Mengambil kemuliaan bulan Ramadan; kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea telah melakukan sesuatu yang jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pasukan lain.
Chelsea telah membuka ruang tepian stadum Stamford Bridge kepada ratusan komuniti Muslim di London yang ingin membuka puasa mereka sekaligus menjadi stadium pertama yang melakukannya daripada pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga paling popular di dunia itu.
Ia dimulakan sejak petang hari Ahad lalu di mana ruang untuk berbuka bersama-sama dalam persekitaran yang tenang dan selamat.
Pada majlis tersebut, pemain pertama berkulit hitam pertama bagi pasukan Chelsea pada tahun 1981; Paul Canoville telah menjadi jurucakap bagi menyampaikan kenyataan berikut.
Ads
“Saya terharu melihat komuniti kita semua di sini. Inilah makna sebenar sukan bola sepak itiu membawa orang ramai bersama-sama.”
“Saya tidak tahu apa untuk dijangkakan sebelum tiba di sini tetapi ia adalah pengalaman yang belum pernah saya rasai dan ingin sekali saya lakukannya semula,” kata Paul.
Turut menyertai Paul Canoville pada Ahad lalu adalah ahli komuniti tempatan di Fulham, para penyokong Chelsea dan juga pelajar sekolah di samping staf Chelsea FC.
Ads
Sukanya bila melihat mereka saling bersatu secara harmoni seperti ini di bumi Inggeris.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah anda, dalam ranking IQ dunia, Malaysia kini berada dalam kelompok 25 negara teratas dunia yang mempunyai purata tertinggi? Untuk generasi remaja, ini berita yang patut dibanggakan! Menurut laporan analisis global Ranking Royals, ranking IQ Malaysia kini melonjak ke tangga ke-22 dunia, sekali gus berada di kedudukan ketiga tertinggi IQ di ASEAN selepas Singapura dan Thailand.
Malaysia Semakin Bijak, Semakin Ke Hadapan!
Infografik oleh Ranking Royals menggunakan data daripada International IQ Test, antara ujian kecerdasan paling diiktiraf di dunia. Menariknya, lebih 19,000 rakyat Malaysia telah mengambil ujian tersebut membuktikan kesedaran tinggi terhadap penilaian kognitif, pendidikan dan perkembangan diri.
Tahun ini, purata IQ rakyat Malaysia meningkat daripada 99.29 kepada 100.48, satu kenaikan yang menunjukkan perkembangan positif dari segi kemampuan analitik dan fungsi kognitif. Ini bukan sekadar angka, tetapi tanda bahawa generasi muda Malaysia semakin terdedah kepada pendidikan berkualiti, teknologi, dan peluang pembelajaran yang pelbagai. Semua ini menyumbang kepada peningkatan ranking IQ Malaysia di peringkat antarabangsa.
Infografik yang diterbitkan oleh Ranking Royals menggunakan data rasmi daripada International IQ Test, salah satu ujian kecerdasan yang diiktiraf dan dianggap antara paling tepat di dunia.
Apa Sebenarnya Diukur Dalam Ujian IQ?
Ujian International IQ Test menilai beberapa komponen utama yang sering digunakan dalam akademik dan kerjaya profesional, antaranya:
Kemahiran menyelesaikan masalah
Keupayaan logik dan penaakulan
Kepantasan memproses maklumat
Aspek-aspek ini penting terutama kepada golongan remaja yang bakal melangkah ke alam pendidikan tinggi atau dunia pekerjaan. Semakin ramai yang menilai kemampuan kognitif diri, semakin tinggi kesedaran pendidikan berkembang yang secara tidak langsung mempengaruhi ranking IQ Malaysia.
Negara Dengan Purata IQ Tertinggi Dunia
Tiga negara teratas dalam senarai dunia ialah:
China – 107.19
Korea Selatan – 106.43
Jepun – 106.40
Tidak mengejutkan, kerana ketiga-tiga negara ini memang terkenal dengan sistem pendidikan yang sangat kompetitif serta budaya akademik yang kuat. Kejayaan mereka memberi inspirasi kepada Malaysia untuk terus memperkukuh sistem pendidikan negara.
Golongan ‘Gifted’: Siapakah Mereka?
Laporan turut menyorot individu dengan skor IQ melebihi 130, dikategorikan sebagai gifted. Golongan ini biasanya memiliki:
Kemampuan logik tahap tinggi
Kreativiti luar biasa
Keupayaan menyelesaikan masalah kompleks dengan pantas
Malaysia juga mempunyai bilangan remaja gifted yang semakin meningkat, sejajar dengan akses pendidikan moden dan minat terhadap STEM, seni, serta inovasi digital. Perkembangan ini memberi kesan positif kepada ranking IQ Malaysia secara keseluruhan.
