Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila selebriti, Bella Astillah mengenakan uniform pramugari Malaysia Airlines dalam satu majlis bertemakan kerjaya sempena hari jadi salah seorang ahli keluarganya. Seperti yang kita tahu, uniform tersebut bukanlah boleh dipakai sesiapa sahaja sewenang-wenangnya dan menjadi kesalahan juga bagi pramugari membenarkan orang lain memakai uniform milik mereka itu.
Sumber gambar: Instagram Bella Astillah
Alhamdulillah, kes itu telah selesai dengan Bella pun sudah meminta maaf kerana mengenakan busana itu tanpa menyelidik selebih dahulu etika yang betul bersama pihak pengurusan syarikat penerbangan negara itu. Ada hikmahnya juga, uniform ini menjadi bualan ramai dan kita sendiri rindu akan suasana di lapangan terbang melihat pramugari sibuk mengejar jadual mereka dan juga layanan yang molek di atas awan. A true Malaysia Hospitality.
SEJARAH UNIFORM Untuk pengetahuan semua kebaya ikonik ini memiliki sejarah yang panjang seiring dengan perkembangan Malaysia Airlines sejak awal penubuhannya. Sejarah syarikat penerbangan ini bermula dengan nama Malaysan Airways Limited pada 1946 dan bertukar menjadi Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada tahun 1966 ketika keluarnya Singapura dari Malaysia untuk menjadi negara yang bebas.
Kemudian syarikat yang bermula sebagai satu entiti tersebut menjadi dua entiti berbeza yang dikenali sekarang Singapore Airlines dan Malaysia Airline System pada tahun 1972. Masing-masing membawa haluan sendiri sebagai satu entity baharu.
Pramugari Malaysia-Singapore Airlines. Sumber gambar: via scmp.com
Mesti anda tertanya-tanya siapakah yang mewarisi uniform asli MSA selepas perpecahan berlakukan?
Ads
Singapore Airlines mewarisi uniform asal berkenaan manakala Malaysia Airlines pula perlu bermula semula dengan rekaan kebaya yang lain. Rekaan kebaya asal pramugari MSA bukanlah hasil rekaan orang tempatan kita sebaliknya direka oleh pereka terkemuka dunia, Balmain. Rekaan tersebut masih lagi digunakan oleh pramugari Singapore Airlines atau lebih popular dengan gelaran Singapore Girls sehingga hari ini.
EVOLUSI KEBAYA Malaysia Airlines hadir dengan rekaan kebaya sendiri dengan busana kebaya dengan serlahan corak berona biru gelap, coklat dengan serlahan rona merah terang dan getika itu ia dikenali sebagai era ‘Golden Girls’ hasil rekaan pereka tempatan, Andy Chiew yang memenangi pertandingan mereka busana untuk syarikat penerbangan negara ketika itu.
Ads
Evolusi rekaan kebaya Malaysia Airlines. Sumber gambar: via twitter @MAS
Evolusi demi evolusi berlaku dan sehingga kini empat rekaan sudah dilalui, rekaan busana kebaya Malaysia Airlines yang terkini merupakan hasil rekaan Jabatan Seni Reka Fesyen, Institut Teknologi MARA (Kini dikenali sebagai UiTM) pada tahun 1986. Warna rona hijau gelap dan bunga rona merah jambu berteraskan motif daun kelarai, bunga cempaka, bunga melur dan daun bunga raya menjadi corak unik yang melambangkan negara kita yang berbilang kaum dan mewah dengan flora yang cantik.
Uniform terkini pramugari Malaysia Airlines, warna mewakili pangkat yang berbeza di antara pramugari. Sumber gambar: via twitter @MAS
Pada tahun 2016, pengurusan syarikat penerbagan negara ini pernah mengumumkan bahawa mereka akan menukar kebaya ini dan rekaan baharu oleh pereka fesyen terkemuka negara, Dato’ Seri Farah Khan. Namun idea tersebut mendapat tentangan dan kritikan hebat rakyat Malaysia dengan menyifatkan bahawa uniform yang sedia ada sudah cukup ikonik dan melambangkan Malaysia. Sehingga kini uniform yang direka kira-kira 34 tahun lalu ini masih lagi kekal dan semoga selepas pandemik Covid-19 ini berakhir, kita akan melihat kebaya ini terbang tinggi menjadi duta kecil negara tersayang ini.
Ads
***P/S- Rindu suasana dalam pesawat Malaysia Airlines apabila mahu kembali ke negara ini usai mengembara, dengan pramugari yang sangat ramah dan ucapan ‘and to Malaysians welcome home’ oleh kapten. Nothing can beat Malaysian Hospitality!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semalam, Remaja sempat ‘bertandang’ di majlis sambutan ulang tahun yang ketiga akhbar SinarPlus, yang bertempat di District 21, IoI Mall City Putrajaya.
Meraikan ulang tahun berbentuk santai, SinarPlus yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad yang juga berbentuk portal memfokuskan tentang kehidupan khususnya wanita dan keluarga itu meraikan bersama-sama krew dan lebih 100 orang pembaca.
Bertemakan ‘Live Your Life’, sambutan yang bermula seawal 9 pagi itu turut hadiri Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli, Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Timbalan Pengarah Urusan iOiCiTY Mall, Wilfred Wong.
Tidak lupa juga Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin yang menzahirkan perasaan teruja melihat sambutan luar biasa oleh para pembaca dan krew, semalam.
“Ini ulang tahun ketiga namun ia kali pertama kami menyambutnya di luar. Saya sangat teruja melihat para pemenang peraduan Live Your Life yang kami anjurkan Februari lalu aktif dan bertenaga hadir di District 21 ini.
“Sesuai dengan lifestyle masa kini yang aktif, agresif dan berani mencuba. Semua all out, mereka teruja mengambil bahagian,” katanya.
Bukan sekadar ‘majlis’ sambutan, aktiviti menarik juga tersedia buat para peserta mencabar diri termasuk The Maze, Stak Cube, Free Fall, Tubby Ride dan Balancing Board serta Shooting Ball.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila sekali lagi menjadi tumpuan apabila mendedahkan rahsia di sebalik wajah berserinya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nabila memberitahu bahawa dia sanggup melabur lebih RM140,000 setahun untuk rawatan kecantikan kulitsemata-mata untuk tampil yakin walaupun tanpa solekan.
“Tanpa solekan, tetap berseri. Ya, ini memang satu pelaburan. Ultherapy.
“Pulangan: Keyakinan yang tidak boleh dibeli dalam botol,” tulis Nabila.
Perkongsian tersebut nyata mengejutkan ramai warganet.
Rata-ratanya terkesima dengan jumlah yang diperuntukkan oleh kakak kepada usahawan dan hos terkenal, Noor Neelofa itu semata-mata bagi memastikan kulit wajahnya kekal sihat, segar dan berseri setiap masa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini mengumumkan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas kesemua universiti penyelidikan.
Menurut Anwar, ia membabitkan peruntukan sehingga RM50 juta yang mana meningkat, berbanding tahun ini iaitu sebanyak RM20 juta.
Jelasnya, ia susulan petanda positif seperti penubuhan Fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam masa singkat.
“Ini memberikan harapan kepada kita bahawa ada petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan,” katanya.
Antara senarai universiti yang terlibat adalah seperti berikut:
Universiti Malaya (UM): Menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.
Universiti Putra Malaysia (UPM): Bakal menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit.
Universiti Sains Malaysia (USM): Menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub-semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian beberapa universiti di Malaysia yang berada dalam senarai antara universiti terbaik dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!