Jika pada tahun lalu, pelakon K-drama kacak, Park Seo Joon telah menghiasi kempen jenama aktif dari Amerika Syarikat, Skechers; memasuki tahun 2023 tiba pula giliran selebriti baharu untuk menggalas tugas tersebut.
Percaya atau tidak, pada tahun ini duta Skechers tidak lain tidak bukan ialah Cha Eun-woo!
Bintang drama True Beauty dan ahli kumpulan Astro ini melakar populariti sejak melakukan debut sebagai seorang penyanyi pada tahun 2016.
Enam tahun bergelumang dalam persada seni di Korea Selatan, Eun-woo boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti Korea yang mempunyai repertoire paling impresif dalam waktu yang singkat.
Ads
Secara rasminya pada bulan Januari ini, Eun-woo telah dilantik sebagai duta rantau terbaru Skechers yang meliputi negara-negara Asia seperti Malaysia, Hong Kong, Macau, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kata Eun-woo dalam kenyataan pertamanya sebagai duta, jejaka berusia 25 tahun ini amat teruja malah berbangga apabila dinamakan sebagai duta rantau Asia untuk Skechers.
Skechers X Cha Eun-woo Sport Court®
“Mencari sepasang kasut yang sesuai untuk bentuk kaki kamu amat penting untuk memberikan keselesaan. Dengan rekaan bergaya dan menyelesakan, Skechers telah mengejutkan saya. Inilah ‘teman’ saya sekarang jika perlu ke luar untuk bersenam atau bekerja,” ulas Eun-woo.
Ads
Tambahnya lagi, minatnya untuk menari dan bersenam menjadikannya amat ‘cerewet’ dalam soal pemilihan kasut. Keselesaan tentulah tick box pertama dalam senarainya, namun Eun-woo juga tidak meletakkan faktor estetika ke tepi.
“Rekaan inovatif dan versatil daripada Skechers benar-benar mewakili gaya peribadi saya. Saya tidak sabar untuk kongsikan looks kegemaran saya daripada Skechers dan saya berharap, anda akan menggemarinya sebagaimana saya sukakannya,” katanya.
Skechers X Cha Eun-woo Slipins™Skechers X Cha Eun-woo Uno
Dengan sejumlah besar peminat yang obses dengan gaya Cha Eun-woo dan rekaan bertepatan dengan trend semasa, jangan terkejut jika koleksi Skechers yang diperagakan oleh bintang Korea itu akan pantas habis terjual di butik nanti!
Ads
Antaranya model yang diperagakan Eun-woo termasuklah Skechers Hands Free Slipins™, Skechers Sport Court®, Skechers Foamies®, Skechers Workout Walker™ dan pakaian Skechers dari koleksi Lifestyle serta Performance.
Skechers X Cha Eun-woo Arch Fit InfinitySkechers X Cha Eun-woo Workout Walker
Bagi musim awal 2023 ini, koleksi Skechers terkini memberi fokus kepada daya autentik diri si pemakai demi menggalakkan mereka merasa yakin dengan stail sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya pada edisi terdahulu, kostum kebangsaan yang diperagakan oleh wakil Miss Universe Malaysia (MUMO) telah direka oleh rumah fesyen terkenal negara. Bagi edisi 2025, satu kelainan dilakukan apabila buat julung kalinya, pihak organisasi menganjurkan pertandingan rekaan kostum kebangsaan baru-baru ini bagi memilih sang perekanya.
Berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 September, Miss Universe Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) telah mengumumkan Mell Sulaiman sebagai pemenang Pertandingan Pereka Kostum Kebangsaan Malaysia 2025; sekaligus bakal mereka kostum kebangsaan wakil negara di pertandingan Miss Universe di Bangkok, Thailand kelak.
Kostum rekaan Mell ini diilhamkan daripada lautan biru dan keindahan seni tradisional yang menyerlahkan warisan kaum Bajau Sama. Rona biru-hijaunya melambangkan kejernihan lautan. Manakala corak etnik merah, kuning dan hitam pula menggambarkan keberanian, kekuatan dan legasi nenek moyang mereka.
