Negara China yang merupakan pasaran filem antarabangsa kedua terbesar di dunia sedang berkira-kira untuk melancarkan ‘perang dingin’ terhadap Amerika Syarikat (AS) berikutan ancaman dasar tarif baharu negara Uncle Sam itu.
Media melaporkan Beijing mempertimbangkan cadangan untuk menharamkan semua tayangan filem Hollywood di China setelah Presiden AS, Donald Trump menaikkan tarif ke atas import negara itu dari 54 peratus sehingga ia mencecah 104 peratus.
Susulan kenaikan tidak masuk akal akibat perang perdagangan yang dilancarkan AS sejak minggu lalu, dua penulis blog popular dari China berkongsi senarai yang mengandungi langkah-langkah yang akan diperkenalkan Beijing sebagai tindak balas.
Antaranya adalah untuk mengurangkan atau mengharamkan terus pengimportan filem AS dan sekiranya langkah ini dilaksana, industri hiburan Hollywood dijangka akan ‘terpukul’ dan mengalami kerunduman.
Ads
Apabila wakil Kementerian Luar China diminta untuk mengulas ura-ura yang kini tular di media sosial itu, individu bernama Lin Jian berkata, “Kami tidak akan memberi komen secara am terhadap kata-kata atas talian.
“(Bagaimanapun) kami telah memaklumkan secara jelas akan pendirian China untuk terus mengambil langkah tegas demi melindungi hak dan kepentingan kami yang sah”.
Sebagai konteks pada tahun 2024 sahaja, filem-filem keluaran AS memperoleh kutipan kira-kira AS$585 juta di China dan sebahagian besar disebabkan kejayaan filem Godzilla x Kong: The New Empire yang memperoleh AS$132 juta.
Ads
Selain filem tersebut, antara francais filem Hollywood lain yang turut menerima pulangan lumayan di China adalah filem-filem Marvel, DC dan Star Wars.
Ads
Bagi studio perfileman seperti Disney, Universal dan Warner Bros, negara China merupakan ‘lubuk emas’ yang tidak boleh ditolak ke tepi.
Selain sektor perfileman, China juga dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan sepenuhnya terhadap eksport ayam itik yang boleh menjejaskan sektor pertanian AS.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir dua tahun berkhidmat dalam latihan ketenteraan di Korea Selatan, Onew SHINee dilaporkan akan mengambil cuti daripada tugas wajib ketenteraannya pada hari ini.
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tentera yang sedang menjalankan tugas wajib mereka dilarang mengambil cuti dan menerima pelawat luar.
Walau bagaimanapun, bagi pelatih yang dijadualkan tamat latihan dalam masa yang terdekat, mereka boleh mengambil cuti daripada perkhidmatannya itu sebelum diberhentikan secara rasmi. Mereka tidak akan diminta untuk kembali ke pangkalan, namun tetap menjadi petugas askar yang aktif untuk baki tempoh cuti.
Onew SHINee dijangka akan menamatkan latihan ketenteraan pada 20 Julai ini, namun disebabkan langkah pencegahan COVID-19 yang sedang dilakukan sekarang, nampakya Onew secara ‘tidak rasmi’ pulang lebih awal.
Onew merupakan anggota SHINee yang pertama menyelesaikan latihan ketenteraannya setelah mendaftar sebagai askar pada bulan Disember 2018. Anggota-anggotanya yang lain seperti Minho dan Key juga kini sedang menjalankan latihan ketenteraan mereka.
Nantikan updates terbaru tentang kepulangan Onew. Mesti peminat SHINee dah tak sabar kan?
Arghh, rindu woo nak berebut beli makanan kat kantin. Ini antara nostalgia kita di alam persekolahan tapi nampaknya selagi penawar COVID-19 belum ditemui, selagi itulah akan ada penjarakan sosial dan masyarakat harus belajar hadam norma baru kehidupan.
Laporan Bernama hari ini, pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara normal baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya diambil.
"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius… pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.
Normal baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu pada Khamis.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.
"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.
"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu…kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.
Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.
Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
"Guru-guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.
Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.
"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keberangkatan pulang pemenang trofi Oscars 2023 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Tan Sri Michelle Yeoh semalam telahpun disambut meriah oleh para peminat yang sudahpun menantikan detik ini selama hampir sebulan lamanya selepas kemenangan beliau.
Michelle, 60 dilaporkan tiba di Lapangan Terbangan Antarabangsa Subang dari Hong Kong pada 1.30 petang pada 17 April demi menghadiri acara perjumpaan bersama peminat secara besar-besaran pada 18 April (Selasa).
Papan iklan khas yang ditempah oleh peminatnya di Lapangan Terbang Subang. Kredit Foto: Malay Mail
Sambil ditemani oleh kekasih, Jean Todt dan anak saudaranyya, Vicki Yeoh, Michelle tidak mengecewakan apabila tampil cukup ‘chic’ dalam persalinan kot labuh perang daripada Dior.
Menariknya, jenama fesyen premium dari Perancis itu juga merupakan jenama pilihan Michelle sewaktu beliau menaiki pentas Oscars 2023 bagi menerima trofi kemenangannya, Mac lalu.
Sudah menjadi rutin buat Michelle untuk beramah mesra dengan peminatnya tanpa mengira rasa penat, beberapa peminat bertuah yang menantinya di lapangan terbang semalam telah berswafoto dan berbual ringkas dengan pelakon Everything Everywhere All At Once itu.
Untuk pengetahuan korang, acara ‘meet & greet’ yang akan berlangsung pada hari ini itu dinamakan sebagai “Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet” dan akan bemula dari jam 4 petang ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Lokasi sama juga merupakan tempat di mana ibu Michelle, Janet Yeoh menyambut kemenangannya dengan mengalirkan air mata sambil ditemani oleh usahawan, Vincent Tan; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri dan ramai lagi kenamaan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!