Peperiksaan Sekolah
Mengapa Ranking IQ Malaysia Penting Untuk Remaja?
Remaja hari ini adalah generasi digital yang terdedah kepada pembelajaran pantas, bilingual advantage, teknologi, dan sumber pembelajaran global. Semua faktor ini membantu meningkatkan kemampuan kognitif mereka.
Kedudukan Malaysia dalam top 25 dunia menunjukkan bahawa remaja Malaysia kini mempunyai potensi besar untuk bersaing di peringkat global, terutamanya dalam bidang sains, teknologi, pendidikan dan inovasi.
Kesimpulan: Malaysia Semakin Cemerlang di Peta Dunia!
Peningkatan kedudukan Malaysia ke tangga ke-22 dunia dalam ranking IQ Malaysia adalah bukti kukuh bahawa potensi generasi muda kita semakin berkembang. Dengan kombinasi pendidikan, teknologi, bilingual advantage dan budaya pembelajaran yang semakin kuat, remaja Malaysia berada di landasan tepat untuk bersaing di pentas global.
Apa-apa pun, tahniah rakyat Malaysia dan terutama sekali, tahniah remaja Malaysia! Anda adalah generasi pintar yang bakal membawa negara ke peringkat lebih tinggi.
Malaysia baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan FAM eRimau muncul sebagai juara saingan FIFAe World Cup 2024 kategori mobile yang berlangsung pada 12 Disember, semalam.
Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe yang merupakan wakil Malaysia berjaya menewaskan wakil pasukan dari Maghribi di pentas perlawanan akhir.
Difahamkan, Muhaimin berjaya memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 seterusnya menempa sejarah memenangi kejohanan itu.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan tahniah kepada Muhaimin atas kejayaan tersebut.
“Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Muhaimin. Anda memang kebanggaan rakyat Malaysia”
“Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan jurulatih yang terlibat, Shaharil Shaifuddin dan Muhammad Hazim Aisar,” kata FAM dalam sebuah kenyataan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kebimbangan peminat kepada pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia, Majlis Sukan Negara (MSN) tampil memberi kenyataan rasmi bahawa jaguh itu kini berada dalam keadaan baik.
Menurut Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin memaklumkan bahawa pihaknya serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa Zii Jia bertindak sedemikian.
“Mereka (Team LZJ) memaklumkan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Mungkin Zii Jia buat hantaran gambar-gambar berkenaan kerana beliau berminat dengan seni seperti itu,” katanya.
Walaupun begitu, beliau menegaskan bahawa MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan oleh pihak Zii Jia dan ini termasuk sebarang bentuk sokongan fizikal atau mental.
Pada masa yang sama, Jeffri turut menolak spekulasi bahawa atlet berusia 27 tahun itu mengalami kemurungan, dan menambah bahawa tiada sebarang tanda dari pasukan atau rakan-rakan terdekat yang menunjukkan beliau sedang bergelut dengan isu peribadi.
“Generasi sekarang mungkin suka kesenian seperti itu. Jadi, biarkanlah beliau berekspresi,” ujarnya, sambil menegaskan pentingnya memahami cara generasi muda mengekspresikan diri di media sosial.
Sekadar info, Zii Jia terdahulu mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa gambar berunsur misteri di aplikasi Instagram miliknya dimana ia memaparkan ilustrasi suram dan simbolik seperti wajah terbakar, tubuh berdarah di atas sofa serta figura misteri dalam suasana gelap, sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Antara gambar paling mencetuskan tanda tanya ialah imej muka dicucuk jarum serta perubahan gambar profil kepada warna hitam sepenuhnya. Namun, tindakan ini dilihat oleh orang ramai sebagai simbol kemurungan atau perasaan kehilangan, lebih-lebih lagi apabila tiada kapsyen atau penjelasan disertakan bersama.
Sementara itu, Zii Jia yang kini berada di ranking ke-27 dunia, dijangka akan kembali beraksi dalam Kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini. Sebelum ini, prestasinya sedikit merudum selepas mengalami kecederaan buku lali pada hujung tahun lalu.
Walaupun sehingga kini masih belum ada penjelasan rasmi daripada Zii Jia sendiri, rata-rata peminat tetap memberikan sokongan moral di ruangan komen dan mendoakan agar wira badminton negara itu kekal kuat, sama ada di dalam atau luar gelanggang.
Jika anda atau kenalan anda memerlukan bantuan emosi, sila hubungi talian sokongan seperti Befrienders di talian 03-7627 2929. Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!