Berita

Lebih Daripada Sekadar Mahkota! Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim Kumpul Dana Lebih RM50,000 Untuk Kanak-Kanak Memerlukan

Share

Miss Universe Malaysia 2025, Chloe Lim berjaya mengumpulkan sejumlah dana bernilai RM50,810 untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Bertempat di Lighthouse Children’s Welfare Home, Kuala Lumpur semalam, Chloe menyerahkan sumbangan berkenaan dalam bentuk cek kepada pengasasnya, Steven Silvaraju dan Jacita Steven.

Difahamkan, dana yang disumbangkan itu akan digunakan bagi menampung operasi harian termasuk kos perubatan kanak-kanak yang semakin meningkat, kerja pembaikan premis akibat hujan lebat dan bagi mengganti van yang rosak bagi urusan persekolahan serta keperluan harian lain.

Selain cek sumbangan, Chloe turut sempat mengagihkan minuman berupa smoothies berserta cenderamata kepada kanak-kanak sebagai sumbangan ikhlas daripada Boost Juice Malaysia selaku rakan kerjasama ‘Love Life Beverage Partner’ Miss

Universe Malaysia 2025.

BACA: Chloe Lim Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Miss Universe 2025 Di Thailand, Kenali 4 Fakta Menarik Mengenainya

Chloe Lim Tidak Kekok Lakukan Aktiviti Kebajikan

Ditubuhkan sebagai satu inisiatif kecil bagi membantu anak yatim dan kanak-kanak yang terabai, Lighthouse Children’s Welfare Home berkembang menjadi sebuah rumah perlindungan yang berperanan menjaga kebajikan kanak-kanak seawal usia bayi sehingga 18 tahun

Demi melunaskan tugasan berkenaan, ia sepenuhnya bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk meneruskan operasinya.

Bagi Chloe sendiri, usaha kebajikan ini tidak janggal buatnya yang telah memulakan kerja-kerja sukarelawan di Lighthouse Children’s Welfare Home sejak zaman persekolahannya lagi.

@remaja.my Memasuki hari kelima pertandingan ratu cantik #MissUniverse2025 di Bangkok Thailand, wakil Malaysia ke sana Chloe Lim tidak terkesan dengan kontroversi yang tercetus di antara pihak organisasi dan pesertanya. Pada acara formal pertama malam ini, Chloe anggun memperagakan busana pereka fesyen dari Malaysia, Brian Khoo. Sebagai info, Brian Khoo pernah terlibat untuk mencipta rekaan gaun & kostum nasional wakil Malaysia di pentas Miss Universe pada tahun 2017. BACA: https://www.remaja.my/chloe-lim-miss-universe-2025/ Ayuh! Sama-sama kita berikan sokongan buat Chloe yang membawa nama negara ke sana. ❤️💙💛🤍 🎥 YouTube // GrandTV #MajalahRemaja
#MissUniverse ♬ original sound – Remaja

Sekembalinya Chloe dari luar negara setelah menamatkan pengajian, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2025 di Bangkok, Thailand itu menjalin semula hubungan dengan pihak Lighthouse Children’s Welfare Home.

Selain meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak di sana, Chloe turut melibatkan diri dalam sesi lawatan, bimbingan dan usaha sama dalam mengutip dana bagi menampung keperluan rumah perlindungan berkenaan.

“Setiap kanak-kanak berhak untuk merasa selamat, disokong dan disayangi.”

“Bagi saya, peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka adalah sesuatu yang amat saya hargai.

“Dalam keadaan ketegangan global yang berterusan serta persekitaran ekonomi yang mencabar, keperluan rumah kebajikan sering diabaikan.

“Saya berharap usaha ini dapat meningkatkan kesedaran terhadap keperluan mereka, di samping menggalakkan sokongan berterusan untuk kanak-kanak yang bergantung kepada rumah kebajikan ini,” ujar jelitawan berusia 27 tahun itu.

@remaja.my LIVE 💫 #MissUniverse2025. Memang #RoommateGoals betul 😍❣️ Wakil Malaysia, Chloe Lim dilihat bersama-sama rakan sebiliknya di Bangkok iaitu Miss Universe Honduras 2025, Alejandra Fuentes. #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia ♬ original sound – Remaja

FOTO: Miss Universe Malaysia Organization

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