‘Chewing Gum’ Yang Diludah Iron Man, Robert Downey Jr. Dijual RM243,243 Di eBay

Share

Siapa sangka gula-gula getah yang dimakan selebriti dan diludahkan semula ada nilainya?

Sekeping gula-gula getah yang dikunyah dan diludah oleh bintang Hollywood terkenal, Robert Downey Jr. ditawarkan untuk dijual di laman jualan terkemuka, eBay pada harga bermula AS$55,000 iaitu RM243,243.

ARTIKEL BERKAITAN: “Teruskan, Jangan Putus Asa” -Usia Bukan Penghalang, Graduan 90 Tahun Berjaya Genggam Segulung Ijazah

Menurut laporan Wion News, orang ramai didakwa sanggup membayar harga yang tinggi hanya untuk memiliki chewing gum yang dimakan si pemegang watak Tony Stark dan Iron Man dalam karya terkenal, Marvel.

Kemudian, gula-gula getah itu telah diletakkan oleh Downey Jr. di Walk Of Fame (WOF) milik pengarah filem Iron Man, Jon Favreau sebagai jenaka.

Bagaimanapun, fakta bahawa gula-gula getah yang dibuang oleh Downey Jr. dianggap sebagai komoditi yang tidak ternilai adalah membingungkan.

Saluran berita ABC melaporkan bahawa ia akan dihantar di dalam bekas plastik kepada pembelinya.

Sekadar info, Downey Jr. mempunyai ramai peminat terutamanya selepas kejayaan besar dia memegang watak Iron Man menerusi filem Marvel.

+++Update terkini tdalam gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam padan dihiasi dengan bintang emas dan “entang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Robert


IKLAN