Penyanyi dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo baru-baru ini tampil memberikan kenyataan berhubung kontroversi cukai yang mengaitkan namanya sebelum ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story milik Eun Woo atau nama sebenarnya Lee Dong-min (29) berkata, beliau memohon maaf secara terbuka kepada peminat serta orang ramai atas kekeliruan dan kekecewaan yang timbul susulan isu tersebut.

Terdahulu, laporan media mendedahkan bahawa selebriti itu telah disiasat oleh pihak berkuasa cukai Korea Selatan pada tahun lalu atas dakwaan berkaitan pengelakan cukai, selain dikenakan taksiran tambahan mencecah lebih 20 bilion Korea Won atau kira-kira RM54,791,860.

BACA: Cha Eun Woo Mohon Maaf Kepada Peminat & Perjelas Isu Cukai Serta Wajib Tentera

Cha Eun Woo Tampil Mohon Maaf Isu Cukai, Akui Tanggungjawab & Sahkan Bayaran Selesai Cha Eun Woo Tampil Mohon Maaf Isu Cukai, Akui Tanggungjawab & Sahkan Bayaran Selesai

Ads

Mengulas lanjut, Eun Woo menjelaskan bahawa kelewatan untuk bersuara adalah disebabkan beberapa prosedur pentadbiran yang masih berjalan, sekaligus memerlukan dirinya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada para peminat dan semua pihak atas kekecewaan serta kekeliruan yang timbul susulan kontroversi ini,” katanya.

Ads

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa semua cukai yang berkaitan telah dilunaskan sepenuhnya dan akan terus memberikan kerjasama terhadap sebarang proses yang masih berbaki.

“Saya menghormati segala prosedur pihak berkuasa dan bagi mengelakkan kekeliruan lanjut, saya telah membayar sepenuhnya cukai yang berkaitan,” jelasnya lagi.

Cha Eun Woo Tampil Mohon Maaf Isu Cukai, Akui Tanggungjawab & Sahkan Bayaran Selesai Cha Eun Woo Tampil Mohon Maaf Isu Cukai, Akui Tanggungjawab & Sahkan Bayaran Selesai

Ads

Di samping itu, Eun Woo turut mengakui bahawa sebagai individu yang menerima sokongan besar daripada peminat, beliau tidak seharusnya mengambil ringan perkara tersebut dan akan lebih teliti dalam setiap aspek pengurusan kerjayanya selepas ini.

BACA: Terinspirasi Dari Kerjaya Abang, Adik Cha Eun-woo Bangunkan Program AI Untuk Lindungi Artis Daripada Komen Jahat

“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” tambahnya, sambil menzahirkan rasa kesal kerana mengecewakan peminat setianya yang dikenali sebagai AROHA.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads