
Personaliti media sosial, Cik B, tampil berkongsi perancangannya untuk menyambung pengajian selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Namun, lokasi pengajian serta bidang yang akan diambil oleh anak perempuan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ini masih lagi menjadi satu ‘kejutan’.
BACA LAGI: Cik B Selesa Berkawan Dengan ‘Geng Sekufu’, Kongsi Pengalaman Pahit Dikhianati Rakan

“Lepas raya nanti saya akan menyambung pengajian di negara lain pula.
“Yang penting, surprise! Nanti saya akan beritahu,” ujar Cik B kepada Remaja.
Menurutnya, dia tetap memilih untuk melanjutkan pelajaran di negara Eropah dan pengajian tersebut dijangka mengambil masa sekitar setahun setengah untuk diselesaikan.
BACA LAGI: Berjubah Konvokesyen & ‘Mortar Board’, Cik B Dah Habis Belajar?

“Ya, saya masih memilih untuk belajar di negara Eropah.
“Pengajian itu mengambil masa setahun enam bulan untuk saya habiskan,” tambah penyanyi lagu popular Raya Gen Z itu lagi.

Difahamkan, Cik B akan meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan, bidang yang sama seperti yang dia ceburi sebelum ini.
Sekadar info, Cik B telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol pada Oktober tahun lalu, dan kini bersedia untuk melangkah ke negara Eropah yang lain untuk meneruskan impiannya dalam bidang tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Orang Asia Tak Pakai Kasut Dalam Rumah? Ini Sebab Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Bagi mereka yang pernah berkunjung ke kediaman masyarakat Asia pasti sudah biasa dengan budaya tidak memakai kasut sewaktu berada di dalam rumah.
Agak-agaknya kenapa ya? Kalau mat salleh tu kita tengok selamba saja bawa masuk kasut sampai dalam rumah tapi kenapa masyarakat Asia rata-ratanya menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah?
Oh rupanya kasut diletakkan di luar kediaman bagi tujuan kesihatan kerana jumlah kotoran dan bakteria yang amat menjijikkan.
Menurut kajian yang telah dilakukan di Universiti Arizona pada tahun 1998, kira-kira 421,000 jenis bakteria yang terdapat pada kasut anda. 96 peratus daripadanya didapati mempunyai coliforms iaitu bakteria pada sanitasi makanan dan air yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan berdarah panas.
Di samping itu, 27 peratus daripada jumlah kasut yang dikaji itu mempunyai E coli dan tujuh jenis bakteria yang lain. Antaranya ialah Klebsiella pneumoniae, bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, dan Serratia ficaria, bakteria yang menyebabkan jangkitan pernafasan.

Seorang ahli mikrobiologi juga menjelaskan dalam kajiannya bahawa 96 peratus bakteria yang ada pada kasut adalah daripada bahagian luar kasut yang kerap terkena bahan-bahan najis, berkemungkinan didapati ketika anda memasuki tandas awam atau terpijak najis haiwan di luar rumah.
Membawa kasut ke dalam rumah akan membuka 90 hingga 99 peratus peluang untuk bakteria berpindah daripada kasut yang kotor itu ke lantai rumah yang tidak tercemar. Bayangkan rumah korang dipenuhi dengan bakteria E Coli yang disebabkan oleh najis haiwan dan segala kuman di tandas awam, euw

Kajian ini juga mendapati bahawa mencuci kasut dengan menggunakan detergen dalam mesin basuh dapat membunuh sekurang-kurangnya 90 peratus bakteria. Lantai dan permaidani juga perlu sering dibersihkan untuk menghilangkan segala bakteria yang ada.

Walau bagaimanapun, tindakan menanggalkan kasut adalah yang paling baik untuk dilakukan bagi mencegah kehadiran bakteria. Oleh sebab itu masyarakat Asia menjadikan perbuatan ini sebagai tradisi bagi menjamin kebersihan dan kesihatan kaum keluarga tersayang.
Nah, jelas sekali masyarakat Asia mengutamakan kebersihan
Sumber: nextshark.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Simple Tapi Cukup Menyelerakan, Resepi Seminggu Berbuka Dan Sahur Berasas Telur

Bila sebut telur, ramai terbayangkan pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Paling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau. Tapi jangan malas sangat…heheh
Sebenarnya ada 7 jenis masakan berasaskan telur yang korang boleh cuba khususnya untuk orang bujang time bulan Ramadan ini. Penulis saja bagi 7 menu resepi so cukup untuk seminggu..Hanya perlukan sedikit usaha sahaja untuk mencubanya. Lagi pun bahan-bahannya taklah sesusah mana. Boleh dibuat kurang dari 10 minit kalau power.hehe
Confirm terliur dan terus rasa nak buat esok!
1. RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA

BAHAN-BAHAN
- 1 biji bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
- 3 biji telur ayam.
- 3 sudu cili kering.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1 sudu besar sos cili.
- 1 sudu besar sos tomato.
- 1 cawan air.
- Sedikit daun bawang jika ada.
Kredit : Liza Idris
2. TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan-bahannya :-
Telur 4 biji
Sebiji bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak :-
Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.
Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
Siap
3. Telur Dadar Berkeju II

