Penyanyi dan pelakon sensasi, Cha Eun Woo akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang mengaitkan namanya sejak kebelakangan ini, sekaligus mencuri perhatian dalam kalangan peminat dan masyarakat umum.
Menerusi satu kenyataan peribadi yang dimuat naik di akaun Instagram pada 26 Januari, Cha Eun Woo atau pemilik nama sebenar Lee Dong Min (29) akhirnya memecah kebisuan dan menyatakan rasa kesal terhadap kegusaran yang tercetus akibat dirinya.
Menurut beliau, isu ini turut menjadi ruang refleksi mendalam tentang tanggungjawab sebagai warganegara Korea Selatan, khususnya berkaitan pematuhan terhadap kewajipan cukai.
“Dengan penuh keikhlasan, saya menundukkan kepala dan memohon maaf kerana telah menimbulkan kebimbangan serta kekecewaan kepada ramai pihak akibat pelbagai perkara yang melibatkan diri saya kebelakangan ini,” tulisnya.
Ads
“Saya mengambil insiden ini sebagai satu peluang untuk melakukan refleksi yang mendalam terhadap diri saya, khususnya sama ada sikap saya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Republik Korea terutama berkaitan pembayaran cukai telah cukup teliti dan bertanggungjawab,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Eun Woo turut menegaskan bahawa pendaftaran wajib tenteranya bukanlah satu keputusan yang dibuat untuk melarikan diri daripada kontroversi. Selain itu, pada tahun lalu beliau telah berada dalam situasi di mana pendaftaran tidak lagi boleh ditangguhkan, sekaligus menyebabkan proses audit cukai tidak dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan.
Ads
“Ketika ini, saya sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan, namun perkara ini sama sekali bukanlah satu pilihan yang dibuat dengan niat untuk mengelak daripada kontroversi ini,” ujarnya.
“Namun begitu, saya amat merasakan tanggungjawab atas salah faham yang timbul, yang juga berpunca daripada kelemahan diri saya sendiri,” tambahnya sambil menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam semua prosedur berkaitan cukai pada masa hadapan.
Ads
Terdahulu, laporan media pada 22 Januari mendedahkan bahawa Cha Eun Woo disiasat oleh Biro Siasatan 4, Pejabat Cukai Wilayah Seoul, atas dakwaan berkaitan cukai. Perkhidmatan Cukai Negara turut memaklumkan mengenai ketetapan cukai tambahan yang dianggarkan melebihi 20 bilion Korea Won (kira-kira RM54,791,860) sekaligus mencetuskan perdebatan hangat di ruang awam.
Di samping itu, kontroversi tersebut tidak terhenti setakat isu cukai, malah turut disertai dakwaan lain termasuk pengiklanan terselindung melibatkan perniagaan keluarga serta spekulasi bahawa pendaftaran wajib tenteranya bertujuan mengelak penelitian awam. Situasi ini menambah tekanan terhadap imej selebriti berkenaan.
Walaupun kenyataan tersebut dilihat sebagai usaha meredakan sentimen awam yang semakin memuncak, perkembangan terbaru menunjukkan isu ini masih berlanjutan. Cha Eun Woo dilaporkan telah melantik firma guaman Shin & Kim sebagai wakil perundangan bagi mencabar penilaian cukai yang dibuat, sekaligus memberi isyarat bahawa pertikaian undang-undang mungkin akan berlarutan dalam tempoh terdekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon lagenda Hollywood, Tom Cruise baru-baru ini membuat kejutan manis apabila muncul dalam episod terbaru rancangan variety solo ‘Run BTS Jin’ sempena lawatannya ke Korea Selatan bagi mempromosikan filem aksi terbarunya, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part Two atau lebih dikenali sebagai Mission: Impossible 8
Memetik laporan berita hiburan Korea Selatan pada 12 Mei, kemunculan Cruise dalam rancangan yang dimuat naik secara mingguan menerusi saluran YouTube rasmi BTS, ‘BANGTAN TV’, ini merupakan kali pertama bintang antarabangsa itu bersemuka dengan salah seorang anggota BTS, Jin
Pertemuan kedua ikon global ini ternyata telah meraih perhatian dan menjadi bualan hangat peminat masing-masing di media sosial.
Dalam pada itu, penampilan Tom Cruise dalam rancangan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah promosi filem ‘Mission: Impossible 8’ yang bakal ditayangkan di Korea pada 17 Julai ini.
Menurut laporan, pelakon berusia 61 tahun itu tiba di Seoul pada 7 Mei lalu dan ditemani pengarah filem Christopher McQuarrie dan beberapa pelakon utama lain seperti Hayley Atwell, Simon Pegg, Pom Klementieff dan Greg Tarzan Davis.
Menariknya, meskipun hanya Tom Cruise yang tampil dalam Run BTS Jin, barisan pelakon lain filem itu turut memeriahkan pelbagai kandungan hiburan Korea. Antaranya, pengarah McQuarrie menyertai program ‘Master’s Talk’ bersama pengarah ternama Korea, Choi Dong-hoon (The Thieves, Assassination), manakala Simon Pegg dan Greg Tarzan Davis bakal muncul dalam saluran YouTube kumpulan hip hop terkenal, Epik High.
Difahamkan, semua kemunculan istimewa ini dijangka akan dimuat naik secara berperingkat menjelang tayangan rasmi filem tersebut di pawagam. Selain itu, ia juga menambah keterujaan peminat tempatan dan antarabangsa yang tidak sabar menanti aksi mendebarkan dalam francais filem kegemaran ramai itu.
Sementara itu, kemunculan Cruise dalam rancangan K-pop seperti Run BTS Jin juga menandakan satu pendekatan terbaru dalam promosi filem antarabangsa, di mana kolaborasi di antara budaya Timur dan Barat menjadi tarikan segar dalam dunia hiburan moden.
Selain itu, kombinasi aura bintang Tom Cruise dan pesona Jin BTS juga turut dinantikan oleh ramai peminat dan memang tidak hairan jika episod khas ini bakal mencetus fenomena luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada niat mahu bermegah dan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang beliau lakukan, itu pengakuan pelakon terkenal, Azhan Rani berhubung niatnya menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.
Menurut pemilik nama sebenar, Azhan Abdul Rani yang kini berusia 48 tahun, beliau kini telah menjadi penderma darah plasma untuk kali ke-100 pada 27 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam memberikan penghargaan kepadanya.
Kredit: Instagram Azhan Rani
“Hari ni lepas derma darah ada lain sikit. Doktor-doktor di Pusat Darah Negara dah tunggu di luar. Lepas itu, saya rasa macam konvokesyen pun ada, rasa macam dapat anugerah ABPBH pun ada, macam award the best agent insurance pun ya juga, siap ada sijil bagai”
“Alhamdulillah… sihat ini sebaik-baik anugerah yang Allah SWT dah pinjamkan. InsyaAllah semampu mungkin akan saya kongsikan selagi ada izinNya. 100 beg pada hari ni 27 disember 2024 akan jadi penutup manis untuk tahun ini,” katanya.
“Semoga Allah masih pinjamkan lagi kesihatan ini dan panjangkan umur. ada izinNya nak tutup mata nanti dengan sekurang-kurangnya 200 beg darah dari tubuh ini untuk mereka yang memerlukan,” jelas beliau lagi.
Azhan Rani juga turut berterima kasih kepada Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Mohammad Masrin yang menjadi wakil dalam menyampaikan penghargaan kepadanya serta bersyukur di atas layanan baik dan mesra warga kerja PDN kepada para penderma darah selama ini.
“Apa pun kemegahan bukanlah pada bilangan beg darah yang disumbangkan mahupun sijil tapi pada nyawa-nyawa yang dapat dibantu selain meningkatkan kesihatan diri sendiri. Semoga kekal pada nawaitu. InsyaAllah ,” ujarnya lagi.
Semoga lebih ramai yang melakukan kebaikan dan mengikut jejak langkah murni Azhan Rani. Dalam pada itu, jom kita lihat beberapa kelebihan yang penderma darah dapat apabila anda menderma darah:
Kesihatan
Mengurangkan risiko serangan jantung.
Mengurangkan risiko kanser.
Meningkatkan peredaran dan pengaliran darah.
Membakar kalori.
Mengurangkan tekanan.
Meningkatkan kesejahteraan emosi.
Manfaatkan kesihatan fizikal.
Membantu mengurangkan emosi negatif.
Memberi rasa tujuan dan menggalakkan interaksi sosial.
Hospitaliti (bergantung berapa kali derma)
Percuma rawatan pesakit luar.
Percuma rawatan pergigian.
Percuma rawatan perubatan di wad kelas satu atau dua.
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makanan ringan choco jar kini mendapat tempat dikalangan masyarakat, bukan hanya kanak-kanak malah turut menjadi kegemaran orang dewasa. Mana tidaknya, bila makan choco jar ni tak sedar pun dah habis sebalang.
Disebabkan ia menjadi ‘kegilaan’, maka ramai orang yang mengambil peluang untuk menjual makanan ini, dan harganya juga boleh mencecah sehingga RM15.
Tahu tak sebenarnya jika korang buat sendiri di rumah, kosnya adalah jauh lebih murah dan berbaloi. Jangan kata sebalang, berbalang-balang pun korang boleh dapat dengan modal yang tidak terlalu besar. Hiks!
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhamiza, pada mulanya dia mengidam dan beli di tepi jalan, botol kecil sahaja tapi orang menjualnya dengan harga yang mahal. Jadi, dia berusaha untuk buat sendiri, beli bahan tak sampai RM20, tapi boleh dapat satu balang besar.
Berbaloi kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh gadis ini di laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Bahan-bahan:
– 500gm coco crunch bersaiz kecil
– 500gm coklat beryl’s
– Setengah cawan minyak masak
Cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil
2. Letakkan sedikit minyak supaya coklat tidak beku jika sejuk
3. Gaulkan coklat sehingga rata dan siap untuk dimakan. Korang juga boleh menggunakan apa-apa jenis coklat sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.