Hiasan kepala keemasan pula menjadi simbol terhadap maruah dan keanggunan wanita Bajau Sama. Turut disertakan oleh Mell adalah prop ‘Duang Bajau’ yang mencerminkan keceriaan dan keindahan budaya.
Memetik kenyataan Pengarah Nasional MUMO iaitu Charissa Chong, pertandingan yang julung kali diadakan ini memberi peluang kepada bakat tempatan untuk menghasilkan kostum kebangsaan bagi tatapan mata dunia.
Beberapa tahun kebelakangan ini, netizen yang terdiri daripada pemerhati dunia ratu cantik acapkali mencadangkan agar peluang mereka bentuk kostum kebangsaan dibuka kepada orang ramai.
Ini memandangkan Malaysia memiliki daya kreatif dalam kalangan pereka muda yang wajar diberikan kesempatan untuk memperkenalkan kebolehan masing-masing.
Dengan kemenangan ini, Mell Sulaiman selaku juara akan bekerjasama secara rapat dengan pihak MUMO untuk melakukan persiapan bagi berdepan pentas Miss Universe ke-74 di Thailand.
Sebagai info, malam gala Miss Universe Malaysia 2025 dijadualkan berlangsung pada 12 September ini di The Majestic Hotel Kuala Lumpur di mana hanya seorang daripada 16 pesertanya akan dimahkotakan gelaran Miss Universe Malaysia 2025.
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita mungkin pernah berhadapan rakan serumah yang tidur berdengkur. Bunyinya terlalu kuat sehingga ada ketika menggangu kualiti tidur kita pula yang rasa rimas mendengarnya.
Mungkin para isteri juga terpaksa menahan “tension” bila pasangannya tidur berdengkur dan bunyinya terlalu kuat. Sebelum korang beranggapan dengkur itu hal biasa, sila ambil perhatian serius mengenai masalah dengkur ini.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih yang juga pakar ENT, ada lima sebab utama kepada masalah dengkur.
Baca tulisannya:
“Suami saya tidur doktor, berdengkur satu rumah boleh dengar. Apa masalahnya, doc?”
Kenapa kita tidur berdengkur?
Cuba lihat perkara ini
Terlalu penat letih
Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini
Berat badan berlebihan
Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!
Masalah hidung
Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.
Masalah tekak
Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.
Lain-lain
Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.
Periksa doktor jika anda ada masalah ini. Sila kongsi maklumat ini jika anda rasa ia bermanfaat.
Jenama kosmetik terkemuka dunia, Huda Beauty, telah mencuri perhatian ramai apabila tampil memberikan sumbangan barangan mekap kepada wanita di Palestin sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Momen penuh bermakna itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram sebuah organisasi amal, The Giving Family pada Sabtu lalu.
Dalam hantaran tersebut, produk-produk seperti bedak kompak, lipstik liquid matte, pemerah pipi, pembayang mata, dan beberapa lagi barangan solekan diserahkan kepada wanita-wanita di Palestin.
Inisiatif yang diberikan oleh Huda Beauty ini dianggap sebagai satu penghormatan dan peringatan penuh kasih bahawa wanita-wanita Palestin tetap dihargai dan disayangi meskipun hidup mereka penuh dengan cabaran.
Melalui kerjasama rapat bersama beberapa sukarelawan tempatan yang diketuai oleh usahawan dan pengasas The Giving Family, Fadie Musallet, barangan solekan tersebut diagihkan kepada wanita-wanita sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa.
“Kami amat tersentuh melihat reaksi wanita-wanita ini. Senyuman, kekuatan dan keanggunan yang terpancar pada wajah mereka adalah detik yang akan dikenang buat selamanya,” tulis Fadie di ruangan kapsyen.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada pengasas Huda Beauty, Huda Kattan dan pasukannya kerana bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan memuji inisiatif antara kedua organisasi tersebut.
Sekadar info, Huda Beauty sebelum ini telah menyumbangkan sebanyak $1 juta (RM4,683,500) kepada organisasi kemanusiaan di Gaza.
Sementara itu, The Giving Family juga tidak ketinggalan dalam usaha kemanusiaan mereka, sering memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan terutamanya untuk golongan memerlukan di kawasan bergolak seperti Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Huda & TheGivingFamily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...