Cha Eun Woo Dah Gunting Rambut, ‘Standby’ Masuk Kem Tentera

Share

Cha Eun Woo, pelakon Korea Selatan yang juga anggota kumpulan ASTRO, kini bersedia menyertai khidmat ketenteraan, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupan peribadi dan karier seninya.

Menjelang tarikh rasmi penyertaannya, selebriti berusia 28 tahun itu berkongsi perkembangan terkini kepada peminat melalui satu hantaran peribadi di media sosial.

Pada Isnin, 21 Julai, Cha Eun Woo memuat naik beberapa foto dan video dengan kapsyen ringkas, “Kebelakangan ini.”

Menerusi perkongsian itu, peminat dapat melihat rutin hariannya termasuk ketika menghadiri jadual kerja serta melakukan aktiviti senaman. Namun yang paling mencuri tumpuan tentunya penampilan terbaharunya – berambut pendek ala tentera – sebagai simbol persiapan menyertai latihan wajib ketenteraan.

Menurut agensinya, Cha Eun Woo akan menyertai khidmat tentera bermula 28 Julai 2025 selepas diterima masuk ke dalam Pasukan Tentera Muzik Korea Selatan. Pemilihan unit tersebut menunjukkan komitmen beliau dalam menyumbangkan bakat muziknya demi negara.

Pertemuan perpisahan

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa setia menyokongnya sejak awal pembabitan dalam dunia hiburan, Cha Eun Woo telah mengadakan sebuah pertemuan perpisahan bersama peminat bertajuk THE ROYAL pada 12 Julai lalu. Majlis yang berlangsung di Grand Peace Palace, Universiti Kyung Hee, Seoul itu menyaksikan suasana penuh emosi apabila beliau mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan kepada para peminat.

Saya ingin membuat anda semua tersenyum dan meninggalkan kenangan yang menyeronokkan dan menggembirakan. Terima kasih kepada anda semua, saya akan pergi dan kembali dengan sihat dan bahagia. Kita mesti jumpa lagi nanti.”

Meskipun akan menjalani latihan tentera dalam tempoh terdekat, peminat tidak perlu risau kerana Cha Eun Woo masih boleh disaksikan dalam beberapa projek terkini yang telah dirakamkan lebih awal. Antaranya termasuk siri Netflix akan datang bertajuk The Wonder Fools

serta filem First Ride.

Cha Eun Woo menyertai barisan selebriti lelaki Korea yang memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan penuh integriti dan dedikasi.

Majalah Remaja yakin peminat akan terus memberikan sokongan dan menantikan kepulangan semula figura kesayangan ramai ini. Kami ucapkan selamat menjalani latihan, semoga kekal sihat dan kembali dengan pengalaman berharga!

BACA LAGI : RM BTS Dedah Derita Insomnia, 48 Jam Pernah Tak Tidur Di Kem Tentera

Sumber: InstagramAllkpop

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana