Cerita Di Sebalik Trend #ChallengeAccepted Di Instagram, Rupanya Ia Amat ‘Deep’ Di Turki

Share

 

Bagi pengguna Instagram, tentunya korang perasan akan trend terbaru yang sedang melanda perempuan di seluruh Malaysia.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja ramai yang memuat naik foto mereka tanpa warna. Penuh timeline REMAJA dengan ramai selebriti wanita dengan foto masing-masing!

ARTIKEL BERKAITAN: 9 Potret Black & White Selebriti Pilihan REMAJA

Jadi kami tertanya juga, apakah maksud di sebalik hashtag #ChallengeAccepted dan #WomenSupportingWomen ini? Bukankah sambutan Hari Wanita Sedunia telah berakhir pada bulan Mac lalu?

Jujurnya, bukan mudah untuk kami menyatakan dari mana bermulanya trend memuat naik foto hitam putih ini kerana ia adalah sesuatu yang normal di Instagram. Malah sebelum ini, banyak saja trend lain yang memerlukan pengguna Instagram memuat naik foto hitam putih.
Senang cerita, it is not something new.

Namun untuk trend #challengeaccepted ini, ia sebenarnya bermula daripada negara Turki.

Alkisahnya di Turki kini, terlalu ramai wanita yang menjadi mangsa bunuh akibat isu berbeza. Foto mereka dalam hitam putih (sebagai tanda belasungkawa) kemudian dimuat naik di media massa seperti surat khabar, sekerap setiap hari.

Lantas, wanita Turki ingin menghentikan perkhabaran ini berhenti dan enggan lagi melihat wanita lain menjadi mangsa bunuh.

Hashtag #ChallengeAccepted dan #WomenSupportingWomen yang kini sedang trending pada asalnya adalah inisiatif wanita Turki untuk membawa kesedaran tentang keganasan dalam kalangan ahli keluarga mereka sendiri.

Nampaknya, ia berjaya untuk dijadikan satu trend popular di seluruh dunia apabila semakin ramai selebriti popular yang turut memuat naik foto hitam putih mereka di akaun Instagram masing-masing.

Untuk pengetahuan, kini di Turki, mereka turut mengadakan acara seperti perhimpunan #WomenSupportingWomen demi memberi sokongan kepada wanita yang berdepan isu penderaan untuk tidak sesekali mengalah kepada si pelaku kesalahan.

Malah pesalah yang berjaya dibuktikan sebagai pembunuh juga diminta untuk tidak dimaafkan di sisi undang-undang.

Nah, akhirnya korang tahu apakah punca bermulanya trend #ChallengeAccepted di Malaysia. Ia bukanlah satu bentuk ‘challenge’ untuk throwback semula foto lama, bukan juga satu bentuk ‘bare face challenge’.

Ia nyata mempunyai maksud yang lebih mendalam daripada itu untuk wanita di Turki. Tak salah untuk memupuk semangat Girl Power di kalangan wanita di Malaysia. Namun, alangkah baiknya jika semua memahami maksud di sebalik sesuatu trend itu dan tidak hanya melakukannya secara melulu. 

IKLAN