Nak kahwin tapi takut terover budget? Lebih mudah lagi kalau korang buat persediaan awal dengan menyediakan checklist perbelanjaan perkahwinan.
Ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan segala urusan persiapan majlis kahwin korang. Tak ada la nanti termissed mana-mana barang untuk dibeli atau disediakan.
Jadi untuk lebih selamat, apa kata korang rujuk checklist yang kami nak share ni.
Ads
Ads
Panduan perbelanjaan perkahwinan
1. Perbelanjaan dari RM10,000 – 20,000
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. walau bagaimanapun, jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel atau pun garden wedding.
2. Perbelanjaan sebanyak Rm20,001 – 30,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majilis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak padan jika dilakukan di hotel atau taman kerana jumlah tersebut masih belum cukup atau korang terpaksa pinjam daripada kaum keluarga.
Ads
Walau bagaimanapun, korang tetap boleh meraikan majlis perkahwinan di rumah dan cukup untuk membuatkan pasangan gembira dengan jumlah bajet sebanyak ini.
3. Perbelanjaan sebanyak Rm30,501 – 40,500
Jumlah ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Namun begitu, jumlah ini masih boleh dikurangkan dengan hanya membeli apa yang perlu sahaja. Lebih menjimatkan.
Kalau ikutkan jumlah ini tak cukup untuk korang buat majlis di hotel tapi boleh la kalau nak sewa sebuah dewan yang sederhana di hotel dengan bilangan tetamu yang terhad.
4. Perbelanjaan sebanyak RM40,501 – ke atas
Hmm, jumlah yang dibelanjakan ini ag ak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah.
Moga-moga dapat memudahkan urusan korang dan pasangan. InsyaAllah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Ada ketika pasangan diuji dengan kebahagiaan tetapi ada juga diuji dengan pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian. Tidak mengira usia, tua atau muda, ada ketika rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan.
Malah dikatakan ramai pasangan muda di bawah usia lima tahun perkahwinan berakhir dengan perceraian atas alasan tidak persefahaman.
Tanggungjawab anak lelaki terhadap isteri dan mak harus seiring dan lelaki harus bijak membuat keputusan.
REMAJA menemuramah Naqib Masjid Al Khadijiah, Pantai Dalam Ustaz Shahril bin Abd Samad mengenai isu patut lebihkan siapa selepas kahwin, mak atau isteri?
Menurut Ustaz Shahril, tanggungjawab kepada isteri adalah sama pentingnya dengan tanggungjawab kepada ibu yang melahirkan.
“Anak lelaki besar tanggungjawabnya. Sekali pun sudah berumahtangga, menjadi kewajipan kepada anak lelaki untuk tidak mengabaikan ibu yang melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka.
“Isteri juga penting tetapi seorang anak lelaki tidak boleh terlalu mengikut telunjuk isteri sehingga menjadi dayus. Lelaki harus menjadi pembuat keputusan yang adil dan tepat. Malah dalam bab memberi duit pun, kalau beri pada isteri, berilah juga pada mak. Dalam memberi ceramah, saya selalu berkata, jangan beri jumlah yang sama kepada kedua-duanya kerana keperluan berbeza-beza. Kalau bagi isteri RM500, mak mungkin lebih atau kurang dari jumlah itu. Tergantung kepada keperluan yang penting,” katanya mengakui anak lelaki perlu bijak membuat keputusan.
Mana lebih urgent, kalau dua-dua minta tolong serentak? Menurut Ustaz Shahril, pertolongan ini juga perlu dilihat kepada betapa pentingnya situasi keadaan pada masa permintaan itu dilakukan.
“Saya ambil contoh, isteri suruh ambil anak di sekolah sebab sibuk mesyuarat tapi masa yang sama, mak pula minta hantar ke hospital kerana keadaannya agak kritikal. Dalam ajaran Islam, kita wajib mendahuluikan mak yang membesarkan kita kerana keadaannya berkaitan nyawa manakala anak kita boleh tunggu seketika. Di sini, anak lelaki harus berperanan dan tahu membezakan mana yang lebih penting.
Jangan jadi lelaki dayus? Jelas Ustaz Shahril, selain perlu bijak membuat keputusan kerana amanah dari Allah ini, suami juga tidak seharusnya tunduk dengan desakan isteri atas alasan sayang dan mengenepikan emaknya begitu sahaja.
“Ada kes begini. Begitu ikut telunjuk isteri dan isteri control rumahtangga. Isteri kena ingat, tanpa mak yang melahirkan suaminya, tak mungkin jodoh mereka tertulis di sini. Di sinilah hak sebagai mak perlu dijaga.Ini termasuklah anak lelaki dituntut berbuat baik seperti tidak meninggikan suara di hadapan mereka sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-isra ayat 23 : “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Rasulullah SAW bersabda anak-anak wajib membantu kedua ibu bapa dari sudut kemampuan setakat yang mampu, taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka. Malah selepas ibu bapa meninggal dunia, tanggungjawab anak-anak masih tidak lepas iaitu perlu tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
“Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu. Anak-anak juga disarankan sentiasa berdoa kepada mereka. Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus berdasarkan kepada hadith yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya, menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa, bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka selain tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik.
“Beginilah besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapanya. Sebab itulah anak lelaki harus membuat keputusan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada hubungan suami isteri dan kedua ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Remaja ucapkan buat Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina!
Angkasawan negara dan pensyarah, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri tercinta, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, pada Rabu.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan beliau menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram itu dalam keadaan yang sihat.
Dalam masa sama, Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi berkenaan dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti tidak terlepas untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan agar bayi mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tanpa angin mahupun ribut, model popular dan pelakon, Alicia Amin, 25 memilih tarikh 14 Februari 2021 untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan.
Perkhabaran tersebut dilakukan oleh pasangan itu serta rakan-rakan industri kreatif menerusi Instagram. Peminat dan rakan seindustri Alicia menyambut baik akan berita ini termasuklah Ameera Khan, Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Nabila Razali, Alvin Chong, Elizabeth Tan dan ramai lagi yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sebagai pasangan suami isteri.
Turut tumpang gembira dengan perkhabaran ini ialah rakan peserta Asia’s Next Top Model seperti Maureen Wroblewitz dan Jach Manere.
Majlis pernikahan telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al Khattab dekat di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Alicia menyarungkan gaun indah dengan perincian neckline tinggi rekaan Alia Bastamam Atelier lengkap dengan hijab yang distailkan oleh Nazrul Anas (@nazlivingastyle).
Sumber Foto: Bibo Aswan.
Sumber Foto: Bibo Aswan
Dia kekal memilih ‘glam squad’ yakni pereka fesyen yang sama bagi majlis keraian di kediaman keluarganya dan Khir Khalid serta CKay Liow selaku jurusolek dan jurudandan pilihan demi menaikkan lagi seri pengantin pada wajahnya.
Tahniah sekali lagi buat Alicia dan Farzan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.