B baca, really means a lot. Thank you juga sebab banyak mengajar dan berkongsi ilmu dengan Cik B semalam,” balasnya.
Dalam pada itu, Rita turut menitipkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Vida yang menurutnya telah melalui pelbagai perjalanan hidup dalam membesarkan anaknya sehingga menjadi individu seperti hari ini.
Baginya, biarpun banyak perkara mampu dimiliki dengan wang ringgit, nilai seperti adab, kematangan dan cara seseorang membawa diri tetap menjadi ‘kekayaan’ sebenar yang tidak boleh dibeli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MTV Video Music Awards (MTVVMA)sememangnya merupakan salah satu majlis anugerah berprestij yang sering dinanti-nantikan peminat dunia hiburan.
MTV VMA Awards 2021 tahun ini diadakan di Brooklyn, New York. Dihoskan oleh Doja Cat, acara itu menampilkan persambahan dari pemenang anugerah Video Of The Year, Lil Nas X, Normani, Kacey Mucgraves, dan banyak lagi.
Untuk rekod, Justin Bieber telah memenangi dua anugerah untuk Artist of The Year dan Best Pop. Manakala Olivio Rodrigo memenangi tiga anugerah bagi kategori Best New Artist, Push Performance of The Year, dan Song of The Year (Driver License).
Bukan sahaja anugerah ini menghimpunkan ramai selebriti di satu tempat malah ia juga penuh dengan drama fesyen pelik yang membuatkan orang ramai khususnya para peminat ternanti-nanti. Berikut kami tampilkan beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah acara ini.
Lil Nas X
Bella Poarch
Charlie XCX
Kim Petras
Doja Cat
Tinashe
Billie Eilish
Chloe
Dee Devlin dan Conor McGregor
Avril Lavigne & Mod Sun
Megan Fox & Machine Gun Kelly
Jadi fesyen selebriti manakah yang menjadi pilihan anda?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan Girls’ Generation, Taeyeon khabarnya sedang bercinta dengan rapper K-pop, Kim Won Sika tau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Ravi.
Menurut Joynews24, kedua-duanya sedang berhubungan selama lebih kurang setahun. Mereka bertemu melalui kawan biasa dan dilihat sedang berpacaran pada pada hari Krismas baru-baru ini.
25 Disember yang lalu, Joynews24 berjaya ‘menangkap’ pasangan itu berdating di rumah Ravi. Ravi menjemput Taeyeon dari tempatnya di Seongsu-dong dan kemudian ke rumahnya di Seonleung.
Pasangan ini juga pernah tampil di acara yang sama di 21st on Ravi’s show ‘Question Mark’ dan ketika Ravi menjadi tetamu di Doremi Market pada 28 November lalu.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan SM Entertainment dan GROOVL1N telah menyatakan bahawa mereka sedang mengesahkan hubungan artis di bawah naungannya ini.
Sama-sama kita nantikan pengesahan daripada kedua-dua belah pihak.
Baru-baru ini, anggota kumpulan K-Pop rookie AllDay Project, Annie atau nama sebenarnya Moon Seo-yoon (24) meraih perhatian para peminat apabila disahkan bakal kembali menyambung pengajian di Universiti Columbia, New York, tanpa menjejaskan kerjayanya dalam industri hiburan.
Menurut agensi pengurusan beliau, The Black Label dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Annie akan kembali ke universiti tersebut bulan ini bagi mengikuti semester musim bunga dan tempoh rehat kumpulan yang sedang berlangsung akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Annie untuk memberi tumpuan kepada pengajian sehingga Mei ini.
Pada masa yang sama, agensi itu menegaskan bahawa Annie masih akan terlibat dalam beberapa aktiviti luar negara terpilih, termasuk acara sesi ‘fan sign’ bersama peminat, selagi ia tidak mengganggu komitmen akademiknya.
Menerusi kenyataan sama, kepulangan Annie ke Universiti Columbia tidak bermaksud aktiviti AllDay Project secara berkumpulan akan dihentikan. Anggota kumpulan lain seperti Tarzzan, Bailey, Woochan, dan Youngseo akan menjalankan aktiviti individu masing-masing bagi memastikan kelangsungan kehadiran mereka dalam industri K-Pop.
Terdahulu, Annie telah mencuri perhatian peminat sejak tempoh sebelum debutnya lagi, bukan sahaja sebagai idola K-Pop baru, tetapi juga disebabkan latar belakang keluarganya yang berprofil tinggi (chaebol) dalam dunia korporat Korea Selatan.
Beliau merupakan cucu kepada Lee Myung-hee, pengerusi Shinsegae Group iaitu sebuah syarikat gergasi peruncitan, serta anak sulung kepada Chung Yoo-kyung, presiden syarikat tersebut. Statusnya sebagai pewaris chaebol juga adalah sesuatu yang jarang berlaku dan mendapat perhatian meluas selepas Annie mula mencipta nama sebagai anak seni dalam industri K-Pop.
Annie bersama anggota AllDay Project
Memetik laporan The Korea Times, Annie mengambil jurusan sejarah seni dan seni visual di Universiti Columbia, satu bidang yang mengukuhkan lagi imejnya sebagai artis kreatif berpendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, dengan gabungan latar belakang keluarga, pendidikan ‘Ivy League’ dan kerjaya sebagai idola K-Pop juga menjadikan Annie antara figura yang menjadi tumpuan dalam kalangan generasi milenial dan Gen Z, sekaligus meletakkannya sebagai simbol generasi baru sebagai seorang bintang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!