Bahan-bahannya :-
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar – potong dadu
3 batang daun sup – hiris halus
7 biji cili padi – hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam Maggi cukup rasa
mentega
Cara-cara memasak :-
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.
Kredit: Amie’s Little Kitchen
4. KARI TELUR AYAM

Bahan-bahannya :
- Telur (direbus dan dikupas kulit)
- bunga cengkeh
- kayu manis
- bunga lawang
- rempah kari daging
- kerisik
- santan – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari
- Garam
- Air- ikut citarasa nak kuah pekat &bny mana
Bahan dikisar/ ditumbuk
bawang merah
bawang putih
halia
Cara-cara memasak :-
- Bahan yang ditumbuk tadi digaul dengan rempah dalam satu mangkuk dan dibancuh dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
kemudian masukkan campuran rempah tadi yg digaul dengan bahan yg ditumbuk. - Biar sampai garing dan naik minyak. Lepas tu, masukkan santan tadi. Masukkan air untuk ikut tahap kepekatan yang dikehendaki.
- Masukkan kerisik. Gaul bagi sebati. Akhir sekali masukkan telur ayam rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
5. TELUR GORENG KICAP PEDAS

Bahan-bahan :
- Telur 4 biji
- Sebiji bawang besar dihiris halus*
- Cili padi 7 biji dihiris*
- Setengah biji Tomato dipotong dadu*
- Kicap*
- 4 biji Limau kasturi dibelah 2
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:
- Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
- Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain.
- Perah sedikit limau kasturi.
- Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi. Siap
6. Sup Telur

Bahan-bahan :
- Telur
- bawang merah
- bawang putih cili besar
- 1 cube perisa ayam
- garam
- suhun
- daun bawang
Cara memasaknya :
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar potong
- Masukkan air
- Masukkan 1 cube ayam knorr
- Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
- Masukkan garam dan adjust rasa
- Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
- Masukkan daun bawang
- Tutup api. Siap
7. MURTABAK TELUR

- Kulit popia
- Telur
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili api
- Garam/perasa
Cara memasak :
- Tumis bawang putih, bawang besar, cili api sampai garing. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan telur.Kacau sampai berketul, pastikan tidak guna minyak yang banyak supaya kulit popia tak terkoyak.
- Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia ikut citarasa. Selepas balut, boleh terus goreng guna minyak masak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
- Siap!
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Setahun Ponteng Kelas, Pelajar Ini Buktikan Kanser Bukan Penghalang Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Pernah menyangka tidak sempat menduduki SPM akibat menghadapi kanser, namun Mohamed Adam Baihaqi Mohamed Zadro (19) membuktikan segalanya mungkin dengan semangat kental apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2024 di SMK Bachok selepas memperoleh semua A, meskipun terpaksa ‘ponteng’ sekolah hampir setahun untuk menjalani rawatan.
Menurut laporan Sinar Bestari, segalanya bermula pada Mac 2023 apabila Adam disahkan menghidap kanser dan perlu berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menjalani enam sesi kemoterapi.
Disebabkan rawatan intensif, Adam kerap tidak hadir ke sekolah dan pernah terpaksa melupakan persekolahan selama hampir setahun. Meskipun begitu, semangatnya untuk bangkit tidak pernah luntur.

“Saya pernah terfikir tidak sempat menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan akan meninggal dunia selepas disahkan menghidap kanser pada Mac 2023,” katanya.
“Selepas terpaksa ponteng sekolah selama setahun kerana perlu fokus kepada rawatan di HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II), melihat rakan-rakan sekelas sudah menduduki SPM dan menyambung belajar, pada waktu itu saya rasa sangat sedih,” luahnya yang kini menjadi inspirasi pelajar di luar sana.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah pada Julai 2024 apabila beliau disahkan bebas daripada kanser. Berbekalkan semangat baru, Adam kembali ke sekolah dan fokus sepenuhnya untuk mengejar impiannya menduduki peperiksaan SPM, membuktikan bahawa kesukaran bukan alasan untuk gagal.

Menurut Adam, pengorbanan besar bapanya, Mohamed Zadro Mohd Salleh (50) seorang peniaga santan, dan ibunya, Suzila Abdullah (47) seorang suri rumah telah menjadi pembakar semangat utamanya untuk berjaya.
“Untuk mengubati kanser perlukan wang yang banyak, ayah dan ibu hanya bekerja biasa. Bagaimanapun mereka sanggup buat apa sahaja untuk saya, dari situlah semangat untuk mengulangkaji bersungguh-sungguh hadir,” jelasnya.
“Alhamdulillah, rakan-rakan serta guru-guru banyak membantu sehingga saya berjaya memperoleh semua A dalam tujuh mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu (A-), Sejarah (A-), Matematik (A), Bahasa Inggeris (A), Geografi (A), Pendidikan Islam (A), dan Sains (A),” tambah Adam.

Sementara itu, Adam juga memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) demi merealisasikan impiannya menjadi seorang pendidik.
Baginya, kejayaan ini adalah hadiah istimewa buat kedua ibu bapanya serta rakan-rakan dan guru-guru yang tidak pernah putus memberi sokongan dan doa.